Header Ads


RASAI KEHIDUPAN KAMPUNG SEBENAR DI SUNGAI SIREH HOMESTAY


RASAI KEHIDUPAN KAMPUNG SEBENAR DI SUNGAI SIREH HOMESTAY | Kalau bercakap pasal kampung, rumah Emak Sis memang di kampung, tapi Kampung Melayu Majidi hehehe. Nak kata macam kampung, tidak 100%, cuma yang meriahnya sebab depan Mesjid Bulatan, so memang kalau hari raya suasana tu memang meriah. Dengan takbir rayanya hingga ke Subuh, dengan orang ramai datang solat, memang meriahlah.

Tapi berbezalah kalau nak kata suasana kampung sebenarnya. Kalau kampung sebelah Suami Sis yaa, memang kampung betul. Di Sabak Bernam,Selangor, tapi....tu terlalu kampung, sunyi sepi, sampai nak nampak rumah jiran sebelah pun tak nampak. Yang peritnya line telefon/internet takde, haaa memang mereput kalau balik kampung Suami sana hahaha.

Dan semestinyalah siapa je laa yang tak nak merasa suasana kampung kan, dan nak merasai zaman kanak-kanak dulu waktu atuk nenek ada, selalu balik kampung sebelah moyang Sis sana di Yong Peng, memang sana kampung betul, yang takdenya sawah padi aje. Tapi mandi parit, panjat pokok, lari tido bawah kolong, main pondok-pondok haaa semua tu Sis ko merasa lee zaman kecik-kecik dulu.

Tapi kini...




Semuanya korang boleh rasainya ketika berkunjung dan menginap di Sungai Sireh Homestay, Kampung Ampangan, Tg Karang. Alhamdulilah Sis dapat merasakan suasana kampung semulajadi yang di kelilingi sawah padi terbentang luas ketika mengikuti program FAMmediatrp Tourism Malaysia mewakili Tourism Wilayah Selatan ke Kuala Lumpur dan juga Selangor sempena malam Media & Industry Appreciation Dinner 2019. 

Sungai Sireh Homestay menjanjikan percutian yang bakal menjadi kenangan seumur hidup, kerana disini korang dapat merasai kehidupan kampung dalam suasana dikelilingi panorama keindahan alam semulajadi dengan kehijauan sawah padi yang menyambut kedatangan korang bersama deruan sungai yang mengalirkan air bersih lagi segar.

Sungai Sireh terletak di dalam Daerah Kuala Selangor, sebuah desa pertanian yang menjadi pengeluar pelbagai buah-buahan tempatan, bunga-bungaan dan bermacam jenis hasil semulajadi.




Selepas aktiviti kami di Sky Mirror sebelum ni, kami di bawa pula ke Program Sungai Sireh Homestay. Perjalanan kami kalau dari Sky Mirror memakan masa hampir satu jam untuk sampai ke Tanjung Karang, Selangor ni. Bila sampai aje kawasan di Selangor ni, dah mulalah nampak sawah padi, rumah-rumah kampung dan juga kenduri kawin hahahaha. Yaaa banyak pulak kenduri kawin masa perjalanan kami ke sana.

[Baca juga] : Pertama Kali Jejakkan Kaki di Sky Mirror

Sampai aje kami di sana, kami di sambut meriah oleh semua pegawai-pegawai yang bertugas. Dan makan tengah hari juga sudah sedia di hidangkan. Apalagi 'makan time'!. Selesai makan, kami semua tunaikan solat dulu. Ya di sini jangan risau, semua kemudahan seperti penginapan, tempat berkhemah, tempat letak kenderaan, surau, kantin, dewan serbaguna dan pentas terbuka juga ada di sediakan. Kemudian kami di beri aktiviti mewarna batik. Adeii skill mewarna Sis ko dah lama tak asah, makanya corak dan warna tu dah macam baju kelawar Sis aje di rumah kan hahaha.

Selesai mewarna batik, kami semua di bawa ke rumah homestay Pak Amat (betul ke ek) menaiki 2 buah kenderaan. 1 namanya traktor, dan 1 lagi bas mini. Memasing berebut nak naik traktor tu hahaha. Yang seronoknya di sinikan, kalau korang menginap di sini, korang akan tinggal bersama keluarga angkat korang, dan korang akan rasai aktiviti kampung bersama mereka, seperti berkayak, ’jungle tracking’ aktiviti memasak makanan tradisional, aktiviti sawah padi, memancing di tali air dan pertunjukan kebudayaan. Masa ni apa je benda atau tumbuhan yang korang tak pernah nengok, haaa semua ada di sini. Dan pestime Sis nengok Pisang Seribu tu tau.





Yaaa Sis ko memancing! Tak percaya ke, tapi hampeh! Sekoq pun tak lekat kat mata kail. Masa ni kami di beri 2 pecahan. Team Wilayah Selatan dan Borneo buat aktiviti memancing, dan team Pantai Timur dan Utara, buat aktiviti sawah padi. Masa ni riuh kecoh semua hahaha. Meriah seronok sangat!. Memasing tunjuk skill memasing. Bab memancing guna buluh tu memang pestime Sis ko buat dan yang menuai sawah padi tu pestime juga Sis ko nengok, so memang suasana kampung gile ko masa tu.

