HOTEL RED BY SIROCCO, SELESA DAN BERSIH

HOTEL RED BY SIROCCO, SELESA DAN BERSIH | Mungkin ada yang pertama kali mendengar nama hotel ini, termasuk juga dengan Sis. Dan ini juga kali pertama Sis sampai ke hotel ini dan berpeluang menginap di sini baru-baru ini. Hotel Red by Sirocco ini berada di tengah bandar Kuala Lumpur.

Sis bersama team media Tourism Wilayah Selatan di tempatkan di sini selama 3 hari 2 malam sempena menghadiri majlis Media & Industry Appreciation Dinner 2019 dan juga mengikuti FAMmediatrip ke Selangor bersama media Utara dan juga media dari Pantai Timur.

[Baca juga] : Media & Industry Appreciaton Dinner 2019



Macam biasa, rezeki selalu ada bersama teman sebilik Sis, siapa lagi kalau bukan Sunah hehehe. Kemana aje, dialah roomate Sis. Dan untuk kali ini Sis dan Sunah di beri bilik yang menempatkan 2 katil queen besar di tingkat 12 bilik 1208. Memang teruja gile melangkah masuk bilik ni, besar bagi kami berdua dan cukup selesa dan bersih.

Dekorasinya moden dan memainkan warna yang agak garang seperti logonya sendiri, yaitu warna merah. Dah macam sama rumah Sis pulak kan hehehe. Sampai aje, apalagi, test tilamnya, hahaha empok gitu! Terloncat-loncat kami semata nak test kegebuan tilam dan bantalnya hahaha.



Untuk bilik mandinya pulak, bersebelahan dengan tempat tidur, bukan di dalam satu ruang bilik, so memang kemas tersusun ruangnya dari mula melangkah masuk bilik, dah macam rumah sendiri. Gobok almari dia pun sama, di sediakan di ruang lain sebelum masuk tandas, juga tempat makeup atau meja solek. pun di ruang khas, Sis suka!

Kelengkapan mandi semua ada, tuala, sabun mandi dan syampoo, topi mandi, berus gigi, ubat gigi, hair dryer, hanger, semua ada, termasuk peti ais dan peti 'rahsia', cuma sterika baju dan papan gosok, korang kena call minta hantar ke bilik ya.



Dan yang paling membuatkan Sis ko teruja dan suka sangat dengan hotel ini sebabnya...tadaaaa nengok tu!! Bagi pengemar coffee lover, inilah masanya untuk kita minum sampai lebam di dalam bilik dengan sepuasnya!

Hahaha gile sedap kopi dia uiii, pahit dia cukup!! Sis suka sangat tapi Sunah tak suka hahahaha..katanya pahit, tapi ada satu jenis kopi tu dia buat esoknya, katanya sedap pulak, entah agaknya ada 2 jenis kopi kot dia bagi. Sis ko pulak hentam saja labu, janji rasa kopi hahaha.



Dan yang bestnya, bilik Sis dan Sunah mengadap menara Kuala Lumpur! Taraaaa....selak aje langsir, terpacakl tinggi tersergam indah Menara KL tu...yehuuuu...kalaulah takde bangunan tinggi sebelah kiri tu kan, kat situ akan nampak KLCC plak. Kan dah kata hotel Red by Sirocco ni di tengah bandar, so memang pastinya akan nampak bangunan-bangunan tinggi mercu tanda malaysia hehehe.

Sampaikan orang bilik lain pun datang bilik kami semata nak bergambau hahahaha...so kita kasi interframe gambar salah seorang admin Visit Johor yang Sis amik di sini, hehehehe..cantikkann pemandangan waktu malamnya..indehhhh sangat! ..


Cafe untuk sarapan pula berada di tingkat 25, berserta dengan swimming poolnya, so kalau korang naik sarapan, pastikan bawalah baju mandi, so lepas makan bolehlah terjun mandi dalam kolam hehehe. Pemandangannya pula sama juga macam di balkoni Sis, mengadap Menara KL. Cantikkan!

Sesambil makan atau mandi, boleh juga lepak di situ, banyak kerusi di sediakan. Dan menu sarapannya pun boleh tahan juga. Ada menu nasi lemak, aneka mee, buah-buahan, roti dan salad dan banyak lagi ler. 3 hari di sini, 3 hari juga makan menu yang berlainan. Alhamdulilah.


Haaa ni nak bagitau juga, check-in dan check-out adalah di tingkat 11 ya. Receptionist di bawah tu hanya untuk korang confirm booking bilik korang aje, lepas tu korang kena naik tingat 11 untuk check-in atau check-out. Jangan risau, lift dia laju menaik hahahaha.

Dan juga, kalau korang agak-agak nak lepak minum kopi, kotlah masa korang di sana, ada kawan ke Suami ke datang menjenguk, haaa bolehlah ajak lepak di sebelah hotel je, ada cafe Bakery di situ. Kebetulan masa tu Suaminya Sunah, Ady Budika datang, so sempatlah kami lepak, minum kopi dan makan roti sardin.

So korang kalau nak ke Kuala Lumpur dan masih mencari di mana nak tidur bermalam, bolehlah cuba menginap di sini ya. Hotelnya selesa dan bersih. Selasa di hati Sis sebab tilam, bantal, dan ruang biliknya semua sedap dan luas bagi seorang Sis Lin, siap ada penunjuk arah kiblat lagi. Bersih di mata Sis Lin adalah bilik, hotel, cafe dan liftnya semua bersih dan wangi.


Red By Sirocco 

Menara M101 Dang Wangi, 3,
Jalan Kamunting, 50300 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Phone: 03-2603 1133

Website : Red by Sirocco 
Facebook : Red by Sirocco

#MYtravelmediabuddy #visitmalaysia2020 #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia #roadtomalaysia


P/S: Kalau dah tengah bandar, korang faham-faham aje laa ye keadaan sesaknya jem!

10 comments:

  1. suka sangat hotel ni...baru perasan, haah lah katil dia besar ek, hari tu masa tido tak terfikir pulak...hahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, walaupun single tapi dah macam saiz queen kannn Sunah kann...

      Delete
  2. Replies
    1. Sangat! Sis jatuh cintaaa...suka sebab selesa dan bersih...

      Delete
  3. Fuhhh boleh buat coffee dalam bilik tu memang menarik sangat sebab coffee lovers. Menarik gak datang sini tapi tu la anak-anak ramai. Kang tak muat lak 2 katil tapi tengok katil tu macam size besar , ok kot. Nanti nak try usyar kot ada bilik patern lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena amiik saiz bilik besar plak Salina...ni pestime gak Sis duk hotel ada coffee maker camtu hehehe puas minum kopi dalam bilik ngadap Menara KL hehehe

      Delete
  4. Wowww......

    Manyakk syiokkkkk sistur2 sekaliannn!
    Cantik permandangannnn....lama tak tido hotel.huhuu

    ReplyDelete
  5. Cantik hotel ni ..menarik sangat..boleh la SA plan cuti2 Malaysia nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa dekat gan pusat bandar SA,s enang nak berjalan ke bandar...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.