Header Ads


MAKAN DUA BIJI EPAL, BOLEH TURUNKAN KOLESTROL?


MAKAN DUA BIJI EPAL, BOLEH TURUNKAN KOLESTROL? | Ada pepatah mengatakan “Sebiji epal dalam sehari boleh menjauhkan korang daripada doktor,” tetapi bagaimana pula dengan dua biji epal sehari?

Apakah manfaat yang mungkin diperolehi sekiranya mengamalkan pengambilan buah tersebut?


Dua biji epal = 4 peratus

Jika sebelum ini korang mengamalkan untuk memakan sebiji epal sehari, mungkin selepas ini korang boleh mula mengambil dua biji epal setiap hari. Kenapa? Ini kerana terdapat penyelidikan yang mengatakan dua biji epal yang dimakan setiap hari akan dapat membantu mengekalkan kadar kolesterol.

Lebih menarik lagi, penyelidik turut mendakwa bahawa individu yang mengambil dua biji epal sehari, untuk tempoh selama lapan minggu akan dapat menurunkan kadar kolesterol tidak baik sehingga empat peratus. Keadaan ini sekali gus dapat mengurangkan risiko untuk mengalami serangan strok atau jantung yang disebabkan pengerasan kolesterol pada arteri.
Menarik tetapi betul ke?

Kajian yang dilakukan

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, responden yang berusia antara 20 hingga 69 tahun diminta untuk mengambil dua biji epal sehari dalam tempoh dua bulan. Tahap tekanan darah diambil oleh penyelidik pada sebelum dan selepas tempoh kajian.

Pengkaji turut membuat perbandingan hasil kajian dengan individu yang mengambil dua gelas minuman air epal yang mempunyai kadar kandungan kalori yang sama sepanjangan tempoh dua bulan kajian.

Daripada hasil kajian, individu yang memakan epal akan mengalami penurunan kadar kolesterol tidak baik secara purata 3.6 peratus lebih rendah berbanding individu yang mengamalkan pengambilan minuman berasakan epal.

Kadar peratusan itu adalah jauh lebih rendah berbanding pengambilan ubatan statin, iaitu ubat-ubatan yang biasanya diambil untuk mengurangkan kolesterol antara 30 hingga 55 peratus. Tetapi perubahan diet yang kecil ini dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Lebih menarik lagi, hasil kajian ini juga mendapati individu wanita yang mengamalkan pengambilan dua biji epal ini setiap hari akan mendapat lebih manfaat berkaitan kolesterol berbanding lelaki.

Walaupun dikatakan wanita lebih memperolehi manfaatnya, ia tidak bermakna tiada langsung kebaikan yang diperolehi oleh individu lelaki, bukan? Namun, sebenarnya masih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk mengesahkan mengenai perkara ini.

Jadi apa kata kita fokuskan kembali mengenai kebaikan buah epal ini, okay?

Apakah manfaatnya?

Dua epal yang besar, mengandungi kira-kira satu per empat serat harian yang disyorkan bagi seorang individu dan terdapat sejenis serat yang membakar bakteria dalam usus, sekali gus dapat mengurangkan kolesterol. Haaa, sebab itulah wujudnya pepatah, “Sebiji epal dalam sehari boleh menjauhkan korang daripada doktor.”

Penyelidik kajian juga mendapati individu yang mengamalkan pengambilan buah ini setiap hari juga akan mempunyai saluran darah yang lebih sihat dan lebih tenang. Kesan keadaan ini adalah sama dengan pengambilan makanan lain yang mengandungi sebatian semula jadi yang dipanggil polifenol.

Untuk pengetahuan, polifenol adalah sebatian fitokimia yang secara semula jadi terkandung di dalam tumbuhan. Sebatian ini memberikan pelbagai warna (pigmen) dalam makanan. Bukan itu sahaja, polifenol juga berfungsi untuk melindungi tumbuhan dari bahaya.

Menurut pengarang kanan kajian dari Hugh Sinclair Unit of Human Nutrition di University of Reading, Profesor Julie Lovegrove berkata, “Nampaknya pepatah lama yang sering disebut mengenai buah ini adalah hampir tepat.”

Individu yang memakan dua epal bersaiz besar setiap hari yang mengandungi kandungan polifenol yang tinggi akan mempunyai tahap kolesterol LDL yang lebih rendah dan tiada sebarang pengurangan kolesterol baik berbanding mereka yang mengambil minuman berasaskan epal. Kolesterol LDL ini juga disebut sebagai kolesterol tidak baik.

