'WARISAN LAGENDA' BUFFET RAMADHAN DI FOREST CITY GOLF HOTEL DAH MACAM BAZAR RAMADHAN!

Sis Lin
14
'WARISAN LAGENDA' BUFFET RAMADHAN DI FOREST CITY GOLF HOTEL DAH MACAM BAZAR RAMADHAN! | Untuk pengetahuan semua, inilah kali pertama Sis menjejakkan kaki ke Forest City Golf Hotel di Gelang Patah ni. Kalau dari rumah Sis, memang agak jauh le jugak dari Pasir Gudang. Kira-kira 40minit baru sampai kalau ikut waze. Sebab tu le agak bersemangat sikit sebaik aje Sis jejak kaki di sini. 

Kenapa Golf Hotel? Sebab Forest City Golf Hotel ni di kelilingi dengan padang Golf hehehe.. Ye laa, dah nama pun Golf kan, mestilah ada padang dan Tasek besar di kelilingnya. Hijau aje mata memandang kalau datang ke sini. 

Sempena Ramadhan tak lama lagi, Forest City Golf Hotel juga turut mengadakan Buffet Ramadhan bertemakan 'Warisan Lagenda'. Pihak Hotel dan juga barisan Chef mereka telah sepakat, Buffet Ramadhan kali ni mereka mengetengahkan konsep suasana ala Balik Kampung dan juga Bazar Ramadhan kepada pengunjung, ini bertujuan bagi melepaskan kerinduan setelah lama tak balik kampung dan juga ke Bazar Ramadhan.. 

Nasib baik tahun ni dah boleh ke Bazar Ramadhan kan hehehe.. 

'Warisan Lagenda' Buffet Ramadhan Di Forest City Golf Resort Dah Macam Bazar Ramadhan

'Warisan Lagenda' Buffet Ramadhan Di Forest City Golf Resort Dah Macam Bazar Ramadhan

'Warisan Lagenda' Buffet Ramadhan Di Forest City Golf Resort Dah Macam Bazar Ramadhan

Nampak itu apo, Yaa Buah Durian.. .inilah Hotel pertama yang Sis pergi Buffet Ramadhan ada menyajikan Buah Durian 'biji' makan sebiji macamtu hahahaha.. kalau Durian Goreng ke, Kek Durian ke, Bubur Durian ke, tu memana Hotel ado, tapi di Buffet Ramadhan Forest City Golf Hotel ni, mereka siap sediakan Buah Durian fresh dari ladang Muar katanya..

Siapa peminat Durian pasti menyukainya, tapi siapa tak suka, adeii kompom le migrain kepala ko dek bau Durian ya hahahaha.. Dan yang mengujakan dan menu pertama yang Sis amik sebaik sahaja mula makan, semestinya laaa Sup Tulang Merah Gearbox tu haa.. Perghhh bukan senang-senang nak jumpa dan dapat makan, so bila jumpa aje, memang Sis terjah. Sedap dan lembut dagingnya. Makan cecah dengan Roti Jala atau Lempeng mereka pun sedap. 

Dan yang agak terkilan rasa hati, Sis tak dapat merasai Gulai Kawah Daging Harimau Menangis mereka, huwaaaa... ye laa kalau dah lebih dari 200 menu sedia ada lauk pauknya kan, mana laa nak terceduk semuanya.. lagi satu hal pulak, takde pulak 'nametag' kat kuali kawah tu yang tulis itu Gulai Daging Harimau Menangis, kalau ada dan nampak, tentunya laa Sis serbu dulu hahaha.. takpe laa, memang kena datang makan lagi le gamaknya ni hahaha.. 

'Warisan Lagenda' Buffet Ramadhan Di Forest City Golf Resort Dah Macam Bazar Ramadhan

'Warisan Lagenda' Buffet Ramadhan Di Forest City Golf Resort Dah Macam Bazar Ramadhan

'Warisan Lagenda' Buffet Ramadhan Di Forest City Golf Resort Dah Macam Bazar Ramadhan

Kan dah kata tadi kan, konsep dia ala suasana Balik Kampung, so semestinya laa menu-menu yang di sediakan di sini, ala-ala macam masakan Mak kita. Lagi pulak orang Johor, mestilah ada Asam Pedas Kepala Ikan Merah. Sis tak sempat nak merasa, tau-tau dah licin hahaha.. nampak sangat sedap kann.. 

