SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DI BAWA KETIKA KUARANTIN DI PKRC 2.0

SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DI BAWA KETIKA KUARANTIN DI PKRC 2.0 | Sejak akhir-akhir ni terlalu banyak Sis membaca dan lihat gambar kawan-kawan, ahli keluarga mereka dan juga siapa aje la yang muat turun status mereka, yang mana mereka berkongsi pengalaman mereka berada di pusat kuarantin rawatan Covid19. Tidak kiralah di negeri mana pun, yang pasti mereka di kuarantin dalam beberapa tempoh untuk pantau kesihatan mereka.

Dan rata-rata kalau baca status dan komen-komen mereka, semua mengatakan keperluan dan kemudahan memang terhad, bukan tak cukup tapi sebab dah terlalu ramai, so memang keadaan jadi agak padat, dan pihak PKRC tak dapat penuhi semua kehendak, so mereka sarankan dan berbalas di komen, ada yang kata, seeloknya bawa dan persiapkanlah barangan keperluan secukupnya untuk kita bawa ke PKRC jika kita kena ke sana. 

Ada sorang tu siap jawab di komen status yang Sis baca, dia siap tunjuk gambar bag tarik yang di bawa seolah macam nak pergi melancong, termasuk bantal. Mula Sis rasa hairan juga, fikir dalam hati 'Dah macam pi travel laa pulak, bukan ke hospital, so mestilah semuanya di sediakan kan?'.. ternyata bila di baca dan baca lagi, betul juga kata mereka yang ada pengalaman berada di PKRC tu, keadaan yang ramai menjadikan semua kelengkapan tidak semua lengkap. 

Tengok aje susunan katil, keadaan sekeliling, memanglah rasa tak selesa kan, so kenalah bawa bantal, selimut dan kalau boleh siap kawan tu kata, nak bawa alas cadar pun lagi elok hahaha rasa melampau le pulak kekekeke.. tapi katanya ada yang buat gitu.. ibarat nak kuarantin di sana, biar kita selesa dan rasa seperti rumah sendiri, so takde laa rasa stress sangat katanya.. ye juga ekkk.. 

Senarai Barangan Yang BOLEH dan TIDAK BOLEH Dibawa Ketika Kuarantin Di PKRC 2.0

Korang disahkan positif #COVID19 dan perlu menjalani kuarantin di mana-mana PKRC 2.0 tetapi tidak tahu apa yang perlu dibawa? 

Berikut adalah senarai keperluan yang perlu dan BOLEH dibawa ke PKRC 2.0.

Senarai Keperluan Asas : Ada senarai tu Sis tambah sebagai tambahan buat diri sendiri 
  • Pakaian yang selesa
  • Baju tidur
  • Baju panas
  • Tuala
  • Telekung dan Sejadah
  • Kain batik/pelikat
  • Barangan mandi dan Wangian badan
  • Bag kecil/bag mudah alih
  • Selipar
  • Stokin
  • Bantal/Selimut
  • Pakaian Dalam secukupnya
  • Pelitup muka
  • Pembersih tangan (hand sanitizer)
  • Tisu kering/basah
  • Kudap-kudapan atau makanan ringan
  • Minuman 3in1
  • Ubat-ubartan sedia ada atau Makanan tambahan
  • Pelembab bibir
  • Hanger baju
  • Termos air panas
  • Cawan/Mug
  • Sudu/Garfu

Senarai Barangan Hiburan : 
  • Bahan bacaan keagamaan (Yassin, Quran)
  • Bahan bacaan lain (Buku novel, majalah Dll)
  • Laptop, iPad, Tablet, Handphone 
  • Earphone *jika perlu
  • Pengecas 
  • Powerbank 

Senarai Barangan Yang BOLEH dan TIDAK BOLEH Dibawa Ketika Kuarantin Di PKRC 2.0

Berikut adalah senarai keperluan yang di larang dan tidak boleh dibawa ke PKRC 2.0.

