HARI KELAPAN BELAS BERBUKA PUASA AKU MAKAN DI HARD ROCK HOTEL DESARU COAST


HARI KELAPAN BELAS BERBUKA PUASA AKU MAKAN DI HARD ROCK HOTEL DESARU COAST | Tak habis lagi cerita makan selagi belum habis puasa ni hahahaha sebabnya hari-hari juga ada je cite berbuka puasanya kan.. tahun ni rajin terlebih Sis ko update dan kongsikan dengan korang aktiviti berbuka puasa Sis sepanjang Ramadan tahun ni... ini kali jer, tahun depan malas le nak update hahahaha.. 

Untuk hari kelapan belas berbuka puasa ni, Sis dan Sunah memang dah pakat sepakat, memang dah plan awal-awal nak berbuka puasa di Hard Rock Hotel Desaru Coast (HRHDC) ni guna Ramadan Culinary Passport Desaru Coast yang kitaorang dapat masa berbuka di Anantara Desaru Coast baru-baru ni.. Dan sebab ada terlebih satu kerusi pada hari tu, so Sis dan Sunah ajak laa Shieda sekali. Sebab dia yang jawab di IGs Sis 'Nak ikut' hahahaha.. 

Di sebabkan kali ni datang hanya nak makan sahaja, bukan atas undangan Food Review ke, so kami pergi lenggang-lenggang aje.. sampai pun ngam-ngam je masa nak berbuka hehehe.. sungguh best rasa perasaan itu, sebab 'datang makan' aja, so takde rasa sedang bekerja hehehehe.. 

Hari Kelapan Belas Berbuka Puasa Aku Makan Di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Hari Kelapan Belas Berbuka Puasa Aku Makan Di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Kat HRHDC ni kalau korang nak datang #BuffetRamadan masih ada lagi, seorang hanya RM128nett sahaja. Nah Sis kongsi detailsnya kot laa korang nak pergi.. 

The Malaysian Ensemble Buffet Dinner |  Sessions By Hard Rock Hotel Desaru Coast 
Available 13 April - 12 May 2021 | 6.30pm - 10.30pm

Plan now and enjoy later!
Whatsapp https://wa.link/ud8cac or email fnbmarketing@hrhdesaru.com for more information or reserve a table. 

Hari Kelapan Belas Berbuka Puasa Aku Makan Di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Hari Kelapan Belas Berbuka Puasa Aku Makan Di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Yang menariknya.. dah nama pun Hard Rock kan, so time korang makan tu, tentunya laa korang akan di hiburkan dengan muzik.. siap ada penyanyi lagi.. Sis pun tak tau namanya, tapi suara dia sangat versatile okay.. semua lagu dia nyanyi, semua masukkkk.. terbaekkk arr... 

Untuk menu-menunya pun, boleh di katakan, apa yang kitaorang amik, semuanya sedap-sedap.. Dan yang menarik perhatian ramai adalah Nasi Kerabu tu.. pelikkan.. lain dari yang lain.. tapi sedap.. menu pilihan 'main course' dia pun banyakk... dan kali ni Sis dan Sunah berjaya tak amik dan makan Kambing Golek hahahaha.. perghh tapi time drive terbayang-bayang pulak hahahaha.. 

Hari Kelapan Belas Berbuka Puasa Aku Makan Di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Hari Kelapan Belas Berbuka Puasa Aku Makan Di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Lama juga kami duduk makan situ.. lepas solat Maghrib pun, sambung makan lagi hahaha.. pengunjung pun boleh tahan ramai juga, tapi SOP mereka boleh di puji, sangat terkawal.. dan nasib baik jugalah meja kami di tempatkan di luar, so tidak laa terlalu rasa padat di dalam.. luas mata memandang.. 