Juga aneka Kerabu mentah pun ada. Paling Sis suka Kerabu Sotong tu, cukup rasa masam, manis, gula garam dalam Kerabu Sotong tu. Dan juga Urap. Makan Urap Pucuk Ubi terus teringat arwah Emak, dia suka buat Urap dan menjamu anak-anaknya makan.. ermmm... memang feeling the kampung's betullah.. 

Makan pulak dengan berjenis Sambal Belacan ko. Sampaikan Sambal Mangga dan Kuini pun ado.. tapi ikut pusingan hari laa ya, nasib ko baik, ada, sebab menunya bertukar setiap hari. Harap Maklum.. 

'Warisan Lagenda' Buffet Ramadhan Di Forest City Golf Resort Dah Macam Bazar Ramadhan

'Warisan Lagenda' Buffet Ramadhan Di Forest City Golf Resort Dah Macam Bazar Ramadhan

'Warisan Lagenda' Buffet Ramadhan Di Forest City Golf Resort Dah Macam Bazar Ramadhan

Sebelum makan Dessert, jenguklah apa yang ada di luar yang dah macam Bazar Ramadhan tu.. Yaa ada bermacam jenis Warung Kecil di sepanjang balkoni luar mengadap ke Padang Golf tu, santai sungguh ko kalau ko makan di luar tu. Di sini kebanyakkannya semua jenis masakan panas, bakar dan berbau.. Ye laa kang letak dalam Hotel kang, ada berasap satu bangunan kang hahahaha.. 

Antara Warung ala Bazar yang ada adalah; 

Legenda Tradisi : Botok-Botok, Burasak Oden, aneka Serunding dan lain-lain
Bakor-Bakor : Satay, Ikan Bakar, Kambing Golek dan lain-lain.
Kuali Panas : Mee Goreng Mamak, Aneka Spageti dan lain-lain.
Hirup-Hirup : Sup Tulang Merah Gearbox, Sup Lutut besar gedabak dan lain-lain
Masam-Masam Manis ; Aneka jenis Buah-Buahan
Kukus Celop : Dim Sum, Pau dan lain-lain
Goreng-Gorengan : Durian Goreng, Popia, Karipap dan lain-lain
Musang Berjanggut After Eight : Buah Durian (Lepas Jam 8pm baru boleh makan)
Air Getaran Jiwa : Air Kelapa, Air Katira, Teh Tarik dan lain-lain
Tebor-Tebor : Murtabak, Roti Jala, Lempeng dan lain-lain

Dan banyak lagi rasanya, tu sebahagian je Sis update.. 

'Warisan Lagenda' Buffet Ramadhan Di Forest City Golf Resort Dah Macam Bazar Ramadhan

'Warisan Lagenda' Buffet Ramadhan Di Forest City Golf Resort Dah Macam Bazar Ramadhan

'Warisan Lagenda' Buffet Ramadhan Di Forest City Golf Resort Dah Macam Bazar Ramadhan

Bahagian pencuci mulut pun tak kurang hebat juga, berderet beraneka berjenis macam Kuih-Muih Tradisional ado. Macam mana korang cari di Bazar Ramadhan selalunya, semuanya ada di sini, termasuk juga aneka Bubur,  Rojak Asma dan juga Murtabak

Minuman pun tengok je laa tu, dah macam Bazar kan? Macam-macam jenis ada tersedia.. termasuk Air Katira wooo.. hehehehe.. Tapi Sis tak amik pun, sebab duk balun Teh Tarik dan Air Kelapa kat luar sana hehehe.. 

Menarik tak? Ni sikit je Sis tunjuk tau, kang tunjuk semua tak surprise le kang korang nak datang makan hahahaa atau pun masa korang datang. lebih hebat dari yang Sis makan ni, kita tungguuuu.. 

