Header Ads


MENU HARI AHAD YANG MALAS DAN PEMALAS!


MENU HARI AHAD YANG MALAS DAN PEMALAS! | Ya Allah semalam entah kenapa, malasnya nak masak oii hahahaha. Kalau boleh nak duduk baring ngadap laptop siapkan draft-draft yang berderet nak minta post tu haaa.. Gile malas semalam ermmm...

Tapi dalam pemalasnya, siap juga masak. Sampai kata anak Sis, 'Ni Mak kata pemalas? Siap sambal tumis udang bagai, goreng ikan lagi, ni bukan pemalas Mak, ni sebab Mak lapar' hahahahaa berdekah gelak anak beranak semalam kat dapur hahahaha.

Yaa serius, semalam Sis ko lembik betul nak masuk dapur, padahal dapur dengan meja tempat Sis ko bekerja ngadap laptop tu, jeling mata kero ke kanan je, dah nampak dapur, tapi sebab tahap pemalas tu gile badak, so nak tengok dapo pun rasa nyampahnya....


Sambal Tumis Udang, Ikan Kembong Goreng dan Ikan Asin goreng Lada. Haaa tu je la yang sempat Sis ko masak semalam. Dalam pada pemalasnya, masak jugalah kan. Lagipun anak bujang ada balik cuti Krismas. So kenalah masak lebih. Hari ini pulak si kakaknya pulak balik Johor. tak sempatlah Sis ko nak bermalas-malasan, kena jugalah masak oii ..

Yerr banyak nak siapkan kerja posting blog ni, Sis sedang cuba buat satu persatu hingga selesai. Taknak juga kelam kabut menyiapkannya, nanti ayat jadi tonggang terbalik pulak, so kena slow-slow dan siapkan segera.


Oh! Ya, korang dah rasa biskut baru Munchy's baru tu? Sedap gile kan! Now biskut tu jadi peneman Sis kemana aje pergi, termasuk ketika update blog juga, agak mata mengantuk, makan sepaket, sedap biskut dan cokelatnya tu sampai boleh habis licin 3 paket okay! Tak caya ye cuba..

Okay dah laaa, banyak benda nak buat dan siapkan ni, nanti sambung ya..Maaf juga pada kawan-kawan yang belum sempat Sis balas kunjungan, nanti dah free sikit time, Sis blog walking blog korang ya. Kadang baca guna handphone aje, tapi tak dapat nak komen.

Sambung nanti..bye..


P/S: Tiba-tiba sambil menaip, teringat akan Suami..ermmmm......

12 comments:

  1. Hahaha... "Ini bukan malas tapi mak lapar".. Lawak gile Sis ni taw. Tapi menu simple macsm tu yang sedap menyelerakan. Alaa..belum try lagi la biskut Munchys baru tu. Okay lah.. Nak pergi cari la.. Hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha itu laaa duk anak gelak, dalam pemalasnya siap gak sambal tumis hahahaha

      Delete
  2. Ni bukan menu malas.
    Kalau malas dan pemalas, rebus mee segera aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kann Wak..tapi memang malas sangat haritu Wak...

      Delete
  3. Kadang Kak Sue pun datang malas teruk nak masuk dapur.. tapi Lin dalam malas-malas tiga lauk juga lah siap ye.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kak Sue, dalam malas, tau-tau jadi pulak lauk, padahal memang Ahad tu malas gilee nak masak..

      Delete
  4. ok sangat dah lauk tu, tak masuk dalam kategori lauk malas lagi dah, hehe. biskut choc-o tu feveret anak2 saya juga ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kalau tak malas, macam mana laaa agaknya ek hehehehe

      Delete
  5. Wow, ini baru menu malas, kalau menu rajinnn, lagiii da bombb ahhh kan! Huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kalau rajin, mai lee datang rumah, Sis masak ko makan hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.