MALAYSIA BOOK OF RECORDS - POKOK KRISMAS TERBALIK YANG TERBESAR DI MALAYSIA

MALAYSIA BOOK OF RECORDS - POKOK KRISMAS TERBALIK YANG TERBESAR DI MALAYSIA | Rekod keempat yang dicipta Paradigm Mall Johor Bahru dalam Malaysia Book of Records tahun ini. Siap sedia dan jangan ketinggalan untuk menyaksikan perayaan Hari Krismas yang unik pada tahun ini di Paradigm Mall Johor Bahru.

Jom beramai-ramai ke pusat beli-belah ini untuk menyaksikan ‘Pokok Krismas Terbalik Yang Terbesar’ dengan ketinggian 6.8 meter dan lebar 2.75 meter yang pastinya akan memeriahkan lagi suasana perayaan! Pokok Krismas gergasi ini digantung dari siling ruang legar utama telah menerima penghargaan sebagai ‘Pokok Krismas Terbalik Yang Terbesar’ oleh Malaysia Book of Records. 



Selain itu, Ruang Legar Utama ini juga akan dipenuhi dengan perhiasan daripada karakter We Bare Bears, Cartoon Network yang comel iaitu Grizzly, Panda dan Ice Bear; adik-beradik beruang yang sentiasa berusaha untuk menjadi sebahagian daripada dunia manusia, selain daripada kraf dan seni perhiasan Hari Krismas yang bewarna-warni mulai 13 November 2019.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls Management Sdn Bhd, Selena Chua, “Kami amat teruja untuk mempamerkan pokok Krismas terbalik yang terbesar di Malaysia di Paradigm Mall Johor Bahru sempena musim perayaan ini. Kami bertekad untuk mencipta pengalaman unik buat pengunjung, dan kami percaya rekod yang dicipta ini dapat mengukir senyuman di wajah mereka sambil mengabadikan memori istimewa di dalam potret percutian yang mengembirakan. Kanak kanak juga pasti tidak sabar untuk bertemu dengan karakter We Bare Bears iaitu Grizzly, Panda dan Ice Bear yang bakal membuat kemunculan istimewa di semua pusat beli belah WCT sempena Hari Krismas ini.”

Bagi meraikan semangat berkongsi dan saling memberi sempena Hari Krismas, Paradigm Mall Johor Bahru akan menjadi menyumbang kepada lebih 50 kanak-kanak dan penjaga mereka dari Pusat Kebajikan Kalvari Johor. Selain daripada berpeluang untuk mengambil gambar dengan karakter beruang ini, mereka juga bakal menerima beg cenderahati yang mengandungi patung We Bare Bears edisi terhad dan hidangan enak daripada Marrybrown yang juga penaja hidangan untuk majlis ini nanti.



Kami ingin membawa keriangan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Kami amat gembira dapat menjadi tuan rumah serta dapat menyokong dan berkongsi keriangan festival dengan kanak-kanak ini. Kami berharap agar mereka dan penjaga mereka dapat menikmati program penuh keriangan yang telah kami aturkan ini,” kata Chua lagi.

Pengunjung pasti tidak akan sabar menanti pengalaman magikal bulan Disember di Paradigm Mall JB dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga dan jangan ketinggalan untuk bergambar dengan perhiasan We Bare Bear Township yang dilhamkan daripada permainan Cartoon Network yang popular.

Selain itu, pengunjung juga boleh membawa anak-anak untuk menyertai Peraduan Kad Ucapan Krismas 3D dan Peraduan Seni Tanah Liat. Jadi lebih kreatif dengan menggunakan emping salji, anak panah, gula-gula berbentuk tongkat dan lain-lain lagi. Rekaan kad ucapan 3D dan seni tanah liat yang terbaik akan memenangi hadiah hebat!.


Sebagai sebahagian daripada initiatif jangka panjang untuk mencipta suasana beli-belah yang memuaskan dan penuh ganjaran buat pengunjung, pusat beli-belah ini telah melancarkan aplikasi kesetiaan WCT Buddy pada peralatan mudah alih. Aplikasi ini memudahkan pengunjung untuk mengumpul mata kesetiaan dengan mengimbas resit pembelian daripada kedai-kedai yang mengambil bahagian dan menebusnya menerusi aplikasi e-wallet.

Bagi meraikan semangat memberi, pusat beli-belah WCT menawarkan 200 mata ganjaran WCT Buddy percuma kepada yang baru pertama kali mendaftar. Aplikasi ini boleh didapati di App Store dan Goodle PlayStore.


Bagi pengunjung dan peminat yang masih belum puas dengan We Bare Bears, saksikan ketiga-tiga adik-beradik beruang ini di saluran Cartoon Network; Saluran 616 ASTRO.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti, layari laman web dan platform media sosial pusat beli-belah ini seperti berikut:

Laman Web Paradigm Mall JB: www.paradigmmall.com.my/jb
Facebook: Paradigm Mall JB: https://www.facebook.com/ParadigmJB
Instagram: Paradigm Mall JB: https://www.instagram.com/paradigm.jb/


P/S: Geram pulak Sis ko nengok We Bare Bears ni!! ...

6 comments:

  1. Montel tiga beradik tu Sis..rasa nak picit-picit je..geram.

    ReplyDelete
  2. wow hebat tu pokok xmas terbalik. jenuh pulak nak dongak atas. hihi Tahniah Malaysia dan mereka yang bertungkus lumut siapkan pokok xmas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa dongak satu hal, yang membuatnya tu, perghh hebat sekali kannnn

      Delete
  3. wow...bagus betul..lama SA tinggalkan bidang Visual Merchandise ni..kalau dulu 2-3 bulan sebelum perayaan dah sibuk dah buat persiapan untuk perhiasan shopping complex ikut perayaan...lepas tu uruskan event...huiii...rindunya zaman dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww hebat juga SA ya...mesti banyak idea SA telah gunakan...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.