'Warisan Lagenda' Buffet Ramadhan Di Forest City Golf Resort Dah Macam Bazar Ramadhan

'Warisan Lagenda' Buffet Ramadhan Di Forest City Golf Resort Dah Macam Bazar Ramadhan

'Warisan Lagenda' Buffet Ramadhan Di Forest City Golf Resort Dah Macam Bazar Ramadhan

Kalau korang nak LIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR lagi, Korang pergilah ke Facebook Page --> Aku Sis Lin sini yaaa.. situ korang boleh tengok semua gambar.. harap jangan menjejes air liurnya hahahaha.. 

Baucer jualan telah pun berlangsung. Korang boleh dapatkannya dengan harga 'Early Bird' serendah Rm78 sahaja selagi masih ada! Untuk Frontliner mereka menjual harga baucer TANPA HAD dengan harga RM78!!. 

Buat tempahan segera!! 
Book before 11th of April to grab the early bird promotion price at only RM78 nett/adult.

Warisan Lagenda Buffet Ramadhan Forest City Golf Hotel
Alamat : Jalan Persiaran Golf 5, Forest City Golf Resort 81550, 81550 Gelang Patah, Johor

Bermula pada 16.04.2021 sehingga 11.05.2021
Dari Jam 6:30pm hingga 9:30pm
Bertempat di Tee-Off Restaurant, Forest City Golf Hotel

Untuk Tempahan, contact :  07-535 2288 / 07-535 2290


P/S : Makin hari semakin dekat dah nak Ramadhan.. Allahuakbar, pantas masa berlalu..

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sup tulang merah gearbox??wah...siapa suka sup tulang ni memang kena try la kan..nampak sedap semua menu2 tu

    ReplyDelete
  2. Nampak best pulak sebab dia ada konsep bazar. Banyak pilihan yang dihidangkan. Nampak semuanya buat kecur airliur.

    ReplyDelete
  3. kena dengan nama nya memang menu lagenda tekak orang melayu..makan nasi mmg boleh bertambah

    ReplyDelete
  4. Sekarang kak tgk dah mula promote utk bazar ramadan, best tu tgk ada durian, menu2 pun sedap

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, menggiurkan lah! Sedapnya nampak!

    ReplyDelete
  6. Meriahnya buffet Ramadhan kat Johor, ingat KL je meriah, kat sana pun sama naik. Ni siap ada durian, jeles nyaaa.

    ReplyDelete
  7. fuh. dah terasa auranya bila nampak set buffet macam ni.. kambing, sotong, gulai kawah tu... mmg nampak sedap sangat.. buah durian pula nampak rare..

    ReplyDelete
  8. Alahai rindunya nak berbuffet ramadhan macam tahun-tahun sblm kena covid ni..terliur la tgk semua menu tu

    ReplyDelete
  9. Banyak yg tak sempat makan. Terutamanya durian. Karang kalau makan semerbak pulak dlm kereta yedakkk hahaha

    ReplyDelete
  10. Jarang3 buffet ramadhan ada durian. Kalau ada mmg sangat menarik... Nama menu mmg best. Kalau kat sini tak tahu nak makan yang mana dulu

    ReplyDelete
  11. Uishhhh,, yang first one Nell nampak is the durian wahhh! Terbaik ada , if dekat sure dah Nell serbu ni.. lamanya tak makan buah durian macam tue.. btw, meriah2 juga ye bufet ramadan yang hotel ni offers!

    ReplyDelete
  12. Betul2 menu warisan nih , paling terliur tengok popiah sira sambal tu dengan sotong. Aduihhh ngences terus ai dibuatnya. Bestnya kalau dapat join buffet Ramadhan dekat sana. Durian pun ada haaaa....

    ReplyDelete
  13. Buffet Ramadan kat kawasan Golf Club selalunya memang best kak. Memacam ada. Tak sabar nak tunggu bulan Ramadan tiba. weekend suka gantung kuali. hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!