11 TAHUN MENULIS BLOG, INI KALI PERTAMA PAGEVIEWS BLOG MENCECAH 80K SEHARI!

11 TAHUN MENULIS BLOG, INI KALI PERTAMA PAGEVIEWS BLOG MENCECAH 80K SEHARI! | Alhamdulilah, syukur, ini satu penghargaan buat diri sendiri sebenarnya. Tak sangka apa yang kita tulis dan kongsikan di dalam blog, menjadi manfaat buat pembaca dan di baca dan di share hampir 30k share di media sosial.

Satu kebanggaan buat diri sendiri bergelar blogger. Bukan meriak atau meninggi kehebatan blog, tapi ini satu perkongsian Sis buat semua pembaca dan followers sebagai tanda terima kasih sudi view, baca dan membaca setiap penulisan Sis. Besar kesannya kepada diri Sis setelah melihat angka 80k tu.

Semakin menjadi semangat nak menulis, semakin mencurah idea nak menaip, dan semakin rasa nak memperbaiki dan belajar lagi tentang penulisan, ads dan juga seo yang mana, ianya memberi kesan juga setelah pageviews kita tinggi. Ini bukan senang-senang nak buat, tapi Sis akan cuba buat!.


Memang agak terkejut dan jadi kejutan bila melihat angka pageviews tu dalam beberapa hari ini. Dan semalam ianya mencecah hingga 80k view. Pageviews menjadi tinggi setelah Sis ada berkongsi mengenai kisah Slip Disc anak dan juga posting mengenai Slip Disc boleh claim socso, dan Sis sharekan di page facebook Sis @akusislin dan itulah yang menjadi viral dan beribu-ribu yang share mengenai posting itu.

[Hot Topik] : Slip Disc Boleh Claim Socso (PERKESO) - Kecacatan Kekal 

Dan ianya terus menjadi impak kepada posting lain terutama label Slip Disc itu tersendiri, termasuk juga Fibroid Sis dan Breast Cancer Emak Sis. Berpuluh-puluh email masuk bertanyakan soalan mengenai Slip Disc, Breast Cancer, dan juga Socso tu. Belum lagi yang tanya pasal Laporoscopy Sis buat tu, jadi kelam kabut gak Sis membalas satu persatu email pertanyaan, tapi Sis cuba juga jawab yang termampu.

Korang boleh ke kategori LABEL di tepi sidebar (guna laptop) atau di bawah sekali (guna mobile) , dan boleh klik satu persatu Label Slip Disc, My Mom Breast Cancer, Laparoscopy tu ya.


Inilah di kata kuasa blogger! Menulis dan berkongsi dari pengalaman yang telah kita rasai. Dan ianya memang menjadi manfaat buat pembaca di luar sana yang kebetulan memang mencari info atau yang memang selama ini tertanya-tanya dengan pelbagai soalan tapi tak tau di mana nak cari info dan bertanya. Dan itulah yang sedang Sis buat. Alhamdulilah.

'Aku menulis bukan kerna nama', yaa Sis menulis bukan kerna nama tapi sebab minat, dan sekadar perkongsian kepada pembaca di blog Sis. Kadang sampai tak fikir pun, ada yang nak baca ye baca, kalau takde pun, tak apa, kita memang minat nak menulis dan kongsi, so kita memang akan update juga di blog. So pada yang nak baca atau terkena carian google blog kita, tu namanya rezekilah kan.

Niat nak menulis tu kita fokuskan dulu, kemudian baru datang satu persatu..itu yang sedang Sis buat. Tulis apa nak tulis, tak kisah pasal apa, kalau rasa ada je idea, haaa macam Sis ko taik kucing dan bunyi kentut pun jadi posting tau! Meraih gak hampir 1k pageviews, kau ngase?? hahahahaha.

So korang, teruskan menulis dan jangan putus asa! Kita sama-sama usaha. Usaha tangga kejayaan!

Okaylah, itu je yang Sis nak kongsikan dan memang nak tulis jadikan satu posting supaya jadi kenangan dalam blog sendiri untuk masa akan datang.

Jutaan terima kasih buat semua pembaca blog Sis dalam dan luar Malaysia! Love u!!..
Nanti Sis akan update dan terus update lagi ya!


P/S: Terus datang semangat yang 'luar biasa' gitu!! ๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ’ป

30 comments:

  1. alhamdulillah tahniah! kami tumpang gembira. boleh teruskan lagi perkongsian bermanfaat untuk semua ^_^

    ReplyDelete
  2. tahniah sis, berkat kerja keras, akhirnya nampak jugakkan hasil perkongsiannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, kita sama-sama kerja keras jomm!

      Delete
  3. congrats sis! 80k sehari tu..hebat! saya pun belum pernah capai views 80k sehari, walaupun pv blog dah capai jutaan views.Proud of you sis:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaikan mimpi gitu..alhamdulilah...teruskan menulis!

      Delete
  4. tahniahhh.hh done follow sini..salam kenal dari cik bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dan salam kenal juga dari Sis ..

      Delete
  5. Tahniah atas pencapaian.. saya tak pandai nak bermain dengan blog.. sekadar menulis untuk suka-suka sahaja.. follow saja orang-orang yang berpengalaman macam akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, tak apa, blog kita, kita teruskan menulis, mesti ada pembacanya tersendiri...

      Delete
  6. perghhh.. caya la sis.. perkongsian yg baik bila org share dan dapat info kita pun dapat juga saham nya.. tp yg dikongsi benda yg x elok, kita boleh dpt saham dosa juga kan sis..minta dijauhkan saham mcm tu.. haha.. good job sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Dilah, satu usaha keras sendiri yang dah capai misi nya untuk blog Aku Sis Lin ni...

      Delete
  7. tahniah sis.. itulah tugas kita kan.. kita memberi info pd pembaca... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Hawa, perkongsian bermanfaat, kita kongsi jadi manfaat buat orang lain...

      Delete
  8. Wah. Tahniah. Kena buat giveway ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha akan di fikirkan untuk 2020 nanti..makaseh Fadzil..

      Delete
  9. Tahniah sis. Memang terbaik sifu. ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  10. Banyak juga kawan2 facebook saya yang share artikel pasal tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, manfaat buat semua orang..sekadar perkongsian..

      Delete
  11. wow sangat kak! alhamdulillah. tahniah!

    ReplyDelete
  12. TAHNIAH SIS.....OKAY, JADI SEMANGAT BALIK LEPAS BACA BLOG SIS HAHAHHA..

    ReplyDelete
  13. Wow, tahniah kak! Pembakar semangat untuk terus menulis ni. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, teruskan menulis Aine..jangan putus idea,..banyakkan membaca dan insyaAllah idea pasti datang...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.