Kami percaya serat dan polifenol dalam epal adalah penting dan epal merupakan sejenis buah yang sangat popular dalam kalangan individu dari pelbagai peringkat usia. Ia merupakan sejenis buah yang mudah untuk dimakan dan adalah pilihan makanan snek yang sihat.

Pakar percaya jenis serat yang ditemui dalam epal bermanfaat kepada bakteria penting dalam usus untuk menghasilkan rantaian pendek asid lemak yang boleh menurunkan kolesterol dalam hati.

Apa pendapat pakar?

Bagi profesor perubatan kardiovaskular di University of Sheffield, Tim Chico, “Kajian ini menunjukkan bahawa memakan dua biji epal dalam masa satu hari akan menyebabkan sedikit penurunan dalam kolesterol berbanding dengan hanya meminum air epal.”

Kesan ke atas kolesterol adalah sangat kecil berbanding dengan terapi ubatan dengan statin dan ia sebenarnya tidak dapat menentukan bahawa ia akan membawa kesan kepada penurunan risiko berkaitan penyakit jantung ataupun strok.

Bagaimanapun, kajian yang dilakukan itu adalah dalam tempoh jangka masa yang singkat. Jadi setiap manfaat yang diperolehi mungkin korang memberikan kebaikan yang lebih besar kepada kesihatan secara keseluruhan jika dilakukan sepanjang hayat,” ujar Tim.

Kebaikan epal

Epal atau nama saintifiknya malus domestica adalah sejenis tanaman berbuah dalam genus malus dan keluarga mawar. Ia berasal daripada Asia Barat dan merupakan tanaman yang paling banyak dicucuk tanam di dunia.

Jom ketahui apakah kebaikan epal:

Otak

Menurut kajian yang dibentangkan di Alzheimer’s Association’s International Conference pada 2017, individu yang gemar makan makanan berasaskan tanaman mempunyai kurang risiko demensia.

Jantung

Menurut kajian yang dilakukan oleh Florida State University, buah ini yang tinggi kandungan serat dapat membantu mengawal paras kolesterol agar kandungan kolesterol ‘baik’ melebihi kolesterol ‘jahat’.

Berat badan

Berdasarkan kajian, individu yang gemar makan buah ini sebagai pembuka selera akan membuat mereka berasa kenyang sebelum makan sajian utama. Kajian tersebut menyambung lagi bahawa individu tersebut akan memperoleh kalori yang lebih rendah iaitu sebanyak 200 kurang daripada individu yang tidak melakukannya.

Risiko diabetes

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pengkaji daripada Universiti Harvard, individu yang makan buah ini atau buah-buahan lain seperti anggur dan beri sekurang-kurangnya dua kali seminggu, ia akan menurunkan risiko menghidapi diabetes sebanyak 23 peratus berbanding mereka yang hanya mengambilnya sekali sebulan atau kurang daripada itu.

Kanser

Kandungan antioksidan dalam buah ini yang sangat tinggi menjadikan ia antara sumber makanan yang mampu melawan kanser. Menurut kajian yang dilakukan di Itali, makan buah ini sekali sehari dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolorektal berbanding buah-buahan yang lain.

Jadi walaupun masih banyak kajian yang perlu untuk mengesahkan mengenai kebaikannya dalam mengurangkan kadar kolestrol tidak baik dalam badan, tetapi buah epal tetap memberikan manfaat kebaikan kepada mereka yang mengamalkannya. Jadi, jangan lupa makan epal setiap hari, okay?

Sumber : Hello Doktor 


P/S: Sis suka epak hijau aje, epal merah kurang suka....

6 comments:

  1. p/s...ammi pulak prefer epal merah dari hijau sbb ijau tu masam yang amatttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo Sis suka epal hijau, jarang sekali beli dan makan epal merah hehehehe

      Delete
  2. Kalau sebelum ni makan epal cuma makan sebab suka..sekarang dah tau manfaatnya juga.

    ReplyDelete
  3. Hi...im just blog walking...saya suka makan epal hijau sebab masam masam sikit dan sesuai untuk yg BP tinggi....anyway kalau sis lin free , mai la visit my blog https://itsmesalrini.blogspot.com/....Tq ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii...yaa sama Sis, suka makan epal hijau..makaseh sudi singgah ya ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.