ALHAMDULILAH, 2 MALAM BERTURUT AYAHNYA BELANJA MAKAN LUAR

ALHAMDULILAH, 2 MALAM BERTURUT AYAHNYA BELANJA MAKAN LUAR | Emaknya pastilah gembira tersenyum, sebab dapur off dan anaknya pula semestinya laaa puashati sebab dapat makan apa yang dia nak makan, hehehe alhamdulilah terima kasih Suami yang sebolehnya memenuhi permintaan anaknya dan sebolehnya nak bawa kesemuanya selagi semua anak-anaknya tak dapat makan bersamanya.

Punca jadi 2 malam tu di sebabkan, malam yang pertama tu masa Suami ajak makan tapi anak Sis si Kakak tak dapat join sama, sebab kawan-kawannya dari Shah Alam ada tidur dirumah dan mereka keluar holiday ke Singapura, so tak sempat nak join sama. Ayahnya dah rasa tak sedap hati sebab tak cukup sorang, berkali laaa menyebut 'kesian kakak, tak dapat makan sekali', ermmm..

Makanya esoknya Suami sebut lagi dan mengajak makan luar sekali lagi, tapi kali ni si adiknya pulak tak dapat join sama, sebab dah janji dengan kawannya nak teman beli barang pengantin. So 2 malam keluar makan tapi tetap tak lengkap kami sekeluarga hehehe. Tapi takpe, janji Ayahnya puashati dapat belanja semua. Yang untungnya si anak bujang hahahaha tiap-tiap malam ado hahahaha.


Makan Malam Pertama
6 Corner Senibong Seafood

Untuk malam yang pertama, Suami bagi Sis pilihan nak makan di mana, dan tanya nak makan apa sebabnya sebelum ni dah bagitau dia nak makan ikan bakar. Anak-anak yang lain follow je, tak kisah. Terus Suami kata 'Jom kita cuba di Senibong', so ke Senibonglah kami. Dan sampai sana, terus park, ikut area belakang. Kalau masuk area belakang, korang akan jumpalah kedai seafood pertama iaitu 6 Corner Senibong Seafood ni.

Ini adalah kedai kawan waktu Sis sekolah dulu, sama sebaya Sis, namanya Ain Che Mat. Kebetulan masa pergi tu, Ain tu ada, tapi nak balik baru jumpa dia. Menu utama di sini sudah tentulah ikan bakar. Suami pilih ikan merah bakar sambal, kerang rebus halia, sotong goreng nestum, kangkung belacan, kupang lada hitam dan juga tomyam seafood.




Yaaa puashati makan ikan bakar ni. Panas-panas dan sambalnya kaw! walaupun ada sedikit pedas dan tawar sikit. tapi tetap sedap!. Lain-lain menu pun sama semua sesedap anak tekak. Takde la sampai tak sedap, kira semua memenuhi citarasa tekak. Suami puji tomyam dia sedap katanya. Kalau Suami kata sedap tu, so memang sedaplah, jarang dia nak puji masakan kedai hahaha.

So kalau korang nak mencubanya bolehlah datang sini ya. Terus teringat-ingat budak kena sawan time makan tu. Sis lihat depan mata sendiri, jadi gigil Sis di buatnya. Nak bantu tak tau, nasiblah kawan-kawan budak tu memang dah tau nak handle kawannya. Alhamdulilah sedar budak tu.

6 Corner Senibong Seafood. 
Alamat: 13, Jalan Persiaran Senibong, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor
Phone: 012-767 0278


Makan Malam Kedua
Warung Lobster Melayu Tepian Pantai, Sungai Rengit

Dan untuk malam keduanya, Ayahnya pulak yang buat pilihan sebolehnya nak bawa makan di Pengerang sana. Memang jauh tapi bila dah drive sambil berborak, gelak ketawa anak beranak dalam kereta, jadi dekat sangat sampainya. Macam-macam di bualnya Suami dan anaknya, macam tak jumpa berbulan hahahaha.

Ini adalah kali kedua Sis datang makan di sini, kali pertama dulu, pergi dengan Suami berdua, kali kedua, haaa dengan anak-anak ni haa. Ayahnya nak bagi anaknya makan lobster, walaupun tidaklah yang jenis hidup dan kedai restoran mewah, tapi janji dapat bagi anaknya merasa, cukup puashati kata Ayahnya.




Menu yang kami order adalah, lobster goreng butter, kailan ikan asin, udang salted egg, telur dadar, siput gonggong, sotong masak sambal dan ikan bawal putih masak stim lemon. Puashati makan sini, semua sedap, Sis paling suka masak stimnya dan juga udang salted egg dia. Dan siput gonggong tu bukan senang nak jumpa, ini kali boleh ada pulak. Tu yang sampai 2 pinggan Suami order hahaha.

Lobster tu nampak je kecik, dan nampak macam masak biasher-biasher tapi kalau korang cuba makan dan rasa, perghhh sedap oiii...isinya penuh dan masaknya pun ngam! Tu cakap puashati. Kat sini kalau makan duduk tepi laut, akan dengar ombak berderu membisik pantai hahaha, angin sepoi-sepoi gitu. Tapi kedainya tutup awal, 11.30pm dah tutup, kena datang makan awal.
Kalau korang nak cuba, sila...

Warung Lobster Melayu Tepian Pantai Sungai Rengit
Alamat: JP 15 Jalan PANTAI, Kampung Sungai Rengit, 81600 Bandar Penawar, Johor
Phone: 012-750 9341

Dan masa makan kat sana kan, ada seorang makcik ni tegur. Muka Sis dan Suami sama atau serupa katanya (sama ek), dia kata kat Suami, muka kalau sama dengan isteri, jodohnya panjang, terus Suami jawab, insyaAllah...terus lepas makcik tu menegur Suami tengok Sis, Sis tengok Suami hahahaha. Dan dan anak Sis si kakak amikkan gambar kami hahahaha.

Kalau sebelum ni ada yang tegur rezeki kami berdua murah sebabnya Sis dan Suami, Sis lebih tinggi darinya. Masa tu kami berdua jalan di Paka, dan kawannya Suami laa yang menegur gitu. Tapi memang ramai yang kata gitu gak...aamiinnn mudah-mudahan murah rezeki kami seperti yang di perkatakan..

OKaylah sekian sahaja bebelan untuk pagi Jumaat ni, nak bersiap-siap, ada event pagi ni. Nanti kita sambung lagi ya...Bye..


P/S: Haii awak, nak skrin shoot gambar kita ke tu hahahahaha...awas!!! ..

6 comments:

  1. muka sama tu sebab sis ngan husband 2-2 mata sepet kot.. tu yg nampak sama.. tp ada sikit2 la persamaan jugakk.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga Dilah...sampaikan ada yang kata Suami Sis tu orang Sarawak ...hehehehe

      Delete
  2. sampai jugak ke "sungai rengit" yang dimusykilkan tu ek..

    selain anak bujang, emaknya juga untung sekali hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa iyerrr..sedap bak hang makan situ, puashati ko!!..nanti jomlaa kita test yaa...

      Delete
  3. Ya ALLah, sedapnyaa!!!! Lobsterrr, nak lobsterrr! Ngeeee~
    Manfaatkan masa bersama family... Alhamdulillah...
    Mudah-mudahan, jodohnya pannjanggggggg~ dan terus murahhh rezeki, AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa lobster Non, 100gm rm60 hahahaha,,,engko rasa berapa rm tu haaaa, tapi alhamdulilah rezeki anak-anak...
      Aaminn...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.