BOSAN AKU DENGAN FACEBOOK!


BOSAN AKU DENGAN FACEBOOK! | Memang benar, orang kata kalau bosan, kalau menyampah, tutup je facebook tu, unfren aje laa kawan-kawan ko tu, tapi banyak faktor yang boleh kita fikirkan dan perbaiki. Jangan amik jalan mudah, kita relax dan tenang-tenang. 

Korang tak perasan ke lately ni facebook dah macam medan fitnah, memaki hamun, hina menghina dan yang ada tu tak kira orang tu alim ulama pun, mereka berani lemparkan kata-kata nista kepadanya. 

Yaaa tau, faham... kalau takde angin masakan pokok bergoyang.. tapi kita ni sebagai insan manusia yang tak sama level dengan 'mereka' yang korang duk maki hamun tu, usahlah di tambah dosa kering dengan penulisan dan komen kita.. kan elok kita update aje urusan hal kita, cerita anak kita ke, cerita masak-memasak ke, atau kata-kata positif, supaya ada juga insan yang negatif tu membaca dan berfikir sejenak.. tak pun jalan paling mudah, ko scroll, baca dan diam jer.. 

Ni kalau dah seribu fren, seribu semua update benda yang sama dan negetif.. siapa laa yang nak positifkan diri? Sikit banyak, dari cite Sis ko tak tau, jadi tau, dari benda tak viral jadi viral.. benda gitu memang rakyat Malaysia suka.. kadang kes kecik je, sekali di viral, terus jadi kes besar.. dan sedihnya, kebanyakkannya semua benda viral, semuanya tanpa usul periksa.. tau-tau nanti penyudahnya, ooo itu kesahnya.. ermmm..

Balik-balik cerita yang sama jerr... dia langgar SOP ke apa ke, lantak pi le depa.. tau laaa pihak berkuasa nak buat apa tindakan.. kita ni jangan ikutkan sangat perasaan.. yang sakitnya hati siapa? Kita juga.. yang mereka? mereka sedap kutip pahala dari makian orang.. ermmmmm ... 

Bosan Aku Dengan Facebook!

Sudah-sudahlah kawan-kawan, Sis sebagai kawan juga, nak juga nasihat kepada korang dan buat peringatan diri sendiri juga, eloklah dalam bulan ramadan ni, di malam-malam sepuluh terakhir ramadan ni, sama-sama kita ubah, kita perbaiki sikit sikap dan kata penulisan kita. Tak puashati boleh je luahkan, tapi janganlah sampai melebihi etika kita sebagai seorang Islam. 

Orang kata, dari penulisan, kita akan tau etika sesaorang itu macam mana.. jadi janganlah terlalu negatif.. ye Fahammm.. keadaan sekarang ni sangat genting gara-gara kita ni rakyat Malaysia, rakyat marhaen aje yang nak mengalah, kita je yang jadi mangsa, tapi mereka langgar semua SOP.. but apa yang kita boleh buat??? dengan maki hamun, dengan meluahkan kata-kata negetif tu, kita dapat apa???.... 

Kita berhak bersuara, tapi jangan jadikan penulisan kita tempat orang lain juga menambah dosa kepada kita yang menulis dan sama-sama komen negatif.. cuma satu kita kena ingat, Sis takut apa yang korang tulis dan cakap tu, akan berbalik kepada diri kita.. atau.. jejangan 'mendulang paku serpih, mengata orang engkau yang lebih'... 

Sekian luahan dan nasihat dari insan yang dah mula bosan dengan Facebook.. 


P/S: Aku tulis ni bukan sebab nak tunjuk aku baik sangat, tapi sekurangnya, aku tak buat macam engko buat.. OkBai.. 

6 comments:

  1. Ok bai jugak!! Lambai2 tangan ni����

    ReplyDelete
  2. Betul tu, masa skrg ni diam lebih baik di fb..mungkin juga, rakyat sgt marah skrg dgn keadaan negara ketika ini..

    ReplyDelete
  3. Nasib baik wak takde akaun fb dan lain2 yang seangkatan dengannya.

    ReplyDelete
  4. Betul tu sis...SA pun alami benda yang sama...especially ramai laki2 orang cubaan menggatal dalam tu...nyampah sebab diorang pm kat messenger kan

    ReplyDelete
  5. aku bukak FB tengok notification je..hahahahhahahah..feed aku tak scroll sangat da skang ni 🤭

    ReplyDelete
  6. fitnah, bahasa kesat, maki hamun... sebab tu tak bg anak buka akaun fb.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.