Header Ads


UDANG HARIMAU MASAK LEMAK NANAS, MEMANG SEDAP!


UDANG HARIMAU MASAK LEMAK NANAS, MEMANG SEDAP! | Ni kalau Mat Gebu baca tajuk, kompom dia dah mengaru-garu dah satu badan hahaha, yee dia mana boleh makan udang, kang mengaru macam kera hahahaha. Kan Mat kan hahahaha.

Sabtu lepas, Sis anak beranak bersama Suami ke Pasar Borong Pandan. Suami ajak ke pasar beli lauk basah. Sebelum tu kami makan dulu di restoran De'Serai, apalagi, Suami makan lontong kering le kalau ke situ, anak-anak makan burger, Sis pula mee goreng mamak dan paling sedap kat situ, otak-otak dia! Memang the best otak-otaknya kalau nak makan. Kedainya sebelah Pasaraya Hwa Tai Pasar Borong tu je..

Habis makan, anak Sis, Kakak dan Adik tunggu di kedai makan sambil nengok Maharaja Lawak Mega tu, dan Sis dan Suami masuk pasar borong beli lauk. Masuk je pasar, terus nampak udang harimau kemain besor ko, sekilo rm 40.50. Apalagi Suami memang pantang nampak besar dan fresh macamtu, di belinya 2 kilo untuk rumah, dan sekilo kawannya kirim.


Puas gile bila masak udang beso gini. Makan pun perghh gigit isi udang tu terasa-rasa udang..ehh memang laaa udang kan, takkan daging pulak hahahaha...Dan bila dah besar udangnya, menu yang mesti anak-anak minta adalah Udang Masak Lemak Nanas. Memang itulah menu yang akan Sis masak bila Ayahnya beli udang besar.

Kalau udang saiz biasa, Sis akan masak sambal tumis aje, sebab kalau masak lemak, udangnya akan kecut, sebab tu kalau udang saiz besar aje Sis akan masak lemak nanas, memang sedap! Makanya semalam terjadilah menu Udang Harimau Masak Lemak Nanas.


Malas nak amik gambo cecantik, takde mood semalam, so Sis ko snap aje dari dalam periuk Visions Langkawi..ehh nak sebut gak ek hahahaha..Ye laaa mestilah, sangat istimewa gitu, bertahun nak beli akhirnya dapat gak 3 set, makaseh Suami yang membayarnya hahahaha.

Resepi? Haaa bab resepi ni, korang boleh tengok kat blog Mat Gebu sana, memang Sis amik resepinya dari blog dia. Jangan malas nak baca, kalau malas, udang tu ko goreng kunyit je laaa hahahaha..

[Baca sini] : Udang masak Lemak Nanas 

So korang, masak apa harini? Ada menu tahun baru 2020 ke haa? Ke tengah meronda di luar sampai countdown nanti? Dengan pesanan, dah duduk berkhemah tunggu bunga api tu, sampah sarap jangan lupa hangkut sekali bila dah habis acaranya ye, ni kang korang main sedap je tinggalkan di padang ke atau di mana-mana tanpa rasa bersalah! Apoooo laaa...

Beberapa jam lagi nak masuk tahun 2020..jeng jeng jeng...


P/S: Elakkan masuk tandas jam 11.59pm 2019, di khuatiri korang akan keluar pada tahun depan 2020..hahahaha..

8 comments:

  1. Udang beso memang paling sedap masak lomak, tak perasan ui mak mertua lalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Kak Seri, kalau besar memang ku gulaikan lomak..hehehehe

      Delete
  2. Cepat2 habiskan masakan udang tu
    Jangan simpan sampai tahun hadapan pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha punchline menjadi tau Wak hahahaha

      Delete
  3. Sedapnyaaaaa...takut nak beli udang sekarang..tp kalau teringin lelap mata me la bayar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa udang sekarang tengah mahal SA..nak tahun baru cina ni kan...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.