MENCARI LAILATUL QADAR


MENCARI LAILATUL QADAR |  LAILATUL Qadar adalah malam yang berlaku pada Ramadan. Malam ini disebutkan dalam dua surah al-Quran, iaitu pada surah al-Dukhan dan al-Qadr.  Salah satu daripada keagungan, keistimewaan dan kemuliaan bulan suci Ramadan ialah terdapatnya satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. 

Malam yang hanya muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan lebih dikenali dengan Lailatul Qadar yang amat istimewa dan amat dinanti-nantikan kemunculannya oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah Taala.

Sungguh, tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Rasa sayu sudah mula membelenggu segenap diri. Namun, adakah kita sudah cukup memanfaatkan bulan mulia ini? Seberapa banyak pahala sudah kita kumpul?.

Rasa menyesal apabila kita hanya memandang sepi terhadap Ramadhan. Sedangkan kita tahu betapa hebatnya bulan ini. Tapi usah bersedih, kita masih punya 10 malam terakhir Ramadhan ini untuk serah segala jiwa kepadaNya. Kita juga masih punya misi besar untuk mencari malam Laitul Qadar.

Dalam melakukan ibadat dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, sudah pastinya kita sentiasa ternanti-nanti malam Lailatul Qadar pada 10 malam yang terakhir. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam ganjil daripada 10 malam terakhir Ramadhan.

Adakah malam Lailatul Qadar ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan tahun ini? Hanya orang yang berusaha mengimarahkannya sahaja yang akan merasai nikmat beribadat di malam Lailatul Qadar tersebut.

Mencari Lailatul Qadar

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar.

Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar. Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh ditemui berpandukan kepada tarikh permulaan puasa atau awal Ramadhan, seperti kaedah berikut:

Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu:
Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-29.

Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin:
Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-21.

Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat:
Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-27.

Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis:
Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-25.

Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu:
Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-23.

Contohnya; Jika satu hari bulan iaitu Awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu, maka malam Lailatul-Qadar dijangka berlaku pada malam yang ke dua puluh sembilan. Dan begitulah seterusnya

Jika mengikut pandangan dan formula Imam al-Ghazali, tarikh malam Lailatul Qadar untuk tahun 2021/1442H adalah pada malam 27 Ramadhan iaitu pada hari Sabtu malam (8 Mei 2021) waktu Malaysia. Ini kerana, tahun ini kita berpuasa pada 13 April yang jatuh pada hari Selasa.

Wallahu a’lam.

Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam tersebut, Allah Taala menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan, yang selalu mengharapkan keredaan Ilahi dan juga yang sentiasa menghiasi setiap detik kehidupannya dengan amalan salih. 

Kelebihan Lailatul Qadar itu sudah tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan juga tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam-malam tertentu sahaja dalam bulan Ramadan. 

Mencari Lailatul Qadar

Akan tetapi fadilat malam mulia tersebut akan menyinari orang-orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan juga istiqamah dalam mempertahankan nilai-nilai keislaman dalam setiap tutur kata, perilaku, akhlak, ibadat dan aktiviti kehidupan sehariannya. Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang-orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi yang terdiri daripada golongan nabi dan rasul, siddiqin, syuhada' dan juga golongan orang salih. 

Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah SAW sewaktu berada di Gua Hira'. Selepas  itu, al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama kira-kira 23 tahun, iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah.

Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah Taala dalam al-Quran, antaranya firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar."  (Surah al-Qadr, ayat 1 - 5) .

Mencari Lailatul Qadar

Mencari Lailatul Qadar

Selain itu, setiap Muslim juga dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah Taala daripada sebarang kesalahan dan dosa selama menelusuri pentas kehidupan yang penuh berliku ini. Tambahan pula, setiap manusia pada dasarnya tidak akan terlepas dari kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah Taala.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda: "Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah." (Hadis riwayat Tirmizi & Ibnu Majah) 

Tiada nikmat yang lebih besar selain daripada nikmat keampunan Allah SWT yang kita harapkan selaku hambaNya di atas muka bumi ini untuk meraih ganjaran syurga yang dijanjikanNya di akhirat kelak. 

Sumber : Copy sana sini.
Gambar : Google


P/S: Marilah kita berusaha pada 10 malam yang terakhir ini untuk beribadah dengan bersungguh-sungguh.

1 comment:

  1. Mudah2an kita insan terpilih menemui malam Lailatul Qadar

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.