DOA HARI JUMAAT, JUMAAT TERAKHIR RAMADAN


DOA HARI JUMAAT, JUMAAT TERAKHIR RAMADAN | Ya Allah, sekejap masa berlalu, pejam celik, tinggal beberapa hari sahaja ramadan bakal pergi. Dan hari ini adalah Jumaat terakhir di bulan Ramadan (25 Ramadhan 1442H) bersamaan 7 Mei 2021. Dan inilah saat terbaik untuk kita memperbanyakkan  ibadah sebelum Ramadan pergi meninggalkan kita.

Sebagaimana yang kita tau, hari Jumaat adalah Sayyidul Ayyam (penghulu semua hari). Dari Abu Lubabah Al-Badri bin Abdul Mundzir, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hari Jumat adalah penghulu (pemimpin) di antara hari-hari lain dan yang paling agung dan dalam pandangan Allah (hari Jumaat) lebih agung daripada Idul Fitri dan Idul Adha."

Beliau memerintahkan umatnya agar menjadikan hari Jumaat sebagai hari beribadah dan memperbanyakkan berdoa kerana segala hajat-hajat akan dimakbulkan pada hari ini. Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Jumaat adalah sebaik-baik hari kala mentari terbit. Nabi Adam diciptakan pada hari Jumaat. Demikian pula ketika dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga. Dan tidak akan terjadi hari kiamat, kecuali pada hari Jumaat." (HR Muslim).

Doa Hari Jumaat, Jumaat Terakhir Ramadan

Di dalamnya juga terdapat satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Tidaklah seorang hamba yang beriman memunajatkan doa kepada Tuhannya pada waktu itu, kecuali Allah SWT akan mengabulkannya selagi dia tidak meminta yang haram. Oleh itu mari kita ikuti doa ini untuk dijadikan amalan.

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim ... 

Ya Allah dipagi Jumaat yang mulia  ini berilah kami rahmat Mu Ya  Allah, letakkan kami dalam  perlindungan Mu Ya Allah.

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami,  kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah kami memohon Ya Allah,  kurniakanlah kepada kedua ibu bapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah ingatkan kami bahawa rezeki kami tidak akan diambil orang lain, maka tenangkan kami Ya Allah.

Ya Allah ingatkan kami bahawa amal amal kami tidak mungkin dilakukan oleh orang lain, maka perkuatkanlah azam kami untuk beramal Ya Allah.

Ya Allah kuatkan dan sempurnakan iman kami. Ya Allah, terimalah taubat kami

Ya Allah, panjangkan umur kami, kurniakan kami keselamatan dan kesihatan yang baik.

Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar.

Ya Allah berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat dan masukkan kami ke dalam syurga Firdaus Mu Ya Allah.

Ya Allah didiklah diri kami untuk menerima segala kepahitan hidup dengan sabar dan redha kerana setiap kepahitan itu Engkau telah janjikan ganjaran kemanisan yang tidak terperi manisnya.

Ya Allah bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga akhlak kami, pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan peliharalah diri kami daripada membeci dan dibenci.

Ya Allah janganlah kami dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan harta benda, pangkat serta pengaruh.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami.

Dorongkanlah kami utk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami.Sesungguhnya kami adalah kepunyaanMu Ya Allah dan kepada Mu jualah kami kembali.

Masukklah kami dalam golongan orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dan hidayah Mu Ya Allah.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

Doa Hari Jumaat, Jumaat Terakhir Ramadan

Ingatlah, Ramadan ini akan datang setahun sekali sahaja tetapi bila sekali ia tidak datang maka ketahuilah pada waktu itu kita sudah menjadi ahli kubur.

Rebutlah peluang ini bersama-sama keluarga tercinta agar dapat membina keluarga bukan sahaja di dunia bahkan di syurga Allah.

Daripada Aisyah: Adalah Rasulullah jika masuk pada malam 10 malam terakhir, maka ia akan menghidupkan malam-malam itu, dan membangunkan ahli keluarganya, dan akan menjauhi daripada membuat hubungan suami isteri. - [HR Muslim 2008].


P/S: Moga Allah permudahkan urusan anak-anakku yang akan pulang hari ini.. aamiinn.. 

5 comments:

  1. Dah nak berakhir Ramadan. Sekejap je rasanya.

    ReplyDelete
  2. amin ya rabbal alamin. terima kasih atas doa

    ReplyDelete
  3. Sekejap jer kan Sis Lin..hari ni dah Jumaat yang terakhir dah dan rasa sekejap jer puasa tahun ni

    ReplyDelete
  4. salam jumaat..dh penghujung ramadhan..cpt masa berlalu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.