3 RESEPI RENDANG AYAM BRAND PALING MUDAH DI MASAK


3 RESEPI RENDANG AYAM BRAND PALING MUDAH DI MASAK | Kalau di tanya; 'Ada ke orang time raya tak masak rendang?'.. rasa-rasanya ada ke? Tapi memang betul ada tau, sebab Sis dah pernah jumpa, bukan rumah siapa pun, tapi rumah Kakak Ipar di Sabak Bernam, hehehe.. 

Yaa pernah terjadi, kami beraya di sana, bangun pagi raya dah bersiap semua bersalaman, tiba time makan, mencari rendang ehhh elekkkk takdeee hahahaha.. yang ada Ayam Semur dan Sambal Goreng Jawo, Serunding dan juga Tempe Sambal Kering hehehee.. muka anak-anak memasing kelat dah masa tu, pertama kali beraya takde menu raya macam Atuk dan Maknya masak. Suami pun diam, dah lapo bedal aje la hahaha..

Mungkin lain orang lain cara dan gayanya kan.. tak semua sama cara kita. Ikutlah resam keluarga sendiri.. takkan nak suruh orang ikut kita pulakkan.. tapi kalau tau memang mereka tak masak rendang, Sis boleh je volunteer masak, tapi sebab kami sampai dah lewat malam raya, sampai je terus membuta, so tak sempat nak jenguk dapo.. so tak tau mereka hidang apa pagi raya..

Itu yang lepas kejadian tu, tiap kali raya, Suami dan anak-anak lebih suka gembira beraya di Johor dulu.. hehehehe.. semata nak rasa suasana hari raya.. memang meriah kalau beraya rumah Mak, depan Mesjid, malam dan pagi raya je terdengar takbir dan solat hari raya, then bebudak pulak berduyun datang beraya, memang happening.. tapi tu duluuuu... sekarang ni raya norma baharu kan, ermmmm... 

So bagi korang yang tak tau nak masak rendang apa, haaa boleh laa mencuba 3 resepi rendang Ayam Brand ni yang paling mudah di masak. Sedap ke tidak, entah, sebab Sis pun belum cuba hehehehe.. 


3 Resepi Rendang Ayam Brand Paling Mudah Di Masak

Rendang Ayam Cili Padi by @mira.sofia.saufi

Bahan-Bahannya : 
Ayam (Dipotong Kecil) 

Bahan Kisar : 
2 Bawang*
3 Bawang Putih*
3 Batang Serai*
1 Halia*
1 Lengkuas*
1 Kunyit Hidup*
1 Cawan Cili Api Kampung*

Bahan Lain : 
1 Kotak Santan Ayam Brand 200ml 
2 Sudu Besar Kerisik
1 Daun Limau Purut 
1 Daun Kunyit
1 Asam Keping
Gula & Garam Secukupnya

Bertanda * adalah bahan kisar

Cara Membuatnya : 
Kisar halus bahan-bahan bertanda * dan tumiskan sehingga pecah minyak. 
Masukkan ayam, gula dan garam secukupnya. 
Biarkan ayam kecut sedikit sebelum dimasukkan santan. 
Setelah santan dimasukkan, biarkan sehingga kering sedikit. 
Masukkan kerisik dan asam keping. Biarkan sehingga ayam masak. 
Setelah rendang masak, boleh taburkan dengan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. 
Hidang bersama ketupat dan lemang. 

3 Resepi Rendang Ayam Brand Paling Mudah Di Masak

Rendang Pedas (Daging) by @zarra.riana

Bahan-Bahannya : 
*2 Biji Bawang Besar
*3 Batang Serai
*3 Ulas Bawang Putih
*1 1/2 Inci Kunyit Hidup
*1 Inci Halia
*1 Inci Lengkuas
*Segenggam Kelapa Parut
*Air Masak Paras Separuh Dr Bahan

1kg Daging Batang Pinang (Potong Tebal)

1 Senduk Lada Kisar
1 Kotak Santan Ayam Brand 200ml
1/2 Keping Asam Keping
1/2 Ketul Gula Melaka
Garam Secukupnya
Daun Kunyit

Bertanda * adalah Bahan Kisar

Cara Membuatnya : 
Kisar semua bahan bertanda * kecuali kelapa parut
Kemudian kisar kasar kelapa parut
Panaskan kuali dan lebur semua bahan kisar termasuk lada kisar
Kacau rata dan masukkan air dari bekas blender
Kemudian masukkan daging, biar hingga mendidih
Masukkan 1 kotak santan ayam brand 200ml, kacau rata
Masukkan asam keping, masukkan gula melaka
Perasakan dengan garam secukupnya
Sentiasa kacau dan masak dengan api sederhana
Masak hingga kuah kering dan kacau jangan sampai hangit
Masukkan hirisan daun kunyit
Masak hingga kuah kering dan tekstur seperti serunding
Untuk dapatkan tekstur kering, masa memasak lebih kurang selama 1 jam lebih
Siap masak, sebelum dihidang, tabur hirisan daun kunyit lagi di atasnya

3 Resepi Rendang Ayam Brand Paling Mudah Di Masak

Rendang Kerang by @wanakamal_79

Bahan-Bahannya : 
2 Genggam Cili Api Hijau (Kampung) atau ikut kepedasan memasing
2 Labu Bawang Besar.
5 Ulas Bawang Putih.
2 Inci Halia Muda.
2 Inci Lengkuas Muda.
2 Inci Kunyit Hidup.
5 Batang Serai.
Air secukupnya

Kisar semua bahan.

