HARD ROCK HOTEL DESARU COAST RAIKAN DUA BUAH RUMAH KEBAJIKAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DALAM PROGRAM AMAL SEMPENA KRISMAS

HARD ROCK HOTEL DESARU COAST RAIKAN DUA BUAH RUMAH KEBAJIKAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DALAM PROGRAM AMAL SEMPENA KRISMAS | Semalam 23/12/2019, Hard Rock Hotel Desaru Coast (HRHDC) telah meraikan dan menyambut kedatangan dua buah rumah kebajikan orang kurang upaya (OKU) negeri Johor. Rumah kebajikan tersebut adalah dari Persatuan Rumah Kebajikan Orang Kurang Upaya Xi Le Er Malaysia dan juga Pertubuhan Kebajikan Dan Penjagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Negeri Johor.

Dan semalam alhamdulilah Sis berkesempatan memenuhi undangan dari pihak HRHDC untuk sama-sama turut serta dalam program amal ini. Dalam jam 12pm Sis bersama rakan blogger Sis, Sunah sudah siap sedia sampai di ruang lobby menanti kedatangan anak-anak dari dua rumah kebajikan ini. Dan Edmund, selaku Marcom Manager dan teamnya di Hard Rock Hotel Desaru Coast, menyambut kedatangan kami dan anak-anak rumah kebajikan dengan penuh senyuman.

Mereka di bawa ke ruang makan di Sessions Restaurant di tingkat bawah HRHDC untuk makan tengah hari dan penyampaian cenderamata. Memang nampak wajah excited anak-anak ini semua bila dapat masuk ke HRHDC ni.



Pelbagai hadiah 'Christmas Gift' yang telah di sediakan untuk anak-anak ini semua. Di mana dengan pemberian hadiah cenderahati ini, ianya menberikan kegembiraan kepada anak-anak kurang upaya ini di wajah mereka. Masing-masing terlalu teruja bila dipanggil namanya dan di berikan hadiah.

Dan bertambah keriangan anak-anak bilamana HRHDC membawakan mascot mereka iaitu Styler pada petang itu.



Cenderahati berupa bag sekolah, pampers, buku mewarna, alat tulis, bantal dan banyak lagi telah di sediakan oleh pihak HRHDC untuk semua anak-anak yang hadir pada petang itu.

Anak-anak rumah kebajikan ini terdiri dari umur 4 tahun hinggalah ada yang dah berumur 15tahun, cuma mereka nampak seperti kanak-kanak secara fizikalnya, akan tetapi sebenarnya mereka dah dewasa. Tapi dari pemerhatian Sis, mereka semua sangat baik, takde yang buat bising dan meragam, semua duduk diam aje dan mendengar kata cikgu pengiringnya.

Turut hadir pada petang itu the HRHDC General Manager, Mr Clinton Lovell yang turut menyampaikan cenderamata kepada anak-anak tersebut.




Persatuan Kebajikan Orang-Orang Kurang Upaya Negeri Johor

Alamat: 1, Jalan Keembong 45, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
Phone: 013-999 9524

Jika korang ada nak menjemput dalam progaram amal dan memberi sumbangan, korang boleh datang terus ke tempat mereka atau telefon nombor yang sedia ada tu ya. Kedatangan korang amat-amat di alu-alukan.




Persatuan Kebajikan Orang Kurang Upaya Xi Le Er

Alamat: 1, Jalan Bakawali 22, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
Phone: 07-353 0139

Semalam sempat Sis bertanyakan mengenai rumah kebajikan ini, dan menurut kata salah seorang yang bertanggungjawan mengendalikan rumah kebajikan ini, katanya, mereka amat-amat mengalukan sumbangan dan kedatangan orang ramai ke tempat mereka. Anak-anak ini juga adalah dari golongan keluarga yang susah dan yatim piatu. Bagi korang yang ingin memberi sumbangan atau menjemput ke program amal, bolehlah hubungi nombor tertera ya.


Dan selepas selesai makan tengah hari dan juga penyampaian hadiah, mereka di bawa bergambar di hadapan pintu masuk HRHDC dan ini adalah kali pertama mereka ampai ke HRHDC, makanya pihak HRHDC membawa mereka meronda sekitar HRHDC. Semua kemain excited sangat!

Tahniah buat Hard Rock Hotel Desaru Coast, semoga program amal sebegini akan menjadi inspirasi kepada mereka di luar sana untuk sama-sama membantu dan sama-sama mengwar-warkan rumah kebajikan di Johor ini yang mana mereka memerlukan sumbangan orang ramai.


STAY & DINE PACKAGES:

🎄Christmas Stay & Dine at Sessions
Stays between 23 – 27 Dec 2019 |  Starting from MYR995+ per night
*Inclusive of 3D2N stay, daily breakfast at Sessions and one (1) time Christmas Eve Buffet Dinner OR Christmas Buffet Dinner at Sessions Restaurant.

🎄Christmas Stay & Dine at The Elephant & The Butterfly
Stays between 23 – 26 Dec 2019 |  Starting from MYR1,045+ per night
*Inclusive of 3D2N stay, daily breakfast at Sessions and one (1) time Christmas Eve Set Dinner at The Elephant & The Butterfly – Mexican poolside bar & grill.

🎄Christmas Eve & Christmas Dinner Buffet
24 & 25 Dec 2019 | 6.30pm-10.00pm | Sessions | MYR188 nett per adult | MYR94 nett per child (6-12y)
*Inclusive of one (1) welcome drink. FOC for kids 5 years and below. Enjoy 20% OFF when you book before 16 Dec 2019.

🎄Christmas Day Platter
25 Dec 2019 | 12.00pm-3.00pm | Sessions | MYR58 nett

🎸New Year’s Eve Stay & Dine at Sessions 
Stays between 30 Dec 2019 – 2 Jan 2020 |  Starting from MYR1,045+ per night
*Inclusive of 3D2N stay, daily breakfast at Sessions, one (1) time New Year’s Eve Dinner Buffet at Sessions Restaurant.
*Complimentary access to Adventure Waterpark on 31 Dec 2019 from 7PM -2AM in conjunction with Desaru Coast New Year’s Eve Luminous Countdown Party.

🎸New Year’s Eve Stay & Dine at The Elephant & The Butterfly
Stays between 30 Dec 2019 – 2 Jan 2020 |  Starting from MYR1,095+ per night
*Inclusive of 3D2N stay, daily breakfast at Sessions, one (1) time New Year’s Eve Live Station at The Elephant & The Butterfly-Mexican poolside bar & grill.
*Complimentary access to Adventure Waterpark on 31 Dec 2019 from 7PM -2AM in conjunction with Desaru Coast New Year’s Eve Luminous Countdown Party.

Booking Here:
Website : www.hardrockhotels.com/desaru-coast
Email : info@hrhdesaru.com
Facebook : @HRHDesaruCoast 
Instagram : @HRHDesaruCoast   


P/S: Mesti meriahkan sambutan tahun baru di Hard Rock Hotel Desaru Coast ni!!! Jomm kita!!

6 comments:

  1. Tahniah HRHDC. Semoga makin banyak lagi badan-badan syarikat yang menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan

    ReplyDelete
  2. ada orang tanya, ada discount code tak? hahahahahha apoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha adeiii sila pergi sekali, kompom lepas tu dapatlah diskaun code hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.