NAK UPDATE TIBA-TIBA TAKDE IDEA, SUDAHNYA MEREPUT!

NAK UPDATE TIBA-TIBA TAKDE IDEA, SUDAHNYA MEREPUT! | Hahahaha lawak sungguh kisah Sis ko semalam. Sampai anak pun pelik, apa yang Emak menungkan depan laptop tu hahahaha...ingatkan takde yang perasan, rupanya si anak perasan sampai di perhatikan Emaknya dari jauh hahahaha.

Yerr semalam Sis ko kan, bukak laptop, kemudian jari tu letaklah atas keyboard, then diam kejap, macam kena kekejangan otot, terus melanguk bertongkat dagu..entah..takde idea, blur kejap tetiba..padahal nak update kisah Langkawi, tau-tau ehhhh...takde apa yang berlaku semalam.

Kalu post yang ni, jam 1am pagi Sis ko menaip sebenarnya, tapi Sis set schedule autopost pagi ni. Kang post memalam tadi takde sapa pulak nak membaca, semua dah membuta hahaha.

Memang tau, kadang kita ni kekeringan idea nak menaip, sebelum tu kemain banyak lagi nak taip, tiba depan laptop, terus jadi krem jari hahahaha..sudahnya mereput macam dalam gambar bawah ni...


Hahaha tak senonoh sungguh sampai mereput gini hahahaha..adeii memang lawak betul semalam. Macam terkesima bila anak tegur, macam baru tersedar dari mimpi adoii...tak pernah-pernah Sis ko macam ni, apalah yang dalam otak di fikirkan sangat kan..kereta terbang ke Sis oii....

Okaylah, cerita Langkawi tu kita tangguhlah dulu ya, nantilah cerita. Now Sis ada 'tugasan' yang nak di laksanakan. Doakan perjalanan dan urusan Sis dipermudahkan. Mudah-mudahan dengan izinNya dan juga izin Suami, semuanya di permudahkan..aamiinn...

Sedihnya nak tinggalkan 2019 kan...terlalu banyak kenangan 'tawar' buat Sis huhuhu..


P/S: Korang sambut tahun baru di mana? ...

4 comments:

  1. hhehehe seram lak mereput jd rangka gitu kak.... tahun baru ddk rumah je kak, menikmati cuti terakhir sebelum mula bizi uruskan sekolah si aiyan... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha selamat tahun baru 2020 buat Dana...terima kasih sentiasa sudi datang singgah membaca dan komen blog Sis ya...

      Delete
  2. Sama la kita sis..kalau dh sampai tahap tu mmg kena keluar pi jenjalan cari idea untuk update blog..masa tu la terpaksa keluar ongkos skit makan kat luar ke apa2 la asalkan ada ada ta nak di share kat blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..kalau Sis caranya masak jer, nanti update buat entri..tu pun kadang blur gak nak menaip, nak taip resepi bagai, sudahnya post aje makanannya hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.