Barangan yang TIDAK BOLEH di bawa :
  • Rokok elektronik
  • Rokok/Tembakau
  • Minuman keras
  • Haiwan Peliharaan
  • Peralatan memasak
  • Daun terup
  • Senjatan api
  • Bahan beracun/Racun
  • Alatan tajam (kecuali sepit kuku)
  • Plug Tambahan

Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor

Kota ada lagi barangan yang rasa perlu bawa, pepandai laa korang tambah yerr.. At least korang dah faham dan sudah tau kan apa senarai barangan yang boleh dan tidak boleh di bawa, bersiap sedialah kita kot nanti kita kena ke PKRC tu kan.. 

Tapi kita minta laa di jauhkan yaa, kalau boleh nak kuarantin pun bior le dalam rumah sendiri aje, tapi tu laa tahap kesihatan kita, kita mana nak tau kan, Allahuakbar, takut sangat Sis kalau di fikirkan.. stress fikir sampai tidur tak lena di buatnya.. 

Moga Allah lindungi dan pelihara keluarga kita, sahabat kita juga saudara seislam kita dari wabak penyakit virus ni.. dah letih dah dah nak hadap kehidupan begini kan, tapi tu laa.. Kun Fa Ya Kun.. hanya DIA yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya.. 


P/S: Harini pun masih tertanya-tanya.. PKP ke tak PKP... malas nak amik tau, janji freezer aku dah full load tu dengan segala binatang hahahahaha.. adeiii

16 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. klu PKP pun kebarangkalian KL & Sgor je kot...

    btw... minta kita dilindungi la kan dari covid ni...

    ReplyDelete
  2. Tulah, tertanya dan tertunggu juga..apa sudahnya. Apa statusnya.

    ReplyDelete
  3. semoga kita semua dilindungi dari wabak ni

    ReplyDelete
  4. Saya perhati tengok perbezaan tempat kuarantin kat hospital dan MAEPS hari tu. Memang beza kan kak. Hospital takyah bawa baju. Jimat space bag. Takpelah, asalkan usaha kerajaan mengasingkan mereka yang bergejala ini lebih baik dr mereka kuarantin kendiri. Kadang rumah kecil kak.

    ReplyDelete
  5. bagus ada panduan macam ni, lani pun kes makin banyak. at least kalau ada ahli keluarga yang kena kuarantin kita pun boleh advise nak bawak apa

    ReplyDelete
  6. penting ni untuk amik tahu terutama keperluan mana yg perlu dibawa.. Supaya nanti tidaklah perlu kita sering meminta keluarga untuk hantar bekalan

    ReplyDelete
  7. Moga kita semua dijagaNya sentiasa dan pandemik nie menghilang dengan kadar segera. Pishang lama tak balik Sarawak nie huhu

    ReplyDelete
  8. Harapnya orang patuh la dengan arahan ni, sebab dengar cerita ada je yang bawa juga walaupun dah cakap jangan. Apa susah sangat, patuh je la arahan tu.

    ReplyDelete
  9. The number of cases getting crazy. I hope everyone follow the sop and stay safe.

    ReplyDelete
  10. Good to know! Mudah2an kita semua tak perlu lalui fasa kuarantine kat PKRC ni la.. hurm.. serious scary la keadaan kat luar sana... dengan cases beribu riban ni.. recently lagi ramai yang share parent mereka kena jangkitan COVID19 ni sebab dari anak2 yang balik dari ZON MERAH... siap ada video menangis2 lagi, i is kenot juga.. keluar air mata sekali..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih sis lin sharing. Perlu ambil tahu juga ni. Moga pandemik ni cepat syuhhhh syuhhh...Aaaminnn

    ReplyDelete
  12. Haritu tertanya2 juga apa brg kene bwk ke sana tu. Sebab lama kan duduj sana.. Brp baju. Ade yang share sebelum ni. Sis lin pun share.. Serba sedikitvtaula juga.. Tapi harap kita dijauhkan dri terkena covid.

    ReplyDelete
  13. thanks for the list of this its beneficial to many ppl going to quarantine centre. I wish I don't need it haha, stay safe ya everyone.

    ReplyDelete
  14. Bagus ada list macam ni. Sekurang2 siapa yang berada di dalam situasi ini, sudah ada panduan. Semoga semuanya dipermudahkan. Aamiin

    ReplyDelete
  15. Terima kasih share list ni. Senang nak refer. Kita pon takntau keadaan di sana. Semoga mereka dipermudahkan urusan di sana

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post