ASAM PEDAS IKAN DURI TELUR IKAN SEMBILANG | Sis ko pun konpius dengan tajuk tu, dah kenapa ikan duri tapi telur ikan sembilang? Hahaha maybe bapak dia kawin banyak, so kawin ikan lain, tapi yang beranaknya ikan lain hahaha. Baca boleh, percaya jangan hahahaha... Sengal laaa Sis ko pepagi ni ekkk..
Kisahnya gini, semalam pagi Sis dan Suami juga Sunah keluar bersarapan pagi, selepas tu, Suami singgah laa di Pasar Pagi Orang Asli yang pernah Sis cerita dulu tu. Kononnya nak mencarilah ikan duri segar. Sampai pun dah dekat tengahari, so dah tak banyak orang menjual. Rezeki Sis jumpa laa satu gerai ni ada jual ikan duri dan juga ternampak telur ikan.
Bila tanya telur ikan apa, katanya telur ikan sembilang. Okay sebab memang teringatkan anak Sis,Yana yang suka makan telur ikan tu, belilah sepinggan RM20. Dan Sis amik 5 ketul isi ikan Duri yang dah di potong. Dalam pada tu Suami tegur, jangan banyak sangat nanti takde sapa nak makan.
Memang ye pun, kalau masak sapa je nak makan. Kakaknya dah balik Shah Alam, si Bujang bukan pemakan sangat, tapi sebab ada Sunah bermalam di rumah, so Sis beli dan masaklah lebih.. tapi orang paling happy dapat Asam Pedas Ikan Duri Teluir Sembilang ni, tak lain anak Sis,Yana... hehehehe..
Dan alhamdulilah, rezeki Sis pagi tu, ketika jalan pusing sekitar Pasar Pagi tu, singgah di satu gerai ni sebab Sis ternampak Petai. Belilah dua ikat RM20. Masa dah bayar, tiba-tiba PakCik tu tanya; 'Makan tak Pucuk Keledek?'.. Sis jawab 'Makan'.. kemudian PakCik tu bagi sampai 3 ikat sayur tu, then ada 2 ikat ulam daun raja. alhamdulilah murah rezeki PakCik..
Dan sampai rumah, Sis segera memasak menu Asam Pedas tu, dan pucuk keledek tu Sis masak lemak ikan asin. Kemain sedap makan semalam.
Kebiasaanya pucuk keledek tu Sis masak bening air je, tapi kali ni Sis masak lemak, alhamdulilah sedap juga. Sis campurkan sikit dengan ikan asin sebagai perasa dalam kuahnya, lagi tambah sedap.. kemain selera Suami makan yaa..
Tambah selera ada petai buat ulam. Sebenarnya kalau sapa ada frens dengan IG Sis, petai tu Sis ada masakkan Suami Ikan Tambah Goreng Petai. Sis gorengkan ikan tambah bilis tu, kemudian campak bawang dan lada, then hirisan petai ke dalamnya. Memang sedap.. ada gambarnya tapi malas pulak nak up hahahahaha..
Jadilah, semalam makan berjemaah dengan Suami dan Sunah.. dan Yana pun dapat makan sebelum dia keluar merayap.
Dan semalam pun penuh dengan hari makan-makan, sendat perut di buatnya dek di kerjakan dengan Suami.. Sunah pun surrender hahahahaha.. adeiii nasib baik jugalah ada 'bristwalk' kat Jusco kan Sunah, kalau tak, mau tersandar membuta kat rumah hahahaha..
Alhamdulilah, hujung minggu yang indah dan bahagia.. terima kasih pada Suami yang 'belanja' membeli-belah semalam, moga dimurahkan rezekinya selalu, aamiinn..
P/S: Otak tengah serabut fikir posting yang banyak nak update.. fuhhhhh bismillah...
Petai tu paling sis suka. Ikan duri tu ikan apa eh?. Ala ala ikan buntal ke?.
ReplyDeleteAlamak sis...sedapnyaaaa....fav SA ni..ikan keli masak asam pedas pun SA suka
ReplyDeleteNasib telur tu tak menetas, kalau tak mau bergaduh ank sembilang dengan duri, hihi.
