BELETIME DANGA BAY - PUSAT BELI BELAH TERBARU DI JOHOR KINI DI BUKA

BELETIME DANGA BAY - PUSAT BELI BELAH TERBARU DI JOHOR KINI DI BUKA | Pusat beli-belah berkonsepkan dekorasi marin yang diberi nama Beletime dan terletak di Danga Bay dengan jarak hanya 7km dari tambak Johor baru sahaja melancarkan pembukaannya pada 13/12/2019 yang lepas.

Yaa, satu lagi pusat membeli belah di Johor kini di buka. Tapi yang ini pasti menjadi tumpuan pelancong, sebabnya ianya terletak di tengah bandar Teluk Danga Bay yang mana tiap kali korang  lalu mesti nampak bangunannya.

Berkeluasan 57 ekar, Beletime menempatkan 50 outlet rangkaian beli-belah, antaranya ialah K-Mall, Original Classic, Al-Ikhsan, Hush Puppies, Sorella, Sketchers dan Mr. DIY.

Terdapat tiga nama utama yang beroperasi di pusat beli-belah Beletime antaranya ialah peruncit dan pasaraya terkemuka Jepun, AEON yang menawarkan pelbagai pilihan bahan mentah serta keperluan harian yang berkualiti untuk para pengunjung.



Selain itu, Womei Cineplex yang merupakan sebuah panggung wayang berkonsepkan butik dengan kapasiti 1162 tempat duduk turut dilengkapi dewan panggung mesra keluarga yang pastinya menawarkan pengalaman baru yang nyata berbeza buat para pengunjung.

Taman permainan kanak-kanak bertema musim sejuk dan salji dengan keluasan 17,000 kaki persegi dimiliki oleh Loveyoyo merupakan antara tarikan bagi anak-anak serta aktiviti keluarga.


Pusat beli-belah dengan dekorasi marin ini dipersiapkan dengan 3 tingkat tempat meletakkan kenderaan yang boleh memuatkan 1400 buah kereta pada satu-satu masa. Syurga beli-belah dengan pemandangan laut menawarkan panorama indah Teluk Danga, Selat Johor dan Singapura dikala matahari terbenam.

Menurut Pengurus Besar Beletime, Sandy Wu, “Beletime menawarkan pengalaman berbeza buat pengunjung. Ia bukan sekadar sebuah pusat beli-belah, tetapi ia juga merupakan platform pertembungan budaya masyarakat antarabangsa. Kerana lokasi kami yang begitu hampir dengan sempadan Johor-Singapura, kami menjangkakan pengunjung yang berbilang bangsa, berbeza kewarganegaraan dan adat serta budaya”.

Pusat beli-belah ini terdiri daripada beberapa bahagian mengikut budaya dan negara antaranya Jepun, Korea dan China. Terdapat pelbagai pilihan restoran serta pengalaman membeli-belah yang berbeza. Ia merupakan tarikan terbaru yang patut dilawati.”


Website : Beletime Danga Bay
Facebook Pages: BeletimeDangaBay

Oh! Ya, kalau korang di luar sana yang datang ke Johor dan mencari homestay di area Danga Bay berdekatan dengan Beletime ni, korang boleh rujuk posting Sis di bawah ini ya. Hanya 5 minit aje untuk ke Beletime ni, jalan kaki pun boleh!

[Baca Sini] : Homestay SMSprivatestay Danga Bay 


P/S: Makin banyak soping Mall kat Johor ni kan, sediakan aje ongkosnya hehehe..

2 comments:

  1. dah bertahun tak singgah ke danga bay, kalau balik pontian pun jarang sangat naik ke jb tuh kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sekarang banyak soping mall di tengah bandar Dana di buka...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.