PEMASANGAN CAR SEAT, KORANG MASIH ADA MASA UNTUK MENABUNG

PEMASANGAN CAR SEAT, KORANG MASIH ADA MASA UNTUK MENABUNG | “Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS), hanya 30% pemilik kenderaan yang sudah memasang kerusi kanak-kanak.” Demikianlah kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Jadi, adakah korang sudah memasang kerusi keselamatan kanak-kanak di kereta, ataupun masih menimbang-nimbang untuk membeli car seat anak?

Masih pada fasa awal

Malaysia masih berada pada peringkat awal dalam usaha untuk mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta. Pada Oktober 2018, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengisytiharkan kewajipan pemasangan car seat berkuat kuasa pada Januari 2020. Tetapi, mengapa perlu ada jarak masa yang lama sebelum tempoh penguatkuasaannya? Tak boleh ke kalau kita terus laksanakan undang-undang tersebut lebih awal?

Ini berikutan kerajaan mahu menggunakan pendekatan untuk mendidik terlebih dahulu sebelum fasa perlaksanaan berlangsung. Menurut Anthony, tiada saman yang akan dikenakan kepada ibu bapa yang gagal melaksanakan penguatkuasaan tersebut pada tempoh 6 bulan pertama bermula pada 1 Januari 2020. Namun, amaran dan peringatan akan diberikan kepada mereka yang terbabit bagi menggalakkan penggunaan car seat.

Jika dilihat pada negara-negara maju seperti Australia dan Amerika Syarikat, masing-masing sudah lama mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan tidak boleh dipandang ringan. Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), kecederaan berkaitan dengan pengangkutan merupakan sebab utama kematian kanak-kanak.


Usah berlengah lagi

Kementerian Kewangan telah meluluskan pengurangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada kadar 10 peratus kepada 5 peratus terhadap pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak. Mereka juga telah mendapat lampu hijau bagi permohonan mengenakan sifar peratus duti import kepada barangan ini untuk menggalakkan pembelian oleh pemilik kenderaan. Inisiatif ini dapat meringankan sedikit beban kewangan rakyat dalam memastikan keselamatan anak-anak di dalam kenderaan menjadi keutamaan.

Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan subsidi kepada mereka yang tidak berkemampuan. Jadi, tiada alasan lagi untuk melengahkan pemasangan kerusi keselamatan tersebut. Menurut CDC, peralatan sebegini dapat mengurangkan risiko kecederaan kepada kanak-kanak jika berlaku kemalangan. Pada tahun 2011, 33% daripada jumlah kematian kanak-kanak yang disebabkan oleh kemalangan adalah berpunca daripada ketiadaan pemasangan peralatan keselamatan seperti tali pinggang keledar atau kerusi keselamatan.

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dapat mengurangkan risiko kecederaan setinggi 82% buat kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan. Kadar pengurangan risiko ini adalah lebih tinggi berbanding dengan jika kanak-kanak hanya dipakaikan dengan tali pinggang keledar. Kerajaan Malaysia telah menyeru semua pihak yang terlibat dengan pembuatan kenderaan serta pengeluar kelengkapan keselamatan untuk membantu menggalakkan penggunaan kerusi keselamatan.

Bantuan boleh berbentuk pemberian kerusi keselamatan tersebut secara percuma dengan pembelian kereta, atau memberikan harga diskaun pada tempoh tertentu untuk menggalakkan pembelian produk tersebut.

Kesimpulannya.

Bagi mereka yang masih tidak mempunyai kerusi keselamatan ini, dapatkannya segera. Ia dapat melindungi anak korang sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Malang kebiasaannya tidak berbau. Jadilah, ibu bapa yang bertanggungjawab dan pastikan tahap keselamatan anak-anak korang berada pada tahap yang terbaik.

Artikel : Mohammad Nazri Zulkafli
Laman Web: Hello Doktor 


P/S: Alhamdulilah, dulu Sis anak kecil-kceil, banyaknya duduk rumah dari keluar, yaa jujur cakap..dulu lain, sekarang lain ya. 25tahun duluuu....

4 comments:

  1. untuk aiyan kami pakai seat belt untuk dewasa je, sebab cari car booster untuk saiz dia tarak, berat dia dh sama berat orang dewasa kak heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh dans esuai pakai seat belt kereta tu, lagis enang @Norhidana..Mia pun kadang pakai seat belt aje, janji anak duduk diam...

      Delete
  2. inshaAllah semoga dipermudahkan urusan kita semua. anak kami sorang ja kena guna car seat tapi tu lah, susah sangat nak berjayakan dia letak kat car seat. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kena didik dari kecil, nak taknak kena juga pakai dan guna kan Umi..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.