RINDU SUASANA KEMERIAHAN HARI RAYA DULU-DULU

RINDU SUASANA KEMERIAHAN HARI RAYA DULU-DULU | Bohonglah kalau kata semua orang tak rindu kemeriahan raya dulu-dulu. Dulu tu bukannya bertahun lama sangat, hanya dua tahun lepas aja.. yaa sejak tahun lepas, raya kita dah suram, dah tak semeriah dulu, semua benda di sekat-sekat, tak boleh dekat-dekat, ini adalah akibat dari wabak virus Covid-19 ni. Tak tau laa nak kata apa, dan kita pun tak boleh nak menuding jari pada sesiapa dah. 

Punca? Yaa sedia maklum satu negara tau puncanya dari negara mana, tapi punca merebaknya, secara umum pun semua dah sedia maklum juga.. tapi benda dah berlaku, nak cakap dan komen banyak pun dah tak guna. Sekarang fokus utama kita membendung dan memutuskan rantaian penualarannya aje. Sama-sama kita patuhi SOP yang di berikan. Kita nak meroyan pun, takut-takut kita juga langgar SOP. So better kita diam dan #KitaJagaKita aja. 

Harini juga jika apa yang di khabarkan, negara kita bakal sekali lagi akan di kenakan PKP secara menyeluruh seperti yang pernah kita alami ketika PKP 1.0 dulu. Benar atau tidak, kita sama-sama tunggu, di jangka petang ini akan di umumkan. Ingat, jangan buat pelbagai spekulasi, kita tunggu aje pengumumannya ya. 

Rindu Suasana Kemeriahan Hari Raya Dulu-Dulu

Raya Sis tahun ni pun cukup sederhana. Memang tak ziarah raya rumah memana pun, dan tahun ini juga tahun pertama Emak Sis takde beraya bersama, so memasing adik-adik Sis, kami beraya cukup sederhana. Tapi tetap dengan pakaian baju raya di pagi raya, menu juadah pagi raya tetap di hidang, dan yang penting, bermaaf-maafan di pagi raya. Semua dalam norma baharu. Janji raya tetap raya. 

Kalau suasana sebelum raya tu cumanya meriah laa sepanjang jalan rumah Sis. Memasing semua jiran tak balik kampung, so semua anak-anak jiran, tiba malam keluar depan rumah bermain bunga api dan mercun. Itulah rasa suasana raya yang ada. Dengan Suami dan anak-anak pun sama naik juga main mercun hahahaha.. 

Sambil-sambil Sis merewang memasak di dapur dengan anak-anak.. sambil tu bukaklah youtube, dengar lagu raya, takbir raya... kasi bangkitkan suasana raya.. kalau tak suram dan muram aje kann.. Alhamdulilah juga, tahun ni masih ada peluang beraya anak-anak semua balik bercuti. Takde sorang yang sangkut di kampus. Anak yang sulung dari MSU Shah Alam pun dah balik, yang bujang dari Politeknik Mersing pun balik juga, semua ikut surat merentas kebenaran IPT dan memasing semua drive kereta memasing. Alhamdulilah.. 

Tiba raya, suasana pun sama aje, bangun pagi, pakai baju raya, solat hari raya, bermaafan raya, makan menu raya, then #StayAtHome sambil layan drama tv. Kalau sebelum ni, selepas siap pagi raya, Sis sekeluarga akan ke rumah Emak di Kampung Melayu, menu raya pun Sis tapau aje bawa ke rumah Emak. Suami dan anak-anak solat hari raya di depan Mesjid Bulatan depan rumah Mak. 

Tapi sekarang.... ermmmm semuanya hanya di rumah.. rumah Emak pun hanya ada adik bongsu Sis, MamaDD. Tu pun Suaminya sangkut di Singapura dah dua tahun tak balik Malaysia. Berayalah dia anak beranak aja kali kedua berhari raya. 

Rindu Suasana Kemeriahan Hari Raya Dulu-Dulu

Kita dah makin redha dengan keadaan sekarang kan? Nak buat macam mana? Jenis yang berani aje laa yang berani langgar SOP, boleh pi ke sana ke sini, merentas negeri, beli karpet, pagi raya boleh ziarah raya dengan keluarga, sampaikan ada yang tengah pakai gelang kuarantin pun boleh berjumpa kawan dan buat party bagai.. so, ko nak marah kerajaan? ermm... 

Tepuk dada tanyalah hati.. kita ni patuh ke idok? Dah tau langgar SOP, simpan lee kesalahan tu, tak payah nak demand upload sana sini dengan bangga di laman sosial, so yang mendapatnya engko, kan dah turun naik mahkamah, dah kena kecam dengan kengkawan adoii.. susah kalau berfikir tak guna otak.. tapi takpe la, kalau banyak duit bayarlah kompaun, cuma kami marah, MENYUSAHKAN ORANG okay.. banyak benda kes lain nak di fikir, ni tak, tak habis-habis kes engko aje.. adoii.. 

Now kemeriahan hari raya di timeline sosial media dah macam berita TV, ada je kes hangat dan isu negatif dan isu yang remeh masuk, sampaikan isu kuah Laksa pun boleh jadi isu besar sekarang, tak ke ko rasa macam ermmmmm... adoii entah laa susah nak kata.. 

Yang penting.. "Palestine, tomorrow will be free" ... Allahuakbar.. alhamdulilah ala kulli hal for a ceasefire .. 

Korang macam mana? Rindu tak? atau ala bisa tegal biasa dah...? 


P/S: Buat masa ni, Sis lebih suka simpan kesedihan dan kesepian tu sendiri.. tak perlu tunjuk.. takut ada yang amik kesempatan atas kita.. 

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Psstt cantek gambo atas tu hehe..

    Raya yg sederhana aje.. Utg jgk adik badik ko ramai n dok dekat2.. Meriah jgk rumah hehe

    ReplyDelete
  2. Sama la sis...raya SA tahun ni sangat2 sedih...pada awalnya adik 2 orang akan beraya ngan SA, last2 x jadi sebab tak boleh berziarah kan...sedih betul rasanya...

    ReplyDelete
  3. rindu sangat sangat nak pelawa orang datang rumah... sejak pindah pekan, belum sempat lagi buat makan makan

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post