Header Ads


PINK OKTOBER - BULAN REBEN MERAH JAMBU


PINK OKTOBER - BULAN REBEN MERAH JAMBU | Korang sedar akan Pinktober ni? Atau nama penuhnya Pink Oktober. Pinktober adalah singkatan kepada Pink Oktober. Ia merupakan salah satu kempen kesedaran mengenai kanser payudara (breast cancer). Oktober di kaitkan dengan Bulan Reben berwarna merah jambu atau pink yang dipilih sebagai simbol kepada kesedaran tentang barah payudara. 

Sempena Pinktober ini, pelbagai kempen diadakan oleh pelbagai badan amal untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan mengumpul dana untuk tujuan kajian tentang penyebab, pencegahan, diagnosis, perubatan dan penawar kepada barah payudara. Kempen yang dijalankan juga bertujuan untuk memberikan informasi dan sokongan kepada mereka yang dijangkiti barah payudara.

Bulan kesedaran barah payudara juga adalah kempen tahunan yang bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan pemeriksaan awal, ujian dan banyak lagi. Kempen ini bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober setiap tahun.

Arwah Emak Sis sendiri adalah Breast Cancer Fighter stage 4. Korang boleh baca dengan mengklik label menu atas blog Sis 'Breast Cancer' untuk membaca kisah Emak Sis sepanjang jalani rawatan kanser payudaranya. Juga tips pemakanan dan rawatan sebelum dan selepas pembedahan payudara. 

Sambil Sis berkongsi menulis mengenai Brest Cancer yang di alami oleh Emak di blog Sis, ianya juga sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada Sis sendiri agar amik peduli daalam penjagaan payudara kita. Memang kita rasa benda ni nampak mudah aje, tapi jika dah terkena, belum tentu ada ubatnya dan juga selamat. 

Pink Oktober - Bulan Reben Merah Jambu

Korang sendiri macam mana? Dah pergi buat pemeriksaan momogram? Atau biasa check sendiri aje di rumah? Korang pasti cara itu betul? Jika tidak, silalah buat temujanji di hospital/klinik berdekatan untuk jalani pememriksaan. Lagipun tengah kempen gini, harga pun jadi murah, silap-silap ada yang percuma aje pemeriksaannya. 

“No matter what happens, whether the cancer never flares up again or whether you die, the important thing is that the days you have had you will have lived.” – Gildna Radner, SNL comedian and Emmy winner


So jom kita support dan beri sokongan kepada mereka yang sedang fighting dengan kanser payudara ni. Sakit datang tak kira siapa, makanya beringat sebelum terlambat. 

Baca juga Apakah Maksud Pinktober? ..


P/S: Al-Fatehah buat Emak Sis, Puan Rosnah Wong Bt Abdullah ..

5 comments:

  1. bagi sesiapa yang ada cancer patient dalam keluarga mmg insyallah akan alert dengan kempen2 macam ni.. and yes beri kesedaran pada kita untuk jaga kesihatan.

    ayuh support mereka <3

    ReplyDelete
  2. thank you sharing about this kempen sis....

    ReplyDelete
  3. Senior MRSM saya ada sorang yang breast cancer. Dulu nampak di berisi jugak, sekarang nampak dah kurus. Semoga semua Fighter2 kuat melawan breast cancer & semua jenis kanser jugak.

    ReplyDelete
  4. Ssaya takpernah lagi pi check.. Takut juga . Dah la gaya makan kita zaman sekarang ni yang segera2 je kan sis..

    ReplyDelete
  5. Dah lama berhajat nak buat pemeriksaan, tapi sampai kesudah tak sempat. Masa banyak je tapi jadual pack sangat huhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.