HARI KEDUA PULUH DUA BERBUKA PUASA AKU BELI IKAN BAKAR SIAKAP BELATUQ


HARI KEDUA PULUH DUA BERBUKA PUASA AKU BELI IKAN BAKAR BELATUQ | Makin hari makin tak tau nak masak apa, naik jem juga otak, walaupun hari-hari masak juga. Dan hari kedua puluh dua, sekali lagi Sis berbuka sengsorang, Yana ada majlis berbuka puasa dan Suami pula, ermm dah malas nak bertanya, sibuk macam mengalahkan menteri.. dari bertanya menyakitkan hati, baiklah fikir apa yang nak di makan..

Fikir punya fikir, bukaklah FoodPanda, dan akhirnya Sis order je laa Ikan Bakar Siakap Belatuq ni. Kalau ikutkan dari rumah Sis ke kedai Ikan Bakar Belatuq ni tak sampai pun 5 minit, kat depan tu je, tapi malas nak bersiap nak keluar, so kita berbagi rezeki kat budak FoodPanda je la, so kita order online. 

Ingat nak order Ikan Bakar Caru, tapi takut kang Carunya sekecik ibu jari pulak hahahaha.. so takpe, kita order ikan siakap bakar. Kalau kecik pun puashati sebab siakap kecik macam mana pun, isi tetap banyak hehehe.. dan juga isinya lembut.. kalau caru, dah kecik, kang isinya agak keras, kan?.. 

Hari Kedua Puluh Dua Berbuka Puasa Aku Beli Ikan Bakar Belatuq

Hari Kedua Puluh Dua Berbuka Puasa Aku Beli Ikan Bakar Belatuq

Nak makan ikan bakar yang sedap memang jenis ikan bakar sambal gini, kalau ikan bakar yang cecah air asam ke, haaa tu dah feel lain.. Tapi yang jenis bakar sambal gini, beralaskan daun pisang, haaa memang sedap giler.. kalau makan memang licin habis semua hingga ke tulang.

Sis beli sekor aje, harganya RM34 hengget.. tapi saiz dia agak besar. Alhamdulilah rasa sambalnya pun sedap.. mudah lerr lepas ni kalau nak makan ikan bakar, tak payah pergi jejauