Header Ads


TAZKIRAH JUMAAT - ISTIQOMAH


TAZKIRAH JUMAAT - ISTIQOMAH | Setiap orang mempunyai pengalaman hidup yang berbeza-beza. Selama hidup di muka bumi ni, bermacam-macam kerenah manusia yang dijumpai. Daripada manusia yang baik, sederhana, nakal, jahat dan macam-macam lagi. Namun, setiap manusia itu diuji dengan ujian dan cabaran yang berbeza.

Kita tidak boleh mengubah seseorang itu melainkan dengan kehendak diri individu tersebut dan hanya diri mereka sahaja yang boleh mengubah. Kita sebagai manusia yang berada di sekelilingnya harus melalukan yang terbaik dan berdoa supaya mereka dapat berubah kepada yang lebih baik.

Dalam kehidupan kita ini juga, kadang-kadang kita tak dapat nak puaskan hati semua pihak. Kita dah cuba semampu yang mungkin tetapi apa yang diharapkan kadang-kadang kita tak dapat nak kecapi. Walau macam mana pun kita bukanlah manusia yang sempurna.

Mungkin diri kita cuba nak buat yang terbaik dan cuba untuk tidak menyakitkan hati mana-mana pihak, tapi kadang-kadang orang salah anggap dengan kita dan mula fikirkan perkara yang negatif terhadap diri kita.

Perkara seperti ini mungkin sudah ramai yang terjadi pada mereka yang sedang memikul tannggungjawab yang besar atau mungkin pada mereka yang bernama "MANUSIA".


Setiap orang mempunyai kehidupan berbeza. Ada yang hidupnya suka untuk berhibur, ada ber-uang di jalan Allah dan ada orang hidup hanya untuk mendapat keredhaan Allah dan macam-macam lagi. Walau macam mana pun hidup dalam perjuangan adalah merupakan hidup yang paling indah dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya orang yang berada di jalan itu sahaja yang dapat mengecapi nikmat tersebut.

Namun, tidak semua orang di dunia ini dipilh oleh Allah untuk berada di jalan tersebut. Mereka yang dipilih oleh Allah seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak boleh mensia-siakan nikmat yang dikurniakan. Harus berusaha untuk menjadi yang lebih baik.

Jika tidak dapat memuaskan hati semua orang pun sekurang-kurangnya dapat puaskan hati kita di jalan Allah dan hanya kerana Allah.

"SEMOGA DIRI INI ISTIQAMAH PADA JALAN ALLAH"


P/S: #SisSharing ... Kalau kau MANUSIA, kau tidak akan menyakitkan hati sesama jenis kau!

6 comments:

  1. alhamdulillah terima kasih sharing :)

    ReplyDelete
  2. memang Allah jadikan manusia kat dunia ni pelbagai.
    Ada yang hatinya lembut bak salju
    Ada yang hatinya keras mengalahkan batu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Wak, kita juga bermacam-macam gak hatinya, moga Allah tidak membolak balikkan hati dan iman kita...

      Delete

  3. kata Ulama..

    الاستقامة خير من ألف كرامة

    istiqomah itu lebih baik daripada seribu karomah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, semoga 2020 ini hati dan iman di kuatkan dan sentiasa istiqomah...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.