MASAK ASAM PEDAS AYAM DI 9 SYAWAL

MASAK ASAM PEDAS AYAM DI 9 SYAWAL | Dah 9 Syawal dah kan, sekejap betul dah seminggu lebih hari raya. Diam tak diam nanti, tau-tau dah 30 Syawal. Harini ye laa kita tau apa keadaan kita sekarang ni, esok lusa entah laa.. tak boleh nak fikir apa akan jadi seterusnya..rasa macam hidup dalam 'surprise' ajer.. 

Dari mula Syawal hingga laa ni, baru rasa nak masak dan makan Asam Pedas, tapi bukan Sis masak lerr, anak yang masak hehehehe.. Tapi kalau anak yang masak, dah tentulah bukan ikan, tapi mesti ayam.. sebab anak-anak lebih suka Asam Pedas Ayam dari Asam Pedas Ikan. 

Sis okay aje apa je yang di masak Asam Pedas, cuma kalau Suami Sis, memang tak berapa suka makan ayam, so memang kena jugalah Sis masak menu lain untuknya nanti. Dah sesiap bahan, ingat nak masak Ikan Goreng Tauchu.. Sayur pun anak dah sesiap goreng. 

Masak Asam Pedas Ayam Di 9 Syawal

Masak Asam Pedas Ayam Di 9 Syawal

Hampir setengah ekor juga anak masak tadi, ni kegemaran si anak bujang, sekali makan mesti dua ketul hehehehe.. sama naik dengan kakaknya.. tapi sebab kakaknya dah balik semalam, so hanya Yana dan anak bujang aje laa bedal tu kang..

Sis tunggu Suami balik aja makan, nak makan Ikan Goreng Tauchu.. 

Yaa anak sulung Sis dah balik ke Shah Alam semalam petang. Memang dalam surat pelepasan IPT tu sampai tarikh semalam laa duenya, so kena pulang semula walau dalam keadaan sekarang ni sangat membimbangkan.. 

Ayahnya siap belikan bermacam spray dettol untuknya. Pesan banyak kali, supaya anaknya tu spray setiap sudut dari turun kereta parking rumah sampai nak masuk ke dalam bilik. Sebab rumah dah lama di tinggalkan.. Memang ada housemate lain, sebab ada orang lain le kan berjaga-jaga.. 

Alhamdulilah selamat dah kakak sampai malam tadi. Nanti 5/6 ni kakak amik vaksin AstraZeneca tu haa.. harap baik-baik aja penerimaan vaksin masuk ke dalam badan anak tu.. risau juga hati ni.. 

Okaylah.. berehat sat, nak menumbuk smabal belacan tomato.. geram plak nengok tomato cenonet tu dalam esbox .. Korang masak apa tu?..


P/S: Korang rasalah kan.. kita ni Lockdown ke idokk? ermm... 

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ni mmg pebret sislin asam pedas ayam...
    arghhh rindunyaa nak makan :D

    ReplyDelete
  2. Tekstur tu memang nampak best. Mesti rasa pun best!

    ReplyDelete
  3. apasal semua yang akak masak nampas sedap... ? dah la sy tak reti buat asam pedas

    ReplyDelete
  4. huhuhuh mcm2 rumors about vaksin kan.. scary

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post