TAMAN TEMA AIR FOREST CITY TARIKAN TERKINI DI JOHOR PADA MUSIM CUTI SEKOLAH

TAMAN TEMA AIR FOREST CITY TARIKAN TERKINI DI JOHOR PADA MUSIM CUTI SEKOLAH | Sebuah taman tema air yang bertempat di Forest City merupakan satu daya tarikan terkini di Johor Bahru. Taman tema air tersebut diwujudkan sebagai tambahan kepada pakej gaya hidup yang ditawarkan kepada penduduk Forest City dan kawasan sekitarnya sebagai salah satu pilihan aktiviti hiburan keluarga yang menyeronokkan dengan kadar harga berpatutan.

Korang ada yang dah pergi ke? Musim cuti sekolah dah pun bermulakan? Kadang kita sebagai ibu bapa ni blur juga fikir nak bawa anak bercuti ke mana. Dan terkadang kekangan kerja maka tak dapat nak bercuti lama, so paling selamat bercuti aje yang dekat-dekat, janji ada juga aktiviti anak-anak sempena cuti sekolah. Dan salah satu tempat yang korang boleh bawa anak-anak bersuka ria, adalah Taman Tema Air Forest City ni.




Taman tema air yang dibina pada bulan Jun tahun ini siap sepenuhnya pada penghujung Oktober dan dibuka kepada pengunjung pada 13 November 2019. Terdapat 3 jenis pilihan permainan air yang ditawarkan iaitu gelongsor dan pagar sesat air masing-masing boleh menampung kapasiti penuh pada kadar 300 orang sejam, manakala permainan cabaran halangan air pula boleh menempatkan seramai 150 pengunjung sejam.

Dengan keluasan 2000 meter persegi dan dibangunkan di tepi pantai, tarikan keluarga ini menelan kos pembangunan sebanyak 4.5 juta ringgit. Beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 8 malam, taman tema air Forest City menawarkan pengalaman penuh keriangan pada harga yang amat berpatutan iaitu RM15 seorang.




Sis berkesempatan mengikuti majlis perlancaran taman tema air Forest City ini baru-baru ini, dan Sis berkesempatan untuk meninjau keadaan sekelilingnya. Memang sangat teruja, kalau kanak-kanak pasti suka. Terdapat banyak pilihan permainan air yang ada. tempatnya yang terbuka, luas dan bila anak-anak sibuk bermain air, ibu bapa boleh rehat, lepak di tempat teduh yang di sediakan seolah berada di tepi pantai. Siap ada pasir dan kerusi pantai lagi.

Pembangunan Forest City adalah berdasarkan lapan industry teras yang telah dikenal pasti di awal proses perancangan pembangunan, antaranya ialah pelancongan. Selain membangunkan unit kediaman dan industri, kami juga menyedari bahawa dengan adanya tarikan seperti ini akan menarik lebih ramai pengunjung ke Forest City. Taman tema air ini merupakan antara tarikan awal yang dibangunkan di sini. Akan ada lebih banyak lagi tarikan seperti muzium hijau, pakej jlawatan eko ke paya bakau dan beting rumput laut”, kata Timbalan Pengurus Besar Forest City, Ir.Syarul Izam Sarifudin.


Pengunjung kami terdiri daripada pemilik kediaman Forest City dan juga warga tempatan. Kami sedia maklum bahawa terdapat taman tema lain di Johor Bahru, walau bagaimanapun, Forest City menawarkan pilihan yang lebih ekonomi dan boleh dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat, baik berpendapatan tinggi mahupun tidak. Tambahan pula di musim sekolah, para ibu bapa bolehlah berkunjung ke taman tema air Forest City bersama anak-anak”, tambah Syarul Izam lagi.

"Kewujudan pelbagai tarikan dan fasiliti pelancongan tanpa mengira skala secara tidak langsung mempromosikan negeri Johor. Ia sejajar dengan objektif Kerajaan Negeri dalam mempergiat usaha promosi tahun melawat Johor 2020. Dengan adanya taman tema air Forest City ini, serta harga tiket yang ditawarkan juga berpatutan, warga Johor mempunyai lebih banyak pilihan untuk menikmati musim cuti sekolah bersama keluarga”, ulas YB Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat yang turut hadir dan merasmikan majlis pembukaan taman tema air Forest City.



Selain taman tema air, Forest City yang  merupakan sebuah pembangunan bercampur, memiliki pelbagai lagi fasiliti tarikan pelancongan antaranya ialah Hotel Phoenix Marina Antarabangsa, arked komersial dan sebuah resort golf beserta dua padang golf 18 lubang yang direka oleh lagenda golf dunia, Jack Nicklaus Sr dan Liang Gokun.



Waterpark Forest City
Alamat: Forest City 1, Pulau Satu, Gelang Patah, 81550 Johor Bahru.

Buka dari jam 10am hingga 8pm
Contact: 07-505 8888



P/S: Harga berbaloi sangat! Nak bawa anak saudara ke sini juga nanti. Jom!

8 comments:

  1. cantiknya kak... luas betul tengok dia punya pool tuh, mesti budak2 seronok nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa memang luas dan cantik tempatnya, kalau dewasa mandi pun puashati gak @Norhidana...pool dia besar..

      Delete
  2. Cantik betul tempatnya...kalau mcam ni tak crowd ok la kot..kalau ramai macam sesak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa walaupun crowded, tapi tempat dia banyak pilihan kolam, so tak risau juga bersesak gitu @Suria..

      Delete
  3. eee,,,,kite yang beso ni rasaa nak main pulek kat sini..hewhewhewheww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti sekali jom kita plan mandi kat situ nak @Farahain hehehe

      Delete
  4. teringat aiskrim durian...tiberrrr hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaah tapi seriuslah eskrem durian dia sedap gile, padanlah dengan harganya yang mahaii kann @Sunah ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.