Header Ads


MUNCHY'S MENERUSKAN KERJASAMA DENGAN KENCHARA SOUP KITCHEN, MENGHANTAR KEPERLUAN HARIAN KE RUMAH KELUARGA KURANG BERNASIB BAIK


MUNCHY'S MENERUSKAN KERJASAMA DENGAN KENCHARA SOUP KITCHEN, MENGHANTAR KEPERLUAN HARIAN KE RUMAH KELUARGA KURANG BERNASIB BAIK | Munchy’s telah meneruskan kerjasama dengan Kechara Soup Kitchen pada tahun 2019 untuk menangani kekurangan bekalan makanan di kalangan keluarga kurang bernasib baik di Kuala Lumpur, dalam aktiviti Hari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang melibatkan 28 sukarelawan.

Pasukan sukarelawan Munchy’s yang merangkumi kakitangan daripada pelbagai jabatan dan jawatan pekerjaan diketuai oleh Rodney Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s serta pengarah dan ketua jabatan daripada syarikat itu. Dalam kalangan para sukarelawan, 10 kakitangan pernah mengambil bahagian dalam aktiviti CSR Munchy’s bersama Kechara Soup Kitchen pada tahun sebelumnya.


Pasukan sukarelawan tersebut telah melawat seramai 29 keluarga, mengedarkan pelbagai jenis makanan harian seperti beras dan minyak masak, makanan kering seperti bijirin, mi segera dan susu tepung, serta biskut dan roti croissant yang disumbangkan oleh Munchy’s. Penerima sumbangan makanan termasuk keluarga berpendapatan rendah, ibu tunggal, keluarga yang mempunyai ahli kelainan upaya, keluarga yang kehilangan punca pendapatan dan warga emas yang tinggal berseorangan.

"Saya gembira melihat pasukan Munchy’s menyertai aktiviti khidmat komuniti ini, yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan kerjasama Munchy’s dengan Kechara Soup Kitchen. Kami percaya usaha membantu mereka yang kurang bernasib baik sememangnya penting, dan sebagai syarikat pengeluar makanan, kami sesuai membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bekalan makanan yang berterusan. Selain itu, biskut kami sesuai untuk pengedaran kerana dapat mengekalkan kesegaran untuk lebih lama dalam pembungkusan individu dan boleh dinikmati bila-bila masa. Sebagai sebuah syarikat tempatan, kami mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang kepada masyarakat yang telah menyokong kami sejak sekian lama. Saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi penyayang," kata Rodney Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s. Sejak tahun 2015, Munchy telah bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen untuk menyumbangkan barangan makanan tahan lama untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan.


"Kami menghargai sokongan teguh daripada Munchy’s dalam membantu kami membekalkan makanan kepada komuniti penduduk kurang bernasib baik pada tahun-tahun kebelakangan ini. Munchy’s mempunyai barisan produk yang sangat sesuai disertakan dalam kotak makanan yang kami hantar kepada mereka yang memerlukan. Kami juga gembira melihat pasukan Munchy’s turut serta dalam menyampaikan produk-produk yang disumbangkan. Selain menyampaikan makanan yang sangat diperlukan, pasukan Munchy’s turut berpeluang berinteraksi dengan penerima, sebagai sebahagian daripada aktiviti Hari CSR mereka. Kami sentiasa mengalu-alukan dan menghargai sumbangan dan penyertaan daripada syarikat dan individu yang ingin membantu kami dalam menangani kemiskinan," kata Justin Cheah, Pengarah Projek Kechara Soup Kitchen.

Alice Tan daripada Jabatan Rantaian Pembekalan adalah di antara 10 kakitangan Munchy’s yang pernah mengambil bahagian dalam aktiviti Hari CSR sebelum ini. "Walaupun saya pernah mengambil bahagian dalam aktiviti Hari CSR bersama Kechara Soup Kitchen, saya masih berasa tersentuh melihat kerja mulia yang dilakukan oleh pasukan Kechara Soup Kitchen setiap hari, dan saya berasa bangga dapat membantu sebagai kakitangan syarikat Munchy’s. Keupayaan pihak Munchy’s dalam membantu menangani kekurangan makanan di kalangan rakyat Malaysia melalui sumbangan produk Munchy’s kepada Kechara Soup Kitchen dalam kerjasama jangka panjang sememangnya satu perkara yang bagus," katanya.


Sementara itu, Tan Sue Kim daripada Jabatan Jualan & Pemasaran Dagangan adalah di antara kakitangan Munchy’s yang menyertai aktiviti Hari CSR bersama Kechara Soup Kitchen buat kali pertama. "Walaupun saya tahu bahawa Munchy’s ada menyumbang produk kepada Kechara Soup Kitchen untuk menyokong program bantuan makanannya, ia benar-benar memberi kesedaran baru kepada saya apabila bertemu keluarga kurang bernasib baik yang menerima bantuan ini. Ini mendorong saya untuk mengambil bahagian dalam lebih banyak inisiatif CSR dan sukarela," katanya.


P/S: Tahniah Munchy's dan Kenchara Soup Kitchen!

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.