HARI KEDUA PULUH SATU BERBUKA PUASA AKU MAKAN BEEF RIBS MR.KIWI


HARI KEDUA PULUH SATU BERBUKA PUASA AKU MAKAN BEEF RIBS MR.KIWI | Sehari ke sehari duk nengok iklan Tony Romas yang geng-geng blogger duk review di timeline facebook dan juga instagram mereka. Tengok tu satu hal, aishh menelan ayaq liur sekali scroll gambar, memang aje gile kurang pahala Sis ko berpuasa hahaha.. 

Nak pergi tu, ermm entah laaa bila, memasing dalam rumah ni semua sibuk, kadang nak berbuka puasa bersama pun susah, paling tak Sis dengan Yana aje, Ayahnya? Ermmm manjang bizi sokmo.. katanya nak settlekan kerja semua sebelum raya, so nanti senang raya boleh cuti lama.. ye laa kita iyekan ajo, wait and see jerr.. 

Bab makan ni Sis tak kisah laa, rasa nak makan, kalau rasa boleh pergi, ye pergi, kalau rasa boleh order, kita order lebih mudah.. Nak pergi Tony Romas tu pun satu hal gak, kena masuk soping mall, tu kang nak booking tempat lagi, ermm so kita lupakan sekejap laa keinginannya tu..

Hari Kedua Puluh Satu Berbuka Puasa Aku Makan Beef Ribs Mr.Kiwi

Hari Kedua Puluh Satu Berbuka Puasa Aku Makan Beef Ribs Mr.Kiwi

Tapi tup-tup, ternampak pulak kawan facebook Sis, Nor Azian Iskandar, ada menjual Beef Ribs ala-ala Tony Romas ni laa.. Sis apalagi, terus PM Yan tu dan tanya, dan alhamdulilah rezeki, ada agen Pasir Gudang yang menjualnya.. 

Harga korang jangan buat mukalah, mana ada beef ribs yang murah? Ni pun sekilo RM55 pun dah kira murah bagi Sis, portion dia banyak sebungkus tu. Ada dalam lebih kurang lebih dari 7 hingga 9 ketul ribsnya.. besar-besar pulak tu.. tapi isi kandungan ikut timbangan ya.. 

Sis cuba dulu sekilo, Sis amik perasa Blackpepper, ada satu lagi perasa BBQ.. tapi tekak nak blackpepper, so kita cuba. 

Hari Kedua Puluh Satu Berbuka Puasa Aku Makan Beef Ribs Mr.Kiwi

Dan juga, hari kedua puluh satu berbuka puasa tu pun Sis tak masak, mood nak masak malas. Sis order je semua. Makan pun berdua dengan Yana aje, Ayahnya call kata tak sempat balik berbuka, tapi suruh belikan juga makanannya, nanti balik nak makan hahaha.. Sis order Nasi Lemak Chiken Chop dan juga Nasi Lemak Fish and Chips untuk Suami. 

Then ada Beef Ribs ni sebagai menu tambahan, memang makannya untuk meratah aje, sedap gilerr.. Puashati makan beef ribs ni kat rumah, habis licin sampai ke tulang kami duk sedut, jilat dan gigit hahahaha.. kelako pun yaa kalau ingat-ingatkan.. 

Suami pun ada Sis tinggalkan untuknya, kemain lagi dia makan, memang sedapkan.. siap cakap, nanti boleh order lagi.. ini kali nak order dua kilo, bior makan puas-puas, lagipun nanti anak bujang balik, dia pun suka beef ribs ni.. 

Hari Kedua Puluh Satu Berbuka Puasa Aku Makan Beef Ribs Mr.Kiwi

Puashati makan di rumah, kongkeh tulang tu smpai licin! Berbaloi 1kg baru rm55..ada dalam 7 hingga 9 ketui beso-beso ribnya..Tapi kalau korang anak ramai, belilah dua kilo ya, kang tak cukup makan pulak. Sis yang sekilo ni pun kemain rebut hahahaha..

Nak sediakannya pun senang, masuk je dalam Air Fryer/Oven/Microwave dalam 3 atau 4 minit. Sebab ribnya memang dah sedia masak. Cuma nak hangatkannya ajer.. 

Isinya lembut
100% daging Australia
Tidak hanyir

COD seluruh negeri ada. Kalau agen Pasir Gudang boleh contact Mr.Kiwi +60 11-5710 1500. Untuk agen negeri lain, ko boleh PM Nor Azian yo! 

Di jamin halal ❤


P/S: Tapi tetap gak terliur nengok Tony Romas punya menu Ramadan tu arghhhhh... 

15 comments:

  1. Aalaaa...fav SA jugak ni...dah la ari tu baru makan lamb ribs tony romas...sedap...

    ReplyDelete
  2. aduhai sedap sangat ni. rusuk kan.

    ReplyDelete
  3. Tony Romas pun tak pernah makan lagi . leh try yg ni dulu ar.. hahahahaa..

    ReplyDelete
  4. Aduhai kak oii. Pepetang daku melihat nie, terasa nak pergi Tony Roma's je udahnya. Haha. Tapi kang viral plak merentas sebab nak makan ribs hahaha

    ReplyDelete
  5. Wah!!!!!!!!! Rajin btul Sis Lin nie berjalan dan berbuka puasa di luar. Bila nak berbuka di rumah. Hehehe.......just teasing. Pls have fun. But most important jaga SOP tau.

    ReplyDelete
  6. tu dia, merecik sis! nampak sedap, rasa dh tentu sedap lagi kan?

    ReplyDelete
  7. Uishhh sedapnya teringin nak makan rib juga lorh, my little bro baru g Tony semalam.. terus ternampak ni.. nak order!

    ReplyDelete
  8. OMG just look at how tasty it is. Hopefully I get to taste it too one day. :)

    ReplyDelete
  9. Hehehehe..terliur kan kak tengok kawn2 makan dekat tony romas, eh tu kita la kan..hehehe..Wah nasib ade orang jual, terus terlepas ngidm. Okla RM55 murah

    ReplyDelete
  10. wwowwee... nampak menyelerakan sungguh la ! Sesuai sangat dengan Sal yang asyik balik lewat je dari office. Atleast dah boleh jimatkan masa nak sediakan menu untuk berbuka. Sedap pun ye jugak

    ReplyDelete
  11. Bestnya.. harga dia sgt berpatutan. Nak makan kat kedai beef ribs ni mahal sangat.

    ReplyDelete
  12. Perghhhh, memang nampak menyelerakan sungguh beef ribs itu Sis Lin... pakkal je lah Tini ni tak boleh makan daging sebab allergic... kalau boleh, dah lama dah order dengan Mr Kiwi jugak nih... takpa, akan ku war-warkan kepada kengkawan kat belah sini... manalah tau kot-kot ada yang nak kan kan kan...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.