SEDAP KE MAKAN DI RESTORAN IKAN BAKAR AROMA TU?

SEDAP KE MAKAN DI RESTORAN IKAN BAKAR AROMA TU? | Baru-baru ini Sis ada upload di instagram story Sis yang Sis pergi makan di Restoran Aroma Ikan Bakar di Jeram Selangor sewaktu mengikuti FAMmediatrip anjuran Tourism Malaysia sempena malam Media & Appreciation Dinner 2019 di Glasshouse,Seputeh dan tiba-tiba ada 2 orang berbalas di IGs Sis menanyakan soalan  'Sedap ke makan kat situ?'..dan satu lagi soalan 'Sedap ke ikan bakarnya?' Sis macam ermmm...

Sampai sekarang Sis tak jawab soalan itu sebabnya Sis sendiri nak buat posting dan menulis sendiri review Sis makan di sini. Dan harini Sis akan bercerita mengenainya.

Sedap atau tidak itu subjektif. Kadang kita kata sedap, kau kata tak sedap, kang kita kata tak sedap, kau kata sedap, so sedap itu subjektif. Bagi Sis, kalau sebut aje ikan bakar, memang kesukaan Sis, dah terbayang akan ikan bakar panas-panas, cecah makan dengan sambal asam atai sambal kicap, memang power arrr makan memalam kan, tambah pulak kalau lapar.

[Baca Juga] : Akhirnya Dapat Juga Aku Jejakkan Kaki Ke Sky Mirror Kuala Selangor 



Akan tetapi, apa yang Sis bayangkan ternyata tidaklah seperti yang di bayangkan. Tapi kami tidak salahkan pihak restoran sebab ketika hari kejadian, kami semua pun sampai lewat di restoran tu, semua hidangan sudah di hidangkan, jadinya tentunyalah ikan bakar tu pun dah sejukkkk...

Bila dah sejuk, ermm agak kuranglah nikmat nak nikmatinya. Takkan nak suruh pihak restoran panaskan pulak, nampak beno ngada-ngada pulakkan ko, dah bagi makan lagi nak cerewet hahahaha.

So kami makan ajelah apa yang di hidangkan depan mata.


Ikan Bakar Aroma

Yaa ini yang orang gasak sebut ikan bakar dia power. Bagi Sis ikan bakar kalau dah sejuk, ko kata power pun Sis kata nahe nahe nahe (tidak tidak tidak) hahahahaha. Tak kiralah makan ikan bakar kat mana sekalipun, kalau dah sejuk, terbantut selera den. Tidak begitu syokk makan ikan bakar kalau dah sejuk, tapi nasib baik ada sambal asam dan sambal kicap pedas dia yang sangat menyelerakan!!..

Ikan apa Sis tak tau, nak kata siakap macam kecik pulak, entah. Sebenarnya kalau ikan bakar ni, sejuk pun masih okay, tapi kenalah kuahnya yang di bakar tu di curahkan balik atas ikan tu panas-panas, rasanya dah okay kot, terus naik balik rasa ikan tu. Tapi bila dah sejuk kerung macam tu, dengan kuahnya pun turut kering ler. So korang kalau nak makan ikan bakar, pastikan korang datang makan panas-panas, baru laaa kaw!.


Udang Masak Sambal 

Nama pun sambal, so mestilah rasa pedas tu ada. Tapi pedas dia masih boleh bawa bincanglah, tidaklah pedas sangat. Masih boleh makan. Dan kuahnya pun tidak kering, so bolehlah ceduk kuah sambalnya makan dengan nasi. Yang ini bagi Sis okaylah. Cuma ada rasa manis sikit. Tapi kalau dah lapor bedal aje.


Udang Goreng Tepung 

Udang goreng tepung ni macam biasalah, memang menepati citarasa kalau tepungnya bersalut dengan sotongnya, jangan ada tu, kita makan sotong tapi tepung terburai hahahaha. Untuk yang ini, rasa dia pun cukup semua, kalau dapat panas-panas lagi sedap!. Gurih gitu!

[Baca Juga] : Udang Masak Lemak Nanas Di Restoran Nyonya Suan Sangat Sedap!


Sup Seafood 

Dan yang paling buat Sis terkilan adalah sup ini. Sup ini sedap sangat, tapi sebab mungkin kami datang pun lambat, dan pihak restoran dah pun hidang, makanya korang perhati secara dekat, adalah 'insan-insan' yang telah pun mencemari masuk ke dalam sup itu. Tapi sebab teringin dan kecur beno nengok, Sis pun ceduk kaup gak tepi-tepi dan makan, janji dapat merasa. Mula takut gak, kang naya kalau jadi sebab sakit kang, tapi alhamdulilah, elok je sihat Sis ko ni. Yerrr sedap sangat sup ini!!


Kerabu Mangga 

Kesukaan Sis, kerabu mangga. So memang inilah Sis makan banyak dan siap meratah lagi. Hehehehe dah yang lelain taknak makan, so Sis bedal aje la, kena plak ada hirisan cili padi tu, haaa amekkaww kepedasan nak gile makan sambil gigit cili hahahaha.. Nasib baik ada ais air kelapa, sejuk tekak.


So itu ajelah bebelan review Sis untuk makan di sini. Jangan buat andaian apa-apa ya sebabnya ini review Sis sendiri yang makan, untuk korang, korang boleh cuba dan review sendiri. Ingat, sedap itu subjektif!.

Lepas makan, ikutkan jadual kami akan melihat kelip-kelip, sebab ini termasuk dalam jadual selepas ke Homestay Sg Sireh (yang ini nanti Sis cerita ya) tapi keadaan cuaca tidak begitu elok, makanya terpaksalah balik ke Hotel aje dan tidur.

[Baca Juga] : Hotel Red by Sirocco, Selesa Dan Bersih 

Restoran Aroma Ikan Bakar

Alamatnya : Jalan Jati, Jeram, 45800 Jeram, Selangor
Di buka dari jam 3pm hingga 12am kecuali Sabtu Ahad dari jam 1pm hingga 12am .
Setiap hari .
Tandas percuma dan Surau juga ada disediakan.

#MYtravelmediabuddy #visitmalaysia2020 #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia 


P/S: Terus terliur pulak nak makan ikan bakar...ermmm

10 comments:

  1. wah memang best dapat makan ikan bakar :)

    jemput singgah https://tiaarasapphire.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa makan ramai-ramai, memang jadi sedap kalau tak sedap pun heheheh

      Delete
  2. Setuju sis. Lain orang lain rasa lidahnya ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn...kenalah jujurkann...tapi masih boleh makan lagi..

      Delete
  3. kita lapar sangat malm tu..sampai2 jer trus ngap..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sama juga Sis, cuma agak blur jee hahahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Yaaaa Wak, semua sedap, kalau ikan bakar tu panas, bertambah-tambah sedapnya..

      Delete
  5. memang licin kita makan malam tu..sambal kicap dia tu memang sedappp!

    nasib baik lerr kita jenis boleh je makan kalo lauk da sejuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tu lerrr...jenis lauk lain okay, ikan bakar je, poting stim kalau dah sejuk huhuhu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.