Korang yang nak sambut besday ke, nak sambut anniversari ke, nak nyanyi ke, pun boleh.. boleh bagitau kepada pihak pengurusan tu untuk aturkan surprise korang.. sebab masa kitaorang duduk makan, ada  3 orang yang buat surprise.. kami tumpang tepuk tangan aje hehehe.. dan ada juga pengunjung yang menyanyi.. nasib baik suara sedap hahahaha.. 

Hari Kelapan Belas Berbuka Puasa Aku Makan Di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Selesai makan, apalagi, ronda-ronda laa kejap di sekitar HRHDC ni.. dan jangan lupa berposing dan berOOTD depan Lobby tu hehehe.. memang tak sah kalau tak posing situ kan.. tapi nak amik gambar di depan guitar tu agak gelap, ada gak amik, tapi gambar tak memuaskan.. ke kami tak pandai amik gambar, padahal kamera handphone memasing canggih hahahahaha.. 

Takpe laa.. janji ado.. apa-apa pun kami enjoy makan dan terhibur.. dah kenyang apalagi.. balikkkk.. 

Next... masih ada baki 2 lagi tiket pasport sajian tu untuk di habiskan.. alhamdulilah Sunah punya dia bagi Sis.. so lepas ni bolehlah Sis pergi bawa Family .. yehaa.. thanks Sunah, Yoshiko & Peggy Loh..


P/S: Patut ramai tau makan sini, berbaloi datang jejauh, semua menu pun sedap... 

16 comments:

  1. Alhamdulillah
    dapat makan sedap2

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..memang paling best sebab enjoy! yang nyanyi tu bukan nama dia Sis Lin ke?

    ReplyDelete
  3. Saya faham sis, memang syok feel makan tanpa bekerja. Makan free pulak tu kan. Haha

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa berbuka kat hard rock. sis kalau bab makan memang enjoy betul ye, yang baca ni pun terliur2 jadinya hahaha

    ReplyDelete
  5. Wow......iftar at Hard Rock Desaru eh? Cool! Rajin btul Sis Lin NIe berbuka do luar eh. Have fun dan yg paling penting jaga SOP.

    ReplyDelete
  6. Awas tiap hari berbuka kat hotel ek hahahah..syiok wei sis

    ReplyDelete
  7. Aduhai. Nie yang buat makin terasa nak menyinggah ke Johor nie. Rawlins pun baca review makanan kat HRC memang lazat

    ReplyDelete
  8. kalau dah namanya blogger, pergi lenggang-lenggang pun tetap nak update kan.. hehe.. Tapi ok la, simpan kat blog sebagai kenangan. betul tak?

    ReplyDelete
  9. Dr start bukak mmg teringin nak ke sini tapi tu lah..jauh bebenor. Harap lps pkp ni dpt le ke sana

    ReplyDelete
  10. Kalau boleh travel, sanggup Nell travel ke situ taw! Hehehe.. Cantiknya HRH ni... Tak pernah staycation kat any hotel dia lagi! Nak try la nanti...

    ReplyDelete
  11. Wahh bestnye makan buffet kat hardrock. Mana gambo makanannya. Baru nak cuci mata ni. Hihihi

    ReplyDelete
  12. uishhhh level kayangan buffet ni hahaha... mana gambo makanan ku nak cuci mata mesti ada kambing bergolek golek kan heeeee

    ReplyDelete
  13. Macam best ye Ramadan Culinary passport Desaru Coast tu. Saya tak pernah lg makan buffet kat Hard Rock hotel. Pernah pergi pun Hard Rock Cafe je

    ReplyDelete
  14. Fuhh ni memang tempat impian yaya nak pergi tapi tak dapat2 pergi sebab pkp dari tahun lepas huhu semoga ada rezeki merentas dan bermalam di salah satu hard rock hotel hee

    ReplyDelete
  15. bestnyaaa, santai2 haaa kat HRC sambil makan sambil layan muzik ....memang heaven

    ReplyDelete
  16. wow besrnya hard rock. beli baju or keychain tak sis? selalu collectors mesti beli barang tu kan kite pun dah lama tak ke sana

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.