SEMALAM AKU MASAK RENDANG DAGING LAGI!

SEMALAM AKU MASAK RENDANG DAGING LAGI! | Gara-gara tak puas makan rendang daging time raya tu, so semalam Sis masak Rendang Daging lagi, barulah puashati Sis hehehe.. Padahal kann, masa raya tu 5 kilo daging Sis masak, tapi mungkin sebab kalau dah sibuk, so makan tu tak berapa fokus, tu yang takde kepuasan dalam memakan rendang. 

Kita duduk rumah kan, bila bahan semua ada, apa susah, pung pang pung pang kat dapur, dah siap pun merendang.. memang masak rendang ni kena penuh kesabaran kalau nak sedap, sebab bila masak dengan lama, rempah tu bertambah masak, garing dan betul pecah minyak, then serasi resap dalam daging, perghhh kompom rendang ko sedap.. 

Cuma Sis nak bagitau sini dengan jujurnya.. beza antara ko lembutkan daging tu dulu dengan Noxxa, dengan bezanya ko masak rendang tanpa melembutkannya. Maksud Sis tu, kalau ko dah lembutkan daging tu dulu dengan Noxxa, rasa dia agak beza tang kelembutan daging dan serapan rempah, tapi kalau ko masak 'direct' masukkan daging tu tanpa di lembutkan dulu, hanya mereneh dalam kuah rendang sampai empuk, rasa tu ada beza.. faham ke tak tu?..

Tu pendapat Sis.. sebab Sis dah cuba dua cara tu.. dan kalau rajin dan banyak masa, memang Sis lebih sukalah masak reneh daging tu sampai lembut dan masak tanpa melembutkannya dulu dengan Noxxa.. haa gitu... tapi kalau dah time raya, banyak keje nak buat dan nak cepat, memang humban dalam Noxxa le hahaha.. 

Semalam Aku Masak Rendang Daging Lagi!

Semalam Aku Masak Rendang Daging Lagi!

Macam semalam, sebab tidak terkejar masa, so Sis tak masuk dan lembutkan daging tu dalam Noxxa, Sis masak je reneh dalam kuah rendang sampai daging empuk.. tapi kenalah penuh kesabaran yaa.. dan nasib baik juga, Suami beli jenis daging lemut (Topside), so isi daging tu tidaklah begitu liat, tak jadi lama sangatlah nak lembut dagingnya tu.. 

Sis masak dua kilo semalam, kata anak-anak; 'Banyaknya Mak masak'.. Sis jawab; 'Biar banyak, makan puas-puas, nanti kita tengok sapa yang makan berulang kali' hahahahaha.. korang dapat agak tak siapa yang berulang makan tu hehehehe.. 

Siapa lagi. kalau bukan Suami dan anak bujang tu.. sama naik dua banak tu.. 

Semalam Aku Masak Rendang Daging Lagi!

Resepi rendang daging ni Sis main buat aje ikut bahan yang memang sedia tau dari dulu sampai laaa ni. Dan bahannya sama je dengan bahan-bahan yang korang biasa buat rendang.. Cuma semalam kalau korang perasan, rendang daging Sis jadi hitam sikit, hahahaha sebab Sis TERletak TERlebih kerisek laa pulak, TERcurah lebih.. nasib baik rasa dia okay, sedap hehehe.. 

Masa tercurah tu, jerit Sis... hahahaha adoii rasa spoil mood gak time tu, takut rasa rendang tu terus tak jadi apa yang Sis nak, tapi alhamdulilah, Allah pelihara rasa rendang daging Sis hahahaha.. 

Tangan gebu sangat kan, nak curah kerisek pun jadi terpeleot.. 

Semalam Aku Masak Rendang Daging Lagi!

Alhamdulilah siap aje rendang daging, makan dengan Ketupat Adabi dan juga Lemang yang Suami beli.. mulanya Sis nak stimkan Ketupat Palas yang ada baki dua paket dalam freezer tu, then Suami keluar ke kedai, dia col kata tak payah, sebab dia nak beli Lemang.. 

So akhirnya dapatlah makan Rendang Daging bersama Lemang dan juga Ketupat Adabi.. nasib baik elok pulak kejadian Ketupat Adabi tu.. hehehehe.. 

Begitulah ceritanya semalam.. kalau rasa nak makan, yee masak aje laa.. masak sendiri puashati.. ko boleh makan dari pagi sampai ke malam hehehe.. 

Dan harini masih ada gak baki rendang daging tu, dah di panaskan, kejap lagi kang licin le tu bedal dek anak bujang hahahaha.. dah simpankan sikit untuk Ayahnya tu, sebab pasti Ayahnya mencari nanti.. 

Alhamdulilah.. 


P/S: Masih banyak orang jual lemang area Sis sini.. kalau tak sebab virus ni, mesti ramai beli buat menu open house kan.. 

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sedapnyaaa makan rendang cicah lemang..hari tu tak puas makan lemang...

    ReplyDelete
  2. ako ni kat rumah memasing dah x lalu nak makan lauk raya...
    yg kitrg ni pun dah x lalu nak masak sedap2 dah hahaha..
    kita men campak2 je la apa yg ada...!!
    skrg ni nak beli grab food pun dah tkut...

    keliling rumah ako dah PKPD oiii....
    seriau dah ni...

    ReplyDelete
  3. Wahh merendang lagik. Raya ni dapat juga merasa rendang daging jiran bagi tapi versi rendang hitam lah.

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat sis... Kalau masak atas dapur, rasanya lain. Lagi sedap sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. masak terus dengan rempah tanpa lembutkan dul daging rasanya lain kan Sis. Sebab daging masak sekali meresap dengan rempah rendang tu.

    ReplyDelete
  6. kalau ada yang meminta dan makan memang seronok masak kan kak... memang nampak sedapnya lah dilawankan dengan lemang tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post