BANYAK KHASIATNYA BERSAHUR DENGAN BUBUR SARANG BURUNG VESBO


BANYAK KHASIATNYA BERSAHUR DENGAN BUBUR SARANG BURUNG VESBO | Jujurnya Sis orangnya tidak begitu gemar makan atau minum sarang burung ni. Tak kiralah yang viral ke tak ke atau apa je laa.. tak tau le kenapa, rasa dia tu tak boleh nak hadam masuk tekak hahaha.. kalau Suami dan anak sulung Sis ya suka, pantang nampak minumannya, mesti nak beli. 

Dan ramai yang tahu bahawa sarang burung layang-layang mempunyai khasiat yang besar dan ia menjadi salah satu ubat tradisional dalam perubatan Cina. Ia didakwa mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan darah dan memulihkan tenaga selepas demam. 

Selain itu, ia mampu memulihkan penyakit asma, menguatkan daya ingatan dan kecergasan minda, menambah daya ketahanan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung & buah pingang selain ianya merupakan agen pemutihan kulit yang sangat baik dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asthma, ia juga dikatakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.

Banyak Khasiatnya Bersahur Dengan Bubur Sarang Burung Vesbo

Syarikat Vesbo Malaysia telah memasarkan produk sarang burung mereka dengan menghasilkan bubur nasi sarang burung segera yang amat sedap, berkhasiat dan semestinya halal. Dan baru-baru ni Sis tertarik untuk mencubanya dan menjadikan menu bersahur Sis dan Suami. Dan ternyata sedap pulak di tekak Sis. Rasa cendawannya tu menjadikan rasa bubur sarang burung ni sedap di makan. 

Sedia maklum, memang semua orang tau harganya mahal, ya, memang mahal, tapi itu bukanlah penghalang untuk kita tidak boleh menikmati khasiat sarang burung ini. Harag tu tak penting, yang penting khasiat memakannya, tu lebih utama. 

Penyediaan untuk bubur sarang burung Vesbo ni amat mudah. Dan isi kandungannya adalah campuran sarang burung premiun, beras, oat dan rumpai laut yang menjadikan ianya mudah dinikmati hanya bancuh dengan air panas atau korang boleh masak dengan kreativiti korang tersendiri.

Vesbo Malaysia adalah produk keluaran tempatan dan mempunyai sijil HALAL, GMP, HACCP. Vesbo Instant Porridge ni ada 2 jenis. Satu dalam kotak dan satu lagi dalam cup cawan macam Sis pegang tu haa.. lebih mudah nak menyediakannya walau di mana aje korang berada. 

Banyak Khasiatnya Bersahur Dengan Bubur Sarang Burung Vesbo

Banyak Khasiatnya Bersahur Dengan Bubur Sarang Burung Vesbo

Cara Penyediaan Vesbo Instant Porridge ni pun senang. 
  1. Buka cup penutup, dan buka paket instant porridge di dalamnya dan tuang ke dalam cup tu.
  2. Kemudian tambahkan air panas ke dalam cup 
  3. Gaul-gaul sehingga sebati
  4. Tutup dan tunggu sekejap dalam lebih kurang 3/4 minit hingga buburnya kembang
  5. Kalau nak tambah bahan lain, boleh masukkan sekali. 

Bila agak dah kembang, boleh terus di makan. *MAAF, Sis lupa nak amik gambar buburnya dah kembang, duk kejarkan waktu bersahur adeiii.. 

Banyak Khasiatnya Bersahur Dengan Bubur Sarang Burung Vesbo

Kalau korang nak tau, Bubur Sarang Burung Segera Vesbo keluaran Malaysia ini dipilih sebagai Pemenang Jenama Makanan Sarapan Sihat yang Terbaik di Asia oleh LuxLife Magazine (London). Sarang burung ini juga mampu mengubati KANSER dan HEPITITIS B. Ini kerana sarang burung telah terbukti melalui ujian makmal yang dijalankan mengandungi nutrien dan garam mineral seperti glikoprotein, kalsium, zat besi, fosforus, iodin, dan vitamin yang lebih mudah diserap oleh badan manusia.