Bahan-Bahan Lain : 
1/2 Cawan Minyak Masak.
2kg Kerang, Size Sederhana.
1 Santan Ayam Brand 200ml 
200ml Air 
10 Urat Kacang Panjang.
4sdb Kerisik Kelapa.
Garam.
Daun Kunyit.

Cara Membuatnya : 
Kisar bahan-bahan dan ketepikan
Di dalam kuali panas, masukkan bahan kisar, santan ayam brand dan air. Gaul sebati 
Masukkan isi kerang dan kacau hingga masak. 
Kemudian, masukkan, kacang Panjang dan kerisik kelapa. 
Tambahkan sedikit garam. 
Gaul dan siap dihidang 

Selamat Mencuba korang ✌


P/S: Tak sabarnya nak masak lauk raya untuk keluarga.. yummmmmssss... 

21 comments:

  1. kerang selalu rebus, bakar atau sambal je...tak pernah lagi merendang kerang

    ReplyDelete
  2. Semuanya nampak menyelerakan . Paling unik rendang kerang .

    ReplyDelete
  3. Ena baru masak rendang guna santan ayam brand. Sedap jugak

    ReplyDelete
  4. Rendang daging dah, rendang ayam pun dah, tinggal rendang kerang belum ni.

    ReplyDelete
  5. Semua dh x leh buat..x leh merntas satu Malaysia ni ..makanya buat rendang apa yg ada je la kan..

    ReplyDelete
  6. 3 resipi terus Sis Lin kongsikan. Cukupla nak masak hingga raya ke tiga. Semuanya nampak sedap-sedap.

    ReplyDelete
  7. Thanks for the recipes that you have included. All the 3 different dishes look amazingly tasty. :D

    ReplyDelete
  8. Lapar tengok Makanan sedap. Senang juga masak dgn Ayam Brand santan. Boleh Cuba this weekend.

    ReplyDelete
  9. Biasanya saya akan masak rendang cili api jer sebab boleh makan dengan nasi biasa atau dengan nasi impit. Walaupun suka juga rendang kerang tapi terpaksa kawal kalau tak mau habis gatal satu badan. Buat ayam masak ungkep pun sedap tau.....

    ReplyDelete
  10. Nak cubalah rendang kerang wanakamal tu macam sedap dan menarik... sebab stok kerang memang dah ready nanti nak beli santan ayam brand jer... tq sis lin perkongsian resepi diatas.

    ReplyDelete
  11. sekali sis bagi 3 resepi, boleh la try nanti, lama plak tak makan rendang kerang hehe

    ReplyDelete
  12. Yes. Sekali dia kongsi 3 resipi terus - terus terasa teringin nak try memasak - walhal Rawlins nie kaki bangku di dapur. Haha

    ReplyDelete
  13. Bagusnya sekali share tiga reaipi. Macam saya selalunya saya buat rendang ayam cili padi tu. Sedap. Memang tiap kali raya tu menu wajib kena ada.

    ReplyDelete
  14. Menyelerakan!! mudah ada resipi mcm gini. follow je! Saya dr dulu memang guna santan ayam brand. skrg yg kecik tu dah dalam bentuk kotak baru , tak habis guna mudah nak simpan semula.

    ReplyDelete
  15. Sedapnya sis! Semuanya saya punya favourite tuh. Tula memang ada yang tak buat rendang sis, tak makan katanya hehe

    ReplyDelete
  16. Hahahha saya ingatkan akak masak ayam campur sardin ayam brand. Tajuk akak ni buat suspen je. Santan Ayam Brand rupanya!!!! Kahkahkah. Santan Ayam brand kita dah restock sesiap utk masak raya ni. Esok mula kita kentung ketang di dapur.

    ReplyDelete
  17. nampak pun sedap.. nanti boleh try..setiap org ada cara memasak rendang.. suka belajar

    ReplyDelete
  18. terliur tengok gambar rendang and pulut kuning tu..boleh la raya nanti masak rendang guna santan ayam brand :)

    ReplyDelete
  19. Rendang ayam aritue Nell dah buat for Sahur.. nak try rendang daging pulak for Raya nanti la... nak pergi beli stock baru santan ni..

    ReplyDelete
  20. oh senang je buat rupanya. ingatkan macam2 bahan. bleh la buat lpas ni. jujur cakap rindu dngan masakan mak :( btw nak minta maaf sebab baru komen. gmail tak boleh login baru2 ni sebb malware issue.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.