Header Ads


RESEPI SOTONG MASAK HITAM PALING MUDAH DAN SEDAP


RESEPI SOTONG MASAK HITAM PALING MUDAH DAN SEDAP | Pernah dengar atau makan tak Sotong Masak Hitam macam ni? Yang biasa Sis dapat soalan orang tanya, 'Yang hitam tu letak apa?', hehehe...yang hitam tu dakwat sotong tu jer, takde letak apa-apa. Mungkin yang tak pernah buat, agak pelik laaa mendengarnya, tapi jika cuba sekali, perghhh sedap manis rasanya.

Menu Sotong Masak Hitam ni memang menu kegemaran kami anak beranak, terutamanya si bujang Sis. Dia kalau kata Sis masak aje menu ni, boleh habis sekali hadap kalau makan tau. Memang anak Sis suka. Tak kisahlah, anak ke Ayahnya ke, atau pun Sis juga.

Nak masaknya pun senang, boleh dikatakan campak-campak aje, tumis, gaul dan siap. Kenapa sotong tu Sis tak kerat-kerat? Hahaha kalau yang selalu follow cerita Sis di blog, mereka tau kenapa Sis tak potong kecil sotong tu, yaaa Suami Sis pantang masak sotong di kerat-kerat, sebab baginya dia beli sotong besar, kemudian kalau masak di kerat-kerat, baiklah beli sotong kecik, haa gitulaa..

Kerana sebab itulah rumah Sis kalau makan sotong, korang akan jumpa sotong seketul-ketul macam tu, paling tak pun Sis cuma kelar-kelar macam dalam gambar tu.

Semalam, selesai aje siap Sis masak, Suami call suruh siapkan baju nomad dia, dia nak ke Penggerang, tup-tup, sampai rumah, duduk rehat kejap, pastu makan, dah kenyang, duk bual-bual dengan anak-anaknya sambil tengok Netflix, terus katanya tak jadi nak pergi, hahaha, lagipun dah petang, malas katanya.. tu yang semalam dari petang bawa ke malam, Ayahnya bergurau senda dengan anaknya, entah apa di guraukan (Sis mengemas dapur), sampai berdekah-dekah mereka gelak. Terus Sis teringat anak sulung Sis di Shah Alam :( .

Ermm okaylah, So bagi yang nak resepi Sotong Masak Hitam ni, Sis selitkan laa ya resepinya yang serba ringkas ni, tapi memang ringkas pun resepinya hehehe..


Resepi Sotong Masak Hitam 

Bahan-bahannya: 

  • Sekilo sotong (dikelar-kelar)
  • Selabu bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • Sebatang lada merah (hiris)
  • Sekeping asam jawa
  • Serbuk perasa 

Cara Memasaknya:

  • Sotong di cuci bersih dan di buang tulang dan biji kepala sahaja. Bahagian hitam dakwat tu dibiarkan
  • Panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan yang di hiris hingga naik bau wangi.
  • Masukkan serbuk perasa dan juga asam keping.
  • Setelah bahan layu, masukkan sotong dan gaul-gaulkan sehingga dakwat hitam sotong tu pecah dan kuah menjadi hitam.
  • Gaul sebati sampailah pekat dan sotong kecut dan masak.
  • Jangan terlalu lama, nanti sotong akan liat.
  • Tutup api dan hidangkan. 

Mudahkan? Tak susah mana pun nak masaknya, cubalah, rasa dia sangat manis, sekali cuba pasti masak lagi hehehe. Kalau korang nak tambah apa-apa, ikutlah sukahati korang. Style Sis ini lee dia, Sotong Masak Hitam Paling Mudah Dan Sedap!.


Selain Sotong Masak Hitam, semalam Sis gorengkan juga Sayur Kacang Masak Belacan Telur. Ini peberet Suami. Memang rezekinya, siap aje masak, Suami pun sampai, terus dapat makan panas-panas, berkali-kali kata 'sedapnya', hehehe terima kasih Suami...

Ada juga menu lain, seketul Asam Pedas Ikan Duri semalamnya punya, dan juga anak Sis goreng telur dadar. Tu aje lauk kami semalam, pun dah bahagia rasa, bila dapat makan berjemaah dengan anak-anak dan Suami semalam. Sekali hadap makan licin. Malamnya memasing masak Mee Sedap Indomie hahahaha..

Yaa lauk tu semua makan sekali jalan petang semalam, dah malamnya memasing mencari makan, nasiblah Ayahnya beli banyak stok Mee Goreng Sedap Indomie tu, terus anak Sis masak sekuali hahahaha..Pun kenyang tersandar memasing.

Dah kenyang apalagi, memasing senyap dengan aktiviti memasing, Ayahnya tengok Netflix, anaknya main game, Sis? apalagi layan cite The World of Marriage tu laa, sampaikan geram, mulut tak reti diam, Suami tegur, 'Dah kenapa Emak ko ni', yang anak-anak sakan gelakkan, hahahahaha...gerammmm nak mampus tengok cite tu hahahahaha..opsss sabo sabo...

Dah sampai episod 7 dah Sis nengok, lagi 1 episod habis dan tunggu minggu ni masuk episod baru, aishhh tak sabo nak tunggu ni!!....rasa macam-macam rasa nengok cite tu oii hahahaha..

Dah dah..kang panjang pulak bebelnya hahahaha...
Okaylah nanti sambung lagi, harini nak masak awal sikit, dan menu pun senang aje, Sis nak masak Nasi Lemak, Sambal Udang, Ayam Goreng Berempah dan jika niat sampai, nak buat Apam Kampung..

