SUP PEDAS TETEL, BANYAK ISI DARI LEMAKNYA


SUP PEDAS TETEL, BANYAK ISI DARI LEMAKNYA | Ini kali beli tetel sangat puashati. Sebab banyak isi dari lemaknya. Bukan Sis beli di pasar, tapi kejiranan Sis sini ada open order jualan daging dan ayam, so ada dalam senarai tu Sis beli tetel dua kilo. Sebelum ni pun Sis beli tulang gearbox dengan orang yang sama ni. Memang puashati. 

So kali ni open order Sis belilah tetel dua kilo, tulang gearbox dua kilo, daging topside dua kilo dan paru dua kilo, tu semua beli buat stok dalam freezer. Untuk berapa lama tak tau.. sebab nanti masa total lockdown, anak Sis,Yana kan tak kerja, so kalau dia ada, dia rajin ke dapur memasak, ada je kang menu dia nak buat, sebab tu Sis belilah stok barang basah banyak sikit. 

Ayahnya pun semalam dah beli ayam dua ekor juga. Ikan? Tak payah beli, bersusun tupperware stok ikan dalam freezer tu haa.. tu semua ikan mancing Suami hahahaha.. 

Mulanya tetel tu Sis nak masak Dalca, kebetulan ada kacang dal tu, tapi tup-tup bila dah siap di lembutkan dalam Noxxa, tengok tetelnya kemain banyak isi dagingnya.. terus terlintas hati kata, 'Masak Sup Pedas sedap ni'.. nanti makan dengan mee hoon dan sambal kicap, kan kannnn.. 

Akhirnya jadilah Sup Pedas Tetal hehehehe.. 

Sup Pedas Tetel, Banyak Isi Dari Lemaknya

Sup Pedas Tetel, Banyak Isi Dari Lemaknya

Kalau dulu sebelum ada Noxxa, ermm bercintanya nak beli dan makan tetel weiii, silap rebus, tak cukup rebus, liat nak kojol laaa gigitnya.. tapi sejak ada Noxxa, kemain eksennnn ko.. bagi je laa berapa kilo pun daging, boleh je Sis ko masak hahahahaha... 

Walaupun sejak periuk Noxxa Sis jatuh, dan sekarang Noxxa tu dah macam orang OKU, tapi tetap berguna.. masih boleh guna, cuma kena tekniknya.. rasanya orang lain tak boleh guna Noxxa Sis tu, hanya Sis aje yang tau nak gunakan Noxxa OKU tu hahahahaha.. adeii sian laaa.. 

Ingat nak gak lee beli sebiji lagi Pressure Cooker lain, tengok dalam GoShop atau Shopee tu, menahan nafsu oii.. bawa bersabo Puan Sis Lin hahahaha.. kita tunggu laa 6,6 punya sale muahahahaha.. *bukan kata nak uninstall Shopee ke oiiii :p 

Sup Pedas Tetel, Banyak Isi Dari Lemaknya

Korang nak resepi ke? Pedas tu maksud dia, cili padi tu di ketuk dan di letak lada hitam dan lebihkan lada putih dalam masakan.. memang sedap wooo.. korang cubalah.. dan juga korang boleh je tukar tetel tu ke ayam ke, daging ke, ikan ke.. ikutlah sukahati ko.. 

Resepi Sup Pedas Tetel 

Bahan-Bahannya : 
1 kilo daging tetel *di rebus dulu kasi empuk
2 biji kentang di kerat 4
1 batang lobak merah dipotong kuib besar
1 labu bawang besar
4 biji bawang putih di hiris 
1 inci halia dihiris 
1 sudu teh lada hitam biji di tumbuk halus
8/9 batang cili padi  diketuk
3 sudu rempah kurma
Sebunjut sup *Sis guna sup bunjut tulang
Daun sup & Daun bawang
Bawang goreng
Serbuk lada putih
Garam dan perasa
Air secukupnya + secawan air rebusan tetel

Cara Memasaknya : 
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi
  2. Masukkan air, sup bunjut tulang, dan masukkan tetel
  3. Masukkan kentang, lobak merah, rempah kurma dan lada hitam 
  4. Bila mendidih dan kentang juga lobak merah empuk, masukkan cili padi dan lada putih 
  5. Masukkan garam dan bahan perasa, jika sudah masak taburkan bawang goreng dan daun sup dan daun bawang. . 

Selamat mencubanya.. 


P/S: Harini lagi fikir nak masak apa ekkkk.. ermmm korang ada idea tak?.. 

21 comments:

  1. selalu daging tetel dan daging cincang SA buat masak lemak cili api...boleh la cuba buat sup lepas ni sis...nampak sedap tu ha...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kakkkk... perah limau lg.. pergh... cicap kicap pedas kan? telor dadar jgn lupa mkn dgn nasik putih... imaginasi je ni.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. ish klu bab daging dan sup ni mmg xleh ckp apa la sedp sungguh

    ReplyDelete
  4. Bila ada rasa pedas-pedas ni buka selera Sis.

    ReplyDelete
  5. Sukanya saya daging tetel ni. Lagilah kalau sup pedas!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. hhaahaha periuk noxxa oku 不不不五五五五

    ReplyDelete
  8. mak aii..sedapnya sup tu..:)

    ReplyDelete
  9. Torture nyaaaaaa kika diet kakkk

    ReplyDelete
  10. perghhh
    sedapnya
    lapar terus tengok pagi-pagi nih..
    hahaha

    ReplyDelete
  11. Sedap tu...boleh bukak warong atau jual kat foodpanda...ok tak cadangan ni?
    .......
    Jom layari filem10minit.blogspot.com filem seram pendek

    ReplyDelete
  12. Haaaa... kalau masak tetel ni Husband Sal suka sangat SisLin. Nnati Sal share resepi dengan dia dan for sure dia akan try test .. huhuhu. Tq tau sudi share resipi

    ReplyDelete
  13. Wah tetel, memang sedap betul tuu, bila makan mesti bertambah2 sebab leka mengunyah dia tu kan haha. Selalu masak style pedas2 memang ngam betul since dia mcm berlemak2 kan. Fuh kecur air liur hehee

    ReplyDelete
  14. selalu daging tetel buat asam pedas, tak pernah tau boleh buat sup hehe nampak sedap gak eh

    ReplyDelete
  15. Akak sedapnya! Memang best lah. Sup camni pada musim pandemik buat panas badan menang syok. Sekarang ni rasa mcm kesejukan je kan. Saya daging tetel asam pedas pun layan. Tak sabar nak tunggu raya Qurban kak. Mesti ada daging tetel. Hehehhe.

    ReplyDelete
  16. ohh woow....I am a soup lover, all kind of soup will cheer me up, this sharing making me hungry craving for a hot bowl :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  17. Wahhh! temptingnya tengok sup ni.. masak sendiri memang sangat puas hati kan.. nak makan kat luar ni, kadang2 portion dia tak puas kita makan and kinda pricey kan sup macam ni..

    ReplyDelete
  18. kite sampai sekarang confuse daging tetek tu bahagian mana. dorg ckp buat asam pedas pun sedap kan sis? cuma kalau khai tak suka kalau bau daging tu kuat sgt mcm sup tu kurang lah sikit especially gearbox memang tak makan

    ReplyDelete
  19. Wow, the sup looks so delicious! I love sup with many ingredients its very nice to drink right! I have to make this for my family during this MCO

    ReplyDelete
  20. Wah this sup tetel nampak sedap dan memang banyak isi and ingredients than lemak.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.