PERTAMA KALI MASAK NASI DAGANG TERENGGANU, ALHAMDULILAH MENJADI


PERTAMA KALI MASAK NASI DAGANG TERENGGANU, ALHAMDULILAH MENJADI | Masa mula nak mencuba memasak Nasi Dagang Terengganu ni, Sis takde keyakinan, sebab bahan dan barang untuk memasak resepi sebenar tidak lengkap di rumah. Lebih-lebih lagi untuk Nasi Dagangnya.. memang ada beras khas untuk buat nasi dagang ni dan juga untuk rempah karinya, ikutkan rempahnya ada rempah khas, tapi dah kata tadi tak lengkap, so memang takde keyakinan.. 

Akan tetapi, bila tengok resepinya Nasi Dagang Mat Gebu ni, dia guna aje beras yang sedia ada kita makan, dan di campur aje dengan beras pulut.. dan untuk rempah pun dia guna je rempah Rose tu.. tapi dah sana sini cari takde, Sis guna aje rempah kari Babas daging dan campur dengan rempah kari ikan, pun boleh tahan sedap dan menjadinya.. cuma bahan lelain semua ikut aje sama dengan resepi Mat Gebu tu.. 

Yang penting ikan tu haaa ko kena guna Ikan Tongkol, tak boleh nak tukar-tukar, kang jadi isu viral pulak kang hahahaha.. tapi kalau dah ko taknak, haaa ko ikut je laa sukahati ko, tapi jangan pulak ko bandingkan dengan kenegerian orang.. tak memasal kena kecam kang.. 

Bagi korang yang nak mencuba, haaa silalah.. 
Resepinya Sis copy paste je dari resepi Mat Gebu.. 

Pertama Kali Masak Nasi Dagang Trengganu, Alhamdulilah Menjadi

Resepi Nasi Dagang Terengganu
Resepi asal Mat Gebu 

Bahan-Bahannya : 
2 cawan penuh beras wangi*
1 cawan beras pulut* (*disatukan gaul rata. cuci dan rendam semalaman atau 8 jam)
2 cawan santan segar
1/2 camca teh gula
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
4 biji bawang merah, hiris halus
1 inci halia, mayang halus
1 camca teh halba

Cara Memasaknya : 
  1. Panaskan kukusan. Beras wangi + beras pulut yang direndam tadi, ditoskan. Taruk dalam kukus, letakkan daun pandan dan kukus selama 25 minit. 
  2. Sementara itu, masukkan garam secukup rasa dan gula ke dalam santan, kacau hingga rata. 
  3. Angkat beras dari kukus dan alihkan ke dalam mangkuk besar. 
  4. Tuang 1/2 bancuhan santan dan gaul rata, tambah hirisan bawang merah, halia dan halba. 
  5. Gaul lagi dan biar sekejap hingga santan meresap. 
  6. Masukkan kembali ke dalam kukus dan kukus 20 minit.
  7. Kemudian tuang kembali nasi ke dalam mangkuk dan curahkan baki santan tadi. 
  8. Gaul rata dan biar sekejap hingga santan meresap. 
  9. Kukus lagi kurang lebih 20 minit. Gemburkan nasi dan kukus sekejap lagi hingga nasi betul-betul masak..
  10. Boleh matikan api dan boleh hidangkan dengan gulai ikan tongkol, acar mentah dan telur rebus..

Pertama Kali Masak Nasi Dagang Trengganu, Alhamdulilah Menjadi

Gulai Ikan Tongkol

Bahan-Bahannya : 
1 ekor ikan tongkol @ ikan aye saiz sederhana besar
3 ulas bawang putih, diketuk*
1 inci halia, hiris*
1/2 inci lengkuas, hiris*
3 keping asam gelugor*
1 camca teh garam*
1 biji bawang besar, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca teh halba
1/4 camca teh jintan manis
2 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar penuh rempah masak cap rose* (Sis guna rempah kari ikan dan daging)
1 camca besar penuh rempah gulai cap rose* (Sis guna rempah kari ikan dan daging)
10 biji cili padi, belah 2 tapi tak putus setiap 1
1 biji bawang besar, belah 6
1 camca besar gula melaka
1 cawan pati santan
Air rebusan ikan secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan-Bahan di Kisar Halus : 
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 keping hirisan lengkuas
Secubit belacan (optional)

