Header Ads


BETUL KE KICAP BUAT PARUT LUKA JADI GELAP DAN HITAM?


BETUL KE KICAP BUAT PARUT LUKA JADI GELAP DAN HITAM? | Mungkin sebelum ini korang pernah mendengar, makan kicap akan buatkan parut luka korang menjadi gelap. Kata-kata ini sudah lama berpindah dari mulut ke mulut tanpa wujudnya penerangan di sebalik mengapa ia boleh terjadi sedemikian.

Jika korang ingin mengetahui jawapan sebenar bagi dakwaan ini, baca apa yang telah Sis sediakan di bawah ini.

Kicap buat parut luka jadi gelap?

Terdapat kepercayaan yang menyatakan jika korang mempunyai parut luka atau mendapat chicken pox, jangan sesekali memakan atau mengambil kicap. Ini kerana dikatakan warna gelap daripada kicap tersebut akan menyebabkan kuping parut menjadi gelap dan meninggalkan parut yang tidak dapat dihilangkan.

Betul tak?

Untuk pengetahuan korang, kacang soya mengandungi sejenis asid amino yang dinamakan sebagai tyrosine dan ia boleh menggelapkan warna kulit. Tyrosine akan bertukar menjadi melanin apabila korang terdedah kepada cahaya matahari. Melanin pula adalah pigmen gelap yang bertanggungjawab terhadap warna kulit yang gelap. Walau bagaimanapun, di sebalik kewujudan tyrosine dalam kacang soya, ia masih bukan menjadi penyebab luka korang gelap.

Mengapa?

Ini kerana kacang soya bukanlah satu-satunya jenis makanan yang mengandungi tyrosine. Terdapat pelbagai lagi jenis makanan lain yang mengandungi tyrosine seperti keju, daging lembu, daging kambing, ikan, ayam, kekacang dan bijirin penuh. Senang kata, apa yang korang makan setiap hari sebenarnya mengandungi kandungan tyrosine. Korang makan ayam setiap hari, tetapi tyrosine dalam ayam tidak pula menyebabkan tubuh badan korang berwarna merah jambu.


Tyrosine dan fungsinya terhadap tubuh

Fungsi sebenar tyrosine adalah untuk menghasilkan bahan kimia otak bagi membantu sel saraf berkomunikasi dan mengawal selia mood. Tyrosine juga meningkatkan kewaspadaan, perhatian dan fokus seseorang individu. Tubuh badan korang hanya menggunakan tyrosine apabila diperlukan dan pengambilan banyak makanan yang mengandungi tyrosine tidak akan menjadikan tubuh badan korang lebih gelap.

Ia juga tidak akan meningkatkan penghasilan melanin dalam tubuh korang kerana korang masih memerlukan sinar matahari untuk menggelapkan warna tubuh. Pokok pangkalnya, tyrosine semata-mata masih tidak akan menggelapkan tubuh korang tanpa pendedahan terhadap sinar UV.

Parut chicken pox bukan sebab kicap?

Ya, kicap bukan penyebab terjadinya parut yang gelap pada chicken pox. Parut akibat chicken pox sebenarnya terbentuk disebabkan oleh aktiviti menggaru yang menjejaskan proses penyembuhannya dan meningkatkan risiko jangkitan bakteria. Sekiranya korang mahu mengelakkan parut gelap akibat chicken pox, jangan sesekali menggarunya. Hilangkan kegatalan yang dialami dengan cara mandian air sejuk atau penggunaan losyen calamine.

Secara logiknya, jika korang menganggap makan kicap boleh buat luka jadi hitam, korang mungkin boleh makan telur untuk jadikan parut anda berwarna putih atau kuning kan? Atau makan sawi hijau untuk menjadikan luka berwarna hijau, baru rare. Tetapi pasti ramai yang tidak mempercayainya.

Mengapa?

Sebab ramai yang tahu ia tidak logik dan tidak boleh diterima akal. Begitu juga dalam kes kicap ini.

Artikel: Muhammad Wa'iz
Laman Web : Hello Doktor 


P/S: Haaa lepas ni jangan takut dengan kicap oii! Adeiii memang ingat selama ni kicaplah punca hitam!Kesian kicap kena fitnah!

4 comments:

  1. dulu zaman kanak kanak tertipu dengan ayat ni. dah besar baru tahu itu hanyalah tipu. takut betul dulu nak makan kicap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha samalah, jangan kata dulu, sekarang pun mindset tu susah betul nak tukar hahahaha

      Delete
  2. Dulu masa chicken pox memang abah mak x bagi makan kicap..padahal bila dah besar mmg tau dah semua tu mitos je..dulu mmg takut sangat nak makan kicap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sebab hitamnya kicap tu, jadikan kita pun sama jadi takut kannnn SA ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.