FENOMENA GERHANA MATAHARI CINCIN (ANULUS) 26 DISEMBER 2019

FENOMENA GERHANA MATAHARI CINCIN (ANULUS) 26 DISEMBER 2019 | Pada 26 Disember 2019 nanti, kita berpeluang menyaksikan sekali lagi fenomena Gerhana Matahari Cincin atau Gerhana Matahari Anulus. Di Malaysia, Kali terakhir fenomena ini berlaku ialah pada tahun 1998.

Ketika itu, rata-rata masyarakat semenanjung Malaysia dari Melaka merentas ke Mersing dan terus ke laut ke sebuah pulau kecil bernama Pulau Dayang dan Aur , telah menyaksikan satu susunan indah bulan dan matahari sejajar.

“Anulus” bermaksud “cincin” di dalam bahasa Latin hanya dapat disaksikan dari Kukup, Tanjung Piai, Tanjung Pelepas, Selatan Nusajaya dan Pengerang di selatan Johor dan di Bau, Kota Samarahan, Serian dan Sri Aman di Sarawak. Kawasan-kawasan lain di Malaysia hanya dapat menyaksikan Fasa Gerhana Matahari Separa sahaja.

Selepas kali terakhir berlaku 21 tahun lalu, rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan keunikan fenomena alam yang mencetuskan pelbagai kesan kepada flora dan fauna dikenali sebagai gerhana matahari cincin.


Pembentukan ‘cincin berapi’ di kala tengah hari yang sebelum ini berlaku di Malaysia pada 22 Ogos 1998 tercetus apabila bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan sebaris, sekali gus menyebabkan persekitaran tiba-tiba bertukar gelap untuk tempoh tertentu.

Lokasi strategik untuk menyaksikan proses pembentukan fenomena yang berlaku sekali dalam tempoh dua dekad ini adalah di daerah paling selatan Malaysia, iaitu Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.

Hampir separuh kawasan bumi termasuk Malaysia akan berpeluang menyaksikan gerhana matahari cincin yang bermula dari Arab Saudi, kemudian ke India, Sumatera, Malaysia (Johor dan Sarawak), Singapura, kembali ke Malaysia di Sabah dan Sarawak sebelum berakhir di Lautan Pasifik pada 26 Disember ini.

Mengulas perincian ‘gerhana matahari anulus’, Pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari, berkata fenomena itu dijangka berlaku untuk tempoh antara dua minit 30 saat hingga tiga minit 30 saat, bergantung kepada lokasi.

Faktor lain yang bakal menentukan kejelasan pembentukan anulus dalam bahasa Latin atau cincin itu adalah taburan awan, jerebu dan kemungkinan hujan pada waktu ketiga-tiga sistem solar berkenaan berada dalam kedudukan sebaris.


Selain itu, bersempena fenomena ini juga, Planetarium Negara dengan kerjasama Taman Negara Tanjung Piai turut mengadakan festival Solar Fest Malaysia 2019 bermula hari ini, 24 sehingga 26 Disember ini. Pelbagai aktivoti di sediakan sepanjang festival ini.

Orang ramai yang mengunjungi tapak festival di Taman Negara Tanjung Piai berpeluang menyaksikan fenomena alam ini untuk tempoh paling lama, berbanding kawasan lain di seluruh Semenanjung.

Berikutan gerhana matahari cincin ini, ianya bakal menyebabkan fenomena air pasang besar di Tanjung Piai dan pantai barat Semenanjung. Berdasarkan maklumat diperoleh daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), paras air laut di Tanjung Piai dijangka naik sehingga 3.4 meter, berbanding kadar biasa iaitu antara dua hingga tiga meter.

Ini paras biasa dan tidak memberi sebarang kebimbangan kepada pengunjung, namun apa yang lebih menarik ialah kesan kepada burung hijrah serta tumbuhan kerana persekitaran hening tengah hari tiba-tiba bertukar gelap.

Pada waktu sama, seluruh negara juga akan turut mengalami fenomena Gerhana Matahari Separa yang akan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.

Orang ramai khususnya peminat aktiviti astronomi berpeluang menyaksikan gerhana matahari anulus secara Live Streaming selain diikuti 2 juta peminat astronomi di seluruh dunia dengan himpunan 2000 teleskop yang akan dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records.


P/S: Macam best pulak festival tu, mesti meriah kan! Jomm kita...

6 comments:

  1. subhanallah. banyak kan peristiwa yg berlaku tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr Umi, kita banyak-banyak berdoa dan melakukan solat ketika gerhana nanti...

      Delete
  2. Thanks info! Nak share kat blog i eh sistur!

    ReplyDelete
  3. menarik kan..kebesaran allah swt...alhamdulillah dapat tengok hari ni..ingatkan mendung sebab nak hujan..terlupa plak hari ni gerhana matahari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa terakhir tahun 1998, now tunggu lagi 26tahun mendatang baru jumpa lagi SA ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.