HARD ROCK DESARU COAST MERAIKAN ANAK-ANAK ROHINGYA SEMPENA HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

HARD ROCK DESARU COAST MERAIKAN ANAK-ANAK ROHINGYA SEMPENA HARI KANAK-KANAK SEDUNIA | Hard Rock Hotel Desaru Coast menyambut kedatangan Rumah Pertubuhan Kebajikan Cahaya Surya Bakti (anak-anak Rohingya) sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia (International Children's Day) dalam program amal Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka di Hard Rock Roxity baru-baru ini.

Wajah-wajah kegembiraan anak-anak ini terserlah di saat mereka melangkah masuk ke dalam Hard Rock Roxity. Mungkin ianya adalah sesuatu yang baru buat mereka. Paling teruja anak-anak yang peling kecil umurnya sekitar 7tahun. Sungguh comel dan pandai bawa diri memasing.

Kedatangan mereka ini telah di aturkan aktivitinya sepanjang setengah hari bersama kami. Sis berpeluang untuk turut serta dalam program amal ini yang mana ini juga satu pengalaman baru buat Sis dan rakan media lain,Sunah mengenai Hard Rock Roxity ni.



Seramai lebih kurang dalam 30 orang anak-anak yang hadir pada masa tu bersama guru-guru pengiring mereka. Dan dalam permerhatian Sis, anak-anak ni memang tak fasih berbahasa melayu, bahasa perantara mereka dengan guru-guru mereka dalam bahasa english tapi anak-anak ini lebih kepada bahasa negara mereka sendiri bila berborak sesama mereka, sampai terpinga Sis ko curi dengar tapi satu benda tak faham hahaha.

Cuma Sis tak pasti, samada mereka ini semuanya anak-anak Rohingya atau ada antaranya anak-anak Syria. Lupa pulak nak bertanya pada guru berkenaan.



Aktiviti di mulakan dengan senaman 'warm up' dulu, yaa kasi panas badan dulu, baru kita boleh mandi air ya. Anak-anak ni pun duk teruja, apakah yang akan mereka lakukan tu, dan bila muzik di pasangkan, ewah ewah mereka menari kegembiraan tapi malu-malu kucing pulak hahahaha.

Ada yang tak menari langsung, mungkin tak biasa dengan keadaan begini atau memang jenis pemalu. Memang tersenyum-senyum dia kalau kita tengok dia menari hehehe.



Bila selesai acara warm up, guru-guru mereka arahkan untuk menukar pakaian mandi, haaa masa ni semua anak-anak bersorak gembira, mana taknya nak main air di luar sana. Walaupun hujan renyai ketika itu, tapi di sebabkan keterujaan anak-anak semua, mereka tak hiraukan hujan pun, redah aje.
Oh! Ya, tempat bermain air ini hanya bersebelahan dengan Hard rock Roxity ni je, tak perlu nak keluar sana untuk ke sini, memang khas untuk bermain di dalam ini sahaja.

Di sini jika anak-anak bermain air di luar, selesai mandi, mereka boleh salin pakaian mereka di situ juga, ada tandas di sediakan untuk persalinan. Tak payah ke tandas luar sana. So memudahkan bagi ibu bapa yang meninggalkan anak-anak mereka di sini. Semuanya hanya di Roxity.



Habis aktiviti main air, anak-anak ni di bawa pulak ke ruang aktiviti kreatif, di mana di sini tempatnya anak-anak boleh membuat aktiviti 'art' mereka. Untuk hari itu, pihak Hard Rock Roxity telah menyediakan aktivi menampal sticker logo Hard Rock. Waa time ni berebut-rebut anak-anak nak pilih yang mana satu mereka nak tampal di tangan mereka.

Jangan kata anak-anak, Sis juga Sunah pun dapat satu sticker di tangan hehehehe. Logo guitar tu comel sangat!



Wajah-wajah kegembiraan mereka setelah puas dan penat bermain. Ada tu yang memang pemalu dari mula sampai, hinggalah dah nak balik pun alahaiii, kita tanya pun taknak jawab, tersenyum-senyum dia. Menurut kata guru-gurunya, ada antara mereka sejak dari umur 5 tahun sudah berada di rumah kebajikan tu, dan ada juga yang tinggal bersama keluarga angkat mereka.

Cuma sayangnya, mereka memang tak berapa fasih berbahasa english dan juga bahasa melayu jangan katalah, lagi tak tau hehehe. Dah jom kita pergi makan.



Bila kata nak pergi makan, semua bersorak, mungkin memasing dah kelaparan. Pihak Hard Rock Cafe telah pun siap sedia menghidangkan mereka menu nasi goreng bersama 2 ketul ayam drumstick dan juga aiskrim sebagai pencuci mulut yang memang sedap sangat! Sampaikan anak-anak makan licin Sis nengok, ke memang lapar.

Tapi memang sedap, sebab Sis juga dapat merasainya dan makan bersama anak-anak. Sambil makan pihak Hard Rock Roxity menyampaikan cenderamati kepada anak-anak dan guru-guru. Teruja sangat anak-anak ini, sampaikan bila dapat aje cendehatinya, mereka sama mereka bercakap sambil gelak dan buka hadiahnya, Apa dia cakap, Sis ko tak faham hahaha.



Hard Rock Roxity ini terbuka hanya untuk 'in house guest' yang menginap di situ sahaja, tetapi bagi mereka yang nak bawak group anak-anak or pelajar sekolah secara berkumpulan, boleh juga datang ke sini. Ada bermacam-macam aktiviti yang di sediakan.

Yaa sebenarnya banyak kemudahan dan aktiviti yang boleh korang buat bersama anak-anak di Hard Rock Roxity ni. Samaada korang tinggalkan anak korang di sini atau korang stay sekali. Bab keselamatan jangan risau, pihak Hard Rock Roxity sangat mengutamakan keselamatan anak korang. 

Boleh rujuk lebih banyak gambar pada page facebook @akusislin di atas tu ya. 

Untuk pertanyaan, boleh contact terus pihak Roxity.
Call 0102360669 (Manager - En. Azlan) @ email roxity@hrhdesaru.com

#CSR #Desaru #HRHdesaru #HRroxity #InternationalChildrenDay #HariKanakKanakSedunia


P/S: Tahniah buat Hard Rock Desaru Coast! 👏

2 comments:

  1. alhamdulillah...tahniah HRH DC! you rockkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, berpeluang sama-sama menikmati kegembiraan mereka kan @Sunah ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.