Setiap hidangan Vesbo mengandungi khasiat setara dengan secawan susu segar atau sebotol minuman kolagen. Oleh itu, ia boleh diamalkan sebagai makanan untuk kecantikan kulit dan meningkatkan sistem imun badan.

Bubur segera Vesbo mula dipasarkan di Malaysia sejak 2016. Ia juga dieskport ke Korea Selatan, Singapura dan China. Selain itu, ia juga dijual di dalam syarikat penerbangan Scoot sejak 2019.

Untuk maklumat lebih lanjut, atau korang yang ingin mencuba dan mendapatkannya, korang boleh melayari laman web rasmi di www.vesbo.my/our-products. Vesbo juga dijual di Shopee dan Lazada.


P/S: Bagus sungguh, Suami suka benar makannya, Sis sampai dah repeat order dah.. 

17 comments:

  1. dan cara nak sediakan pun mudah ja. Cepat dan paling penting puas hati dengan rasa. sedap gitew

    ReplyDelete
  2. biasanya duk minum air sarang burung je. tak pernah lagi try bubur sarang burung, macam sedap je

    ReplyDelete
  3. dah lama jugak dipasarkan. tapi tak pernah tau pun. kena try ni. orang luar negara pun dah rasa

    ReplyDelete
  4. Sis Lin ok ke makan tu? Nampak menarik gak sebab boleh ubat asma ye. And Rawlins memang suka makan sarang burung hehehe

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tahu ada bubur ni, nampak macam sedap je. Bolehlah nanti sis cuba

    ReplyDelete
  6. Saya tak boleh tengok benda yang ada Bird Nest sebab mesti nanti rasa nak cuba. Sebab tahu apa khasiat dia. Seriusnya memang bagus untuk kesihatan luaran dan dalaman juga. nanti nak try lah

    ReplyDelete
  7. Awa suka makan bubur cuma tak perasa pula ada burung sarang burung macam ni. Awa memang suka makan sarang burung sbb sedap macam jeli dan boleh sejukkan badan.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah makan sarang burung. Tak tau camne rasanye. Marina pon jenis bukan semua jenis makanan boleh telan. Ada bubur camni bolehlah telan sarang burung tu kan

    ReplyDelete
  9. khai pun consume sarang burung tapi produk lain lah. memang bagus khasiat sarang burung ni mcm khai more kepada kulit ceyyyy hahaha

    ReplyDelete
  10. Memang sedap sis lin. Marsha start amalkan vesbo bubur ni last year. Memang sedap

    ReplyDelete
  11. Saya pernah minum minuman sarang burung sekali je, kat Melaka. Tapi mcm tak rasa apa pun. Manis je. Nanti nak try ni pulak la.

    ReplyDelete
  12. bagus ni makanan berkhasiat. Selain daripada mengenyangkan ianya juga bagus untuk kesihatan

    ReplyDelete
  13. Mudah ya cara penyediaannya... Kalau macam ni, memang senanglah nak dibawa ke mana-mana kan... Travel-friendly agitchewwww... Saya suka makan sarang burung dek khasiatnya yang tidak dipertikaikan itu tapi dalam bentuk sup gitu je la... Hehehehe...

    ReplyDelete
  14. Great idea and really nutritious too, can't wait to get one of these at the supermarket and keep it for a rainy day.

    ReplyDelete
  15. Wow! menariknya mereka keluarkan bubur sarang burung ni! memang berkhasiat ye makan sarang burung ni, lagi2 awet muda!

    ReplyDelete
  16. Sarang burung memang best kak. Tambahan minuman yang selebriti kita jual tu. Nyummy! Bubur ni macam menarik. Nanti nak cuba lah. Selalu order panas-panas kat Restoran cina muslim. Mereka pandai masak sup sarang burung.

    ReplyDelete
  17. Kita ada asthma kak... Nak cuba laaa sebab khasiat sarang burung memang banyak! Nampak sedap tuuu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.