Korang masak apa harini?


P/S: Macam mana perasaan perempuan yang amik Suami orang atau lelaki yang curang then tengok cite tu ek? Apa perasaan dia?..cuba letak diri kau di tempat isterinya... 

28 comments:

  1. Allah sedapnya Sotong dah juga kacang panjang goreng tu menyelerakan lak time-time duduk rumah ni hehehehe nak cuba juga lah..

    ReplyDelete
  2. Dulu selalu makan nenek masak sotong masak hitam ni. Tapi kita tak reti masak, masak hitam ni. Boleh follow resepi sis ni nanti, thank you sis share

    ReplyDelete
  3. Sis lin...kita baru je beli sotong sekilo hari ni...eh.nak buat la..tunjuk kat mak dia macam x setuju plak..alaaaa

    ReplyDelete
  4. Dulu mak selalu masak tak buang dakwat tu. Tp mak buat berkuah. Sedap juga. Kali ni sisyat nk try buat mcm resepi sislin ni. Menu baru. Hehe

    ReplyDelete
  5. alamak. rindu nyer sotong masak itam!!!
    ni satu lagi lauk masakan mak aida yg dirindui.
    kat rumah ni aida x masak lauk ni. asben x makan, sis.
    so, kalau balik kampung, awal2 dah call mak tau.
    suruh mak masak kan :)

    ReplyDelete
  6. lama tk mkn sotong hitam...biasa mak rebus je...kalau sotong ni suka celop tepung ir masak sambal

    ReplyDelete
  7. Eh. Mudah sungguh resipi dia kan. Macam nie punya mudah, Rawlins pun boleh try hehe.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi masak sotong hitam camni. boleh cuba nanti. kalau masak kacang dengan telur tu biasa juga cuma tak tambah belacan sebab husband tak suka belacan. :)

    ReplyDelete
  9. Tak pernah makan pun sotong masak hitam. Kalau masak sotong memang akan buang dakwat dia. Nanti boleh la try.

    ReplyDelete
  10. aku tak pernah try lagi sotong masak hitam camni..manis ek rasa dakwat sotong tu?

    menarik kan, Allah jadikan sotong tu dirinya saja pun dah cukup jadi lauk untuk manusia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko trylah, sekali cuba mesti nak lagi hehehe...
      Rasa manis sotongnya..selalu menu sahur ni nanti aku buat..

      Delete
  11. Rupanya dakwat sotong tu sedap eh? Sis kalau masak habis segala mala mata dan dakwat tu sis buang. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sedap Ezna, kalau Mak Sis suka masak sotong hitam ni...manis rasa kuahnya nanti..

      Delete
  12. Dulu tak makan, semenjak 4tahun kahwin ni.. suami suka makan sotong masak hitam ni.

    Masak Dia jangan tambah air pun. Nanti dakwat Dia pecah, air sotong keluar dah berkuah. Mmg sekali hadap je blh habis.

    Sama cara kita masak. Sekoq2 sutun tu

    ReplyDelete
  13. Looks so yum! Kak boleh buka kedai dah. Rumah Vee tak makan pedas2, tapi mcm best je!

    ReplyDelete
  14. dulu pernah tengok kawan dari kelantan suka masak sotong hitam camni. tapi tak pernah rasa. hehe

    ReplyDelete
  15. Tak pernh buat sotong masak sekli dkwat hitam dia. Pernh tgk orang putih masak dakwat sotong ni. Boleh cuba ni. Tengok apa rasa dia. .

    ReplyDelete
  16. Sedapnya sotong! Tapi tak pernah try lagi masak menu nie. Boleh laa try nanti masak cenggini ;)

    ReplyDelete
  17. Belum pernah try. Bella pernah tgk resepi ni Chef Wan masak..tapi mcm pelik makan dakwat tu. Ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay Bella, sedap manis rasanya, cubalahs ekali..bukanlah selalu masaknya pun...

      Delete
  18. Terima kasih untuk resepi. Memang sedap. Saya suka makaj sotong, tak kisah masak macam mana pun. Tapi paling saya suka makan sotong masak kicap, mak saya buat.

    ReplyDelete
  19. Za tak pernah makan sotong masak hitam ni sbb takut rasa pelik kan masak dgn dakwat dia. Tapi sbb sis lin buat, kita cuba la nnt.

    ReplyDelete
  20. Sis kalau sotong masak hitam sis suka yg berkuah banyak mcm masak singgang. Fuhhh sedap..boleh hirup2 kuah dia. Uishhh teringin lak nak makan sotong..mano nak cari ni

    ReplyDelete
  21. Dah biasa dengar menu sotong masak hitam tapi saya tak pernah masak sebab sendiri tak makan. Suami pun sama. Ramai cakap sedap macam nak try tapi kalau try takut membazir pulak. Tapi menu ni memang nampak sedap sis lin masak

    ReplyDelete
  22. mak selalu buat cara ni, masak hitam. nanti saya boleh try resepi ni

    ReplyDelete
  23. Baiklah sebenarnya saya tak pernah lagi masak sotong masak hitam nih, yang Sis Lin masak ni nampak sedap pula.. Nak try lah nanti resepi ni tq Sis Lin

    ReplyDelete
  24. Kak. saya tak pernah makan sotong masak hitam. serius tau. Sambal sotong memang fav. Nanti nak cuba masak. Risau hanyir je. Hahahaah. aduhhh seram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde bau hanyir pun Ruby, rasa dia manis..cubalah sekali..mesti nanti nak masak lagi hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.