Cuaca pulak masa tu tak berapa nak cerah, hujan dah mula renyai-renyai gerimis. Tapi kami tetap gagah gigih menunggu hasil tangkapan hahaha. Terus terbayang air kelapa yang segar yang kami minum sebelum memulakan aktiviti, fresh gile!. Selesai menuai dan memancing, aktiviti mengagau ikan pulak di teruskan. Masa ni Sis ko dah dengar dah ada yang sebut nama 'Sis Lin' bila kata minta wakil dari Wilayah Selatan, oh no! Sis ko geli oii dengan ikan keli, cepat-cepat Sis ko pekakkak telinga hahahahaha. Kalau makan dah siap masak tak geli, tapi nak mengagau  gitu, maaf laaa..




Dan selesai semua aktiviti, memasing dah berlumpur dan bacin, kami semua di ajak pula ke 'Palong', untuk membersihkan badan. Kami semua jalan kaki sambil melihat suasana sawah padi yang terbentang luas. Tapi sayangnya time kami datang dah habis musim menuai, so sawahnya dah tinggal lecak aje lepas di bajak. Kalau korang nak stay sini, pastikan time padi masak ranum, mesti cantik pemandangannya.

Sampai di palong air atau tali air orang panggil biasanya, memasing terjun bawah masuk air untuk mencucikan diri. Ikutkan Sis ko nak je terjun sekali, best woo! Tapi sebab pakaian dah bersih dan selepas ni nak pergi makan, so lupakan aje laa...teringat zaman kanak-kanak mandi di tali air dengan air color merah gitu. Hahahaha balik kena balun sama Emak hahahaa.

Selesai semua, kami terus di bawa makan malam di Aroma Ikan Bakar Jeram Selangor.

[Baca Juga]: Sedap Ke Makan Di Aroma Ikan Bakar tu? 


Di fahamkan pada musim menuai, korang juga berpeluang melihat sendiri cara tradisional untuk memproses padi menjadi beras dengan menggunakan lesung dan indik. Jika datang sebelum musim menuai, katanya, korang juga akan dibawa memancing belut di tali air berdekatan. Bagi mereka yang mengambil pakej tiga hari dua malam, mereka boleh menyaksikan persembahan kebudayaan setempat seperti tarian kuda kepang, cempuling dan ghazal yang dipersembahkan penduduk. Selain itu, mereka juga ada mengadakan acara 'jungle tracking'.

Program homestay di sini mendapat sambutan hangat daripada ramai pelancong. Malah, ada pelancong mengatakan mereka seperti tidak cukup masa untuk menikmati apa yang mereka nikmati.  Lebih menarik, pakej yang disediakan juga berbeza mengikut keadaan seperti musim cuti sekolah, khusus untuk anak muda serta pakej biasa.

Di samping itu, korang juga berpeluang menikmati pelbagai makanan setempat yang mungkin tidak pernah mereka nikmati selama ini seperti ulam dan pelbagai buah-buahan tempatan. Aktiviti perkhemahan juga boleh dilakukan di Homestay ini yang mana akan menjanjikan satu kenangan menarik di Tanjung Karang.


So apalagi korang, Sis sendiri sudah merasainya dan memang seronok, memang tak cukup sehari je kalau nak buat semua aktiviti, memang kena stay sini dan barulah puas untuk buat semua aktiviti kampung.

Bagaimana ke sana?

Korang boleh memandu sendiri untuk ke Sungai Sireh melalui Lebuh Raya Utara Selatan sebelum masuk ke persimpangan di Sungai Buloh dan meneruskan perjalanan ke Tanjung Karang melalui Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor. Kira-kira 5 kilometer selepas pekan Tanjung Karang, terdapat satu simpang ke kanan menunjukkan jalan ke Sungai Sireh. Atau korang juga boleh menghubungi agensi pelancongan yang menyediakan kenderaan untuk ke Sungai Sireh.

Sungai Sireh Homestay 

Bayaran : berdasarkan pakej yang ditawarkan
(RM40.00 - RM110.00 seorang untuk pelajar, RM60.00 – RM200 seorang untuk pelancong)
*Sila hubungi Sungai Sireh Homestay untuk harga dan maklumat terkini.

Hubungi:
De Seri Niaga Enterprise
Agrotourism Homestay Sungai Sireh
Pusat Penerangan Pelancongan Parit Satu Kampung Ampangan
45500 Tanjung Karang

No Tel : 019-346 7372 / 03-3269 2400
No Faks : 03-3269 2400

Facebook pages: Agrotourism Homestay Sungai Sireh
Email: sgsireh@gmail.com

#MYtravelmediabuddy #visitmalaysia2020 #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia 


P/S: Terus rindu kawan-kawan MYtravelbuddy semua!!

6 comments:

  1. best tu boleh turun bendang. saya yg dok kat kampung ada bendang pun takleh nak turun sebab dah orang punya dan depa buat pajak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis takde kampung, sebab tu teruja bila masuk kampung macam ni Umi...sangat seronok!

      Delete
  2. Seronoknya sesekali jadi orang kampung.
    Orang kampung pulak tak bosan2 jadi orang kampung (wak la)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Wak, kalau boleh nak duduk lama di sana...one day nanti...

      Delete
  3. Teringat plak SA masa kecik2..masa tu mak abah bersawah...mmg merasa main bendang, mandi air tali air, kena pacat segala...seronok!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn samalah Sis, dulu kecik-kecik terjun palong camtu haaa mandi air merah hahahah balik rumah kena bedal gan Mak hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.