ReplyDeleteakak pun plan nak cari telur ikan esok, dah terasa beno, harap ada la rezekinya nati
sedapnya asam pedas tu siap ada telur lagi... nikmat sungguh
ReplyDeletekalau mancing biasanya lepas balik ikan duri..tapi dah tau cara masak ni..
ReplyDeletelepas ni bawak balik la gamaknya
alhamdulillah atas rezeki yang dikongsi..semoga dimurahkan lagi rezeki sis sekeluarga..ameen ameen..
ReplyDeletedahsyat sampai senak perut dibuatnya..hahahah
Petai tu aduh. Mencari juga tapi tak temui lagi. Kadang tak terasa nak makan banyak je orang jual, ni nak makan tak ada. Dugaan sungguh.
ReplyDeleteThis asam pedas fish dish look absolutely delicious and I the addition of fish roe will be simple too irresistible for many. :)
ReplyDeleteYummy!!!!!!!!!!!! Sedap nyer nampak asam pedas ikan duri tu. Pasti menjilat jari bila makan kan. Thank you for sharing this article.
ReplyDeleteRezeki sis kan, nampak petai, now petai mahal nak dpt pun susah juga... tapi rm20 dua ikat tu, atie confuse, mahal ke murah eh?
ReplyDeleteMenu campur-campur macam ni yang sedap ni.. telur ikan lain... ikan pulak ikan lain.. janji tengok kuah dia pun dah tau sedap ni
ReplyDeletetak pernah lagi makan telur ikan tu tapi nampak sedap juga asam pedas sis. alhamdulillah meriah rezeki arini :)
ReplyDeletePergh, ini beli kedai ke sis masak betul ni? Nampak sedap betul, level tinggi punya ni. Share resepi please.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki ni sis lin. Telur ikan tu sedap sangat tapi saya tak pandai nak masak. Pandai makan je. Hehehehhe
ReplyDeleteMenarik betul menu kali ni. Tak pernah lagi makan ikan duri atau telur sembilang.
ReplyDeletesedapnyaaaa sebab ada teloq ikan, petai lagi. uishhh terliur rasa haha
ReplyDeleteKak meang selalu masak asa pedas ikan duri tp blm pernah lagi kan telur ikan sembilang
ReplyDeleteWak minat telur ikan mayung
ReplyDeletesedap yer. dah lama betul tak makan asam pedas ikan duri ni.dulu arwah atok memang suka menu ni
ReplyDeleteTerliur tengok asam pedas tu. Tak pernah makan telur masak asam pedas
ReplyDeleteTu dia lauk pauk kampung. Nie kalau duduk, mau bertambah dua tiga pinggan nasi kan. Pastu sesapa lalu belakang memang tak peduli hahaha
ReplyDeleteSedapnya asam pedas lin masak. Mmg mengancam. Baik pak cik tu bagi sayur. Moga dimurahkan lagi rezeki pakcik
ReplyDeleteMy goodness! Sedap2 ye asam pedas ikan duri telur ikan sembilan ni.. terliur tengok... wahhh kena cari asam pedas ni... :P
ReplyDeleteSaya suka giler asam pedas. Mak saya masak asam pedas masa saya kecil dulu, teringat sampai 34 tahun ni kak. Sedapnya. Pastu padankan dengan nasi panas, ikan masin, telur masin, ayam goreng dan ulam. Asam pedas mak saya masak mesti kena extra bunga kantan, tomato dan bendi. Sebab anak dia yang ni suka makan dan bleh jd kosong tinggal gulai dan ikan aje. Hahaha
ReplyDeleteSedap kan telur ikan duri ni atau biasanya panggil telur ikan mayong. Susah juga nak dapat tapi kalau dapat memang buat masak asam pedas . Selalunya makan kat kedai kak Laila jer
ReplyDeleteIkan Sembilang tu favourite uittt. Apa lg telurnya. Tak pandang lauk lain dah
ReplyDelete