Cara Memasaknya : 
  1. Ikan tongkol disiang, kemudian kerat pada beberapa bahagian. Cuci bersih dan rebus dengan bahan-bahan bertanda (*) selama 1 jam, tambah air panas jika perlu. Kemudian matikan api. Asingkan ikan dan tapis air rebusannya. Ketepikan.
  2. Satukan rempah gulai dan rempah masak cap rose dengan bahan-bahan kisar halus. Gaul rata hingga menjadi pes rempah, ketepikan. 
  3. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar hiris, jintan manis dan halba hingga harum dan bawang layu. 
  4. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, kemudian tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Gula api kecil dan kacau sentiasa.
  5. Tuang air rebusan ikan tadi, kacau dan biarkan mendidih. 
  6. Masukkan ikan tongkol rebus, tuang santan dan masukkan gula melaka. Kacau perlahan, bila menggelegak, kecilkan api dan renih hingga pekat. 
  7. Tambah garam secukup rasa (rasa dulu sebab air rebusan ikan tadi dah ada garam) dan masukkan cilipadi belah. 
  8. Kacau perlahan dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. 
  9. Boleh hidangkan dengan nasi dagang.

Pertama Kali Masak Nasi Dagang Trengganu, Alhamdulilah Menjadi

Acar Mentah 

Bahan-Bahannya : 
2 biji timun
1 batang lobak merah saiz besar
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
6 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasaknya : 
  1. Timun dicuci bersih, kerat tiga atau empat bahagian, belah dua setiap satu dan buang empulurnya. 
  2. Hiris nipis seperti anak mancis, rendam sekejap dalam air yang ditambah sedikit garam. 
  3. Lobak merah juga dihiris sama macam timun dan direndam sekejap dalam air yang ditambah sedikit garam. 
  4. Rendamkan selama 15 minit, kemudian toskan dan perah airnya, ketepikan.
  5. Cili merah dikerat tiga, buang bahagian tengahnya dan hiris seperti anak mancis. 
  6. Bawang besar dibelah lapan dan leraikan. Ketepikan.
  7. Dalam mangkuk, masukkan cuka makan, garam secukup rasa (anggaran 1/3 camca teh) dan gula kurang lebih 2 camca besar penuh atau secukup rasa. Kacau hingga larut. 
  8. Masukkan hirisan timun, hirisan lobak merah, bawang besar dan cili merah. Gaul rata dan biarkan 10 minit, rasa dan jika ok boleh hidangkan..

Selamat mencuba.. 


P/S: Sekali dah buat menjadi kan, biasanya memang lama lee nak buat lagi, sebab takut tak menjadi hahahahaha... 

15 comments:

  1. ako kureng sket makan ngan ikan tongkol...
    ako slalu tukar dengan ayam...

    ReplyDelete
  2. Pernah 2 kali rasa nasi dagang . Boleh tahan jugak sedap tu .

    ReplyDelete
  3. lama pulak tak makan nasi dagang .. 😋

    ReplyDelete
  4. Wak suka nasik dagang ikang aya sebab lama duduk Tengganu.

    ReplyDelete
  5. menjadi helokk tu sislin. Sedapnya nasi dagang. Lengkap semua ada tu :)

    ReplyDelete
  6. Wahhh, not easy to masak Nasi Dagang ni duhal... tapi nak try juga la nanti... hopefully jadi .. banyak juga steps dia kan.. rindunya nak makan nasi dagang..

    ReplyDelete
  7. Wow......good recipe. I pun x pernah makan nasi dagang Terengganu. Thank you for sharing this recipe. Nanti boley la saya try ek.

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaaa nasi dagang. baca resepi macam mudah je nak buat sendiri krio krik haha

    ReplyDelete
  9. Ya Allah sedapnya. Agak renyah jugak nak buat ya tp bila dh jadi tu, nikmat betul ! Boleh try jugak nie

    ReplyDelete
  10. dah lama x buat..ala rindunya..mmg sedap buat nasi dagang...esp kalau rajin kena stim banyak kali tu memang kena rajin

    ReplyDelete
  11. Kak! Dulu kalau nak makan nasi dagang, arwah ayah mentua saya masakkan. Mak mentua masakkan kari ikan tongkol, kari ayam dan kami anak-anak menantu masak acar, goreng keropok. Rindu sangat waktu camtu kak. Ni dah dua tahun tak balik beraya. Menu yang paling dirindui.

    ReplyDelete
  12. tak pernah lagi buat sendiri..beli tu selalu sebab risau tak menjadi je

    ReplyDelete
  13. Ya Allah, terliurnya nampak nasi dagang tu, rasa macam boleh bau sampai ke sini kak. Pos sikit boleh? hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.