MOOD BERCUTI SUDAH HABIS, JOM KITA UPDATE BLOG YA!

MOOD BERCUTI SUDAH HABIS, JOM KITA UPDATE BLOG YA! | Hahaha baca tajuk tu kan, terus rasa arghhhh banyaknya kerja nak buat, nak update, terus tengok note dalam handphone, berderet kerja yang ko dan pinned dan nak kena update kat blog, muahahaha rasakannn, cuti-cuti Malaysia laa sangatkan, sekali nak update, kuss semangat, mau berjuta-juta perkataan nanti dalam seminggu menaip entri.

Banyak atau sedikit kerja/posting nak buat, itu bukan jadi satu bebanan buat Sis, tapi satu tanggungjawab yang perlu di selesaikan. Dah ko yang nak buat/pergi kan, so kena selesaikan hingga habis ceritanya. Kalau rasa tak boleh nak buat posting, dari awal eloklah fikir banyak kali sebelum nak buat/pergi. Jangan pulak dah buat/pergi, tiba ko terus sendu macam bawah batu, terus tak update, ermmm lu fikirlah sendiri.

Di penghujung tahun 2019 ni, penuh dengan 'Mood Holiday Activated' Sis, bermula dari percutian bersama sahabat Sis ke Bangkok, kemudian percutian bersama keluarga di Krabi, kemudian ke Langkawi, dan balik Langkawi satu malam, terus pulak ke Kuala Lumpur dan Selangor ikuti program FAMmediatrip Tourism Malaysia, makanya blog hanya krik krik updatenya dalam beberapa minggu ni.

Tapi alhamdulilah pageviews masih maintain macam biasa. Masih ada lagi yang datang singgah membaca dan jadi silent reader di blog Sis. Makaseh buat semua. Tu yang jadi makin bersemangat nak menulis dan berkongsi cerita di sini.

InsyaAllah Sis akan update semuanya di sini. Cuma bagi masa sikit ya, macam hari ini, sempat update post ni kejap, sebab ada urusan di luar bersama Suami. Nanti dah settle semua, Sis update lagi ya.

Apa-apa pun terima kasih semua kepada pembaca blog Sis. Moga apa yang Sis kongsikan di sini menjadi manfaat buat korang semua.


Dan terima kasih juga buat Tourism Malaysia, Tourism Wilayah Selatan (Johor -Melaka) dan Tourism Johor dan juga kepada semua yang terlibat yang telah banyak memberi peluang kepada Sis untuk terus berkarya/menulis dan ianya memberi satu semangat yang bukan 'biasher-biasher' punya hehehe.

Dan buat Suami, terima kasih kerna faham dan sentiasa percaya dan memberi keizinan kepada Sis untuk sibuk ke sana sini. Alhamdulilah..

Terima kasih !! ..
#MYtravelmediabuddy #visitmalaysia2020 #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia 


P/S: Al-Fatihah buat rakan blogger Abam Korie yang telah meninggal dunia awal pagi tadi.

14 comments:

  1. wahhhh tahniah atas anugerah tu. alhamdulillah. kami tumpang gembira ^_^

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Biasher-biasher aje Wak..jom kita terus menulis...

      Delete
  3. tahniah! haha bab update blog tu malas, jalan jalan takpe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa janganlah malas, kita kongsi atas dasar pengalaman ya...

      Delete
  4. Replies
    1. Begitulah, cenderamata dari Tourism Malaysia...

      Delete
  5. yg paling last tu betul sangat...tanpa keizinan dari suami dok berangan jelah kita nak kesana kemari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Ammi ...Sis kena minta izin Suami, kalau tak, rasa tak senang diri keluar rumah...

      Delete
  6. Assalamualaikum lin....alhamdullilah bestkn cuti2 Malaysia...apa2 pun tahñiah lin moga terus beejaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama, alhamdulilah...Buat Mama juga ya ...

      Delete
  7. Sama lah..banyak yer nak kena update..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.