IKAN SINGGANG MAMPU MELAWAN PENYAKIT DAN PENAWAR VIRUS COVID19?

IKAN SINGGANG MAMPU MELAWAN PENYAKIT DAN PENAWAR VIRUS COVID19? | Menjawab kepada soalan tu, Samaada benar atau tidak, Sis pun tak pasti, yang pasti kalau time sakit ke time demam ke, memang sejak dulu family Sis akan masak lauk menu Ikan Singgang gini. Cuma menu resepinya lebih mudah semua hiris, campak dan rebus.

Tapi time tak berapa nak sakit, kalau nak makan, dan kalau rajin, haaa beginilah meriah Ikan Singgang. Di tumis, letak pelbagai bahan dan rasa pun sedap, takde laa nanti anak-anak makan di katanya 'lauk orang sakit' hahahaha... Yaa anak Sis kalau kata nak masak lauk Ikan Singgang, memasing semua kata, 'lauk orang sakit', sabo je lerr.. 

Tapi sejak-sejak ni dikatakan Ikan Singgang ni mampu melawan penyakit bawaan virus dan mungkin penawar kepada wabak Covid-19. Dikatakan unsur semulajadi semasa penyediaan ikan singgang boleh mempercepatkan proses pemulihan organ dalaman.

Dari sumber awal oleh pensyarah Fakulti Sains & Teknologi Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Azizah Mahmood menunjukkan ramuan dalam masakan ikan singgang menghasilkan komponen yang berfungsi menentang mikroorganisma tertentu dalam badan manusia.

Menurut Dr Azizah, bahan utama dalam masakan ikan singgang ialah halia, serai, kunyit, asam keping, dan garam. Apabila dimasak dan larut di dalam air, ia akan menghasilkan komponen antimikrob dan anti oksida.

Katanya, kedua-dua komponen itu boleh menentang mikroorganisma tertentu dalam badan manusia. Ia termasuk potensinya untuk melawan Covid-19. Bagaimanapun kajian terperinci berhubung ikan singgang boleh melawan virus Covid-19 sedang dilakukan.

So jika benar atau masih lagi dalam kajian, apa salahnya kita usaha dan mencubanya kan. Lagipun semua pun sedia maklum bahawa Kunyit, Halia dan Bawang Putih tu memang berkhasiat dalam pemakanan. 

Ikan Singgang

Ikan Singgang

Dan baru-baru ni adalah Sis masak juga Ikan Singgang. Rasanya agak lama juga Sis tak masak menu ikan singgang ni. Kebetulan ada ikan hasil mancing Suami, so Sis masaklah beberapa keping. Alhamdulilah Suami pun suka dan kata, 'Lama tak makan Singgang'.. yee memang lama tak masak singgang ni.. 

Korang kalau nak cuba, silalah, Sis kongsikan resepi Ikan Singgangnya di bawah ni.. Cuma versi Singgang Sis ni tumis, ada yang paling senang masak, tak payah tulis, lebur je semua hahaha.. ikutlah memasing ya.. tu pun kalau ada timun, potong dan masukkan dalam singgang, perghh lagi sedap.. 

Resepi Ikan Singgang Tumis

Bahan-Bahannya : 
4 keping ikan (ikutlah suka ikan jenis apa) cuci bersih*
1 inci Kunyit hidup, di tumbuk
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, di tumbuk
1/2 inci halia, di tumbuk
2 biji cili hijau dan cili merah, hiris
3 keping asam jawa
2 batang serai diketuk
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara Memasaknya : 
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, kunyit, bawang putih, halia dan serai hingga harum.
  2. Masukkan air secukupnya (anggaran ikut korang). Biar mendidih.
  3. Masukkan Ikan dan asam keping, kacau rata dan tambahkan garam dan perasa. 
  4. Bila mendidih, masukkan hirisan cili hijau dan merah. 
  5. Tunggu ikan masak dan jika okay tutup api dan hidangkan panas-panas. 

Selamat mencubanya.. 


P/S: Arwah atuk Sis paling suka guna Ikan Parang masak Singgang.. perghh penuh kesabaran nak makannya oii hahahaha.. 

10 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. lauk anak anak saya ni... sebab tak pedas

    ReplyDelete
  2. Alamakk ako cukup x minat lauk yg satu ni heehe.. Seigt ako arwah mak ako pun jarang buat lauk ni😂

    ReplyDelete
  3. betul tu, mudah je nak masak singgang. hiris hiris bahan campak je masuk periuk. Pastu tunggu masak je. Lauk diet saya kalau rajin diet. sekarang kelaut dah diet tersebut. huhu

    ReplyDelete
  4. Betul. Tak salah pun kalau kita guna cara tradisional, selagi ianya tak memudaratkan.

    Antara lauk feveret saya. Ikan singgang plus ikan selar kuning goreng. Tapi saya prefer ikan singgang tanpa kunyit.

    ReplyDelete
  5. This looks yummy! Thank you for sharing the recipe! MCO coming soon, this will be my new dish.

    ReplyDelete
  6. Wah this is the first time i heard about it, anyway i like ikan singgang memang sedap.

    ReplyDelete
  7. Menu masak singgang ni PC suka sangat, bila nak masak singgang ni masak nasi lembik sikit. Kuah singgang banjirkan nasi..macam bubur gitu.

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaaa..i suka lauk simple2 mcm ni sis lin.. tetaplah menyelerakan dipadukan dengan nasi putih panas

    ReplyDelete
  9. saya memang suka lauk singgang. kuah dia hirup mcm tu je pon takpe. memang feveret ! tak sangka boleh jadi salah satu ikhtiar utk merawat covid-19

    ReplyDelete
  10. Betul lah kita ada baca pasal petua ini dan juga ada dengar hari tu masuk TV cuma kena ada kajian yang lebih terperinci dan juga di komersialkan baru boleh di iktiraf. Patut pihak university buat kajian macam ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post