TOURISM MALAYSIA - MEDIA & INDUSTRY APPRECIATION DINNER 2019

TOURISM MALAYSIA - MEDIA & INDUSTRY APPRECIATION DINNER 2019 | Meriah dan sangat happening majlis yang berlangsung pada 13/12/2019 baru-baru ini di Glasshouse Seputeh sempena majlis makan malam dan penghargaan istimewa kepada media dan pelancongan juga pemain industri sepanjang 2019, yang di anjurkan oleh Tourism Malaysia.

Lebih kurang 350 tetamu dari industri media serta pemain industri pelancongan tempatan, yang terdiri daripada editor, wartawan, blogger dan editor kandungan media sosial serta penulis, serta pengusaha hotel, persatuan pelancongan, ejen pelancongan dan pemilik produk pelancongan, telah dijemput petang itu di The Glasshouse di Seputeh di Kuala Lumpur Jumaat lepas.

Majlis itu dihoskan oleh Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Musa Yusof, bersama YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya, sebagai tetamu kehormat.

Sis menerima jemputan ke majlis ini mewakili media blogger Johor bersama Tourism Southerns Region yang membawa media dari Wilayah Selatan Johor & Melaka seramai 19 orang kesemuanya. Ikutkan ada lagi, tapi last minit tak dapat join. 




Majlis di mulakan dengan penuh gilang gemilang oleh pengacara majlis Fahrin Ahmad. Tetamu juga di sajikan dengan makanan yang lazat beserta persembahan ahli silap mata dan permainan kuiz. Juga ada best dress dan cabutan bertuah pada petang itu. Takde rezeki malam tu nak menang tiket penerbangan..

Datuk Musa Yusof berkata sewaktu ucapan aluan selamat datangnya: "Nampaknya sesuai untuk kita menamatkan tahun 2019 ini dengan cara sebegini sebagai satu pengiktirafan sokongan yang kuat yang diberikan oleh media dan rakan kongsi industri kami kepada semua program dan acara yang telah kita sediakan sepanjang tahun 2019. "

Dalam ucapannya juga, beliau menyatakan pendedahan positif terhadap Malaysia yang disediakan oleh media Malaysia dan mengucapkan terima kasih kepada profesionalisme mereka. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para peserta industri bagi mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa melalui jenama "Malaysia Truly Asia", dan di dalam negara dalam kempen "Cuti-Cuti Malaysia".



Tema pada malam itu adalah White and Blue, makanya berbiru dan berputih laa kami semua pada malam tu. Memang sangat meriah, teruja dan happening majlisnya. Ramai rakan media blogger yang Sis jumpa dan kebanyakkannya pertama kali bersua muka dan ada tu, sampai bila nengok muka kenal, nama plak tak ingat, ada juga nama kenal, tapi cari-cari tak jumpa plak.

Begitulah, di sini kami berkumpul bersama, sampaikan Sis rasa macam reunion plak gitu, bila jumpa geng-geng travel sewaktu ke FAMmediatrip Sandakan baru-baru ini, dan kami jumpa semula malam tu. Kenangan yang sangat indah!.




Ikutkan kan banyak gambar yang Sis ko amik tapi....hahahaha faham-faham aje laa kalau orang yang amikkan, adeii blur jadinya dan dalam gambar semua jadi kontot hahahahaa kelakar kalau tengok. Mana yang Sis masuk sini tu, itu kira okaylah antara yang ada, janji ado sudah.

Korang mesti kenal mereka-mereka yang dalam gambar tu kan? Kalau Sis memang agak teruja dan berkali berkata dengan Sunah, 'Mana satu ni Hasif Hamsyari?', memang nak sangat jumpa dan tengok dia, dia adalah seorang travel blogger admin kepada Gaya Travel yang kerjanya mengembara ke sana sini dan berkongsi semua pengalaman dan gambar yang dia pergi. Memang suka stalker Intagram dia, gambar dia sangat cantik!! .

Dan malam itu akhirnya dapat juga bersua muka dengannya. Mak aii comel beno mukanya, kecil aje orangnya, suara alahaii cute sangat! baru 24 ke 25 tahun gitu, dah macam anak-anak Sis je, korang jangan memacam yaa. Tapi serius, Sis suka baca karyanya dan juga tengok cara dia upload gambar, sangat suka!.


Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya juga berkata pada malam itu,

I look forward to even closer working ties with everyone next year during the Visit Malaysia 2020 to welcome 30 million tourists and RM100 billion receipts. We should be proud to showcase to visitors from all over the world, Malaysia’s peace-loving, multi-cultural society, comprising of more than 200 ethnic communities who have lived in harmonious unity all these years. The Ministry of Tourism, Arts and Culture and Tourism Malaysia are planning to kick off the Visit Malaysia 2020 campaign in a big way. I take this opportunity to formally invite all of you to take part in welcoming the New Year and the 2020 campaign.

Sehubungan dengan itu, majlis rumah terbuka Hari Natal (krismas), Tahun Baru dan juga pelancaran Visit Malaysia 2020, bakal di adakan di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember 2019.

Juga pada 1 Januari 2020, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan bersama-sama dengan Tourism Malaysia akan menuju ke semua pintu kemasukan melalui udara, darat dan laut di Malaysia untuk mengalu-alukan ketibaan pelancong pertama ke Malaysia pada 2020 pada 1 Januari. Pemain industri dan ahli-ahli media juga dijemput menyertai acara itu juga.


Terima kasih Tourism Malaysia, Tourism Wilayah Selatan, dan juga Tourism Johor yang memberi peluang kepada Sis untuk sama-sama mempromosikan Malaysia bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dan juga Tahun Melawat Johor 2020.

Satu penghargaan yang tidak mungkin dapatt di lupakan sepanjang bergelar blogger. Alhamdulilah .
#MYtravelmediabuddy #visitmalaysia2020 #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia 


P/S: Tahun 2020 bakal menyusul...Azam? Macam biasa, nak menjadi yang lebih baik dari sebelumnya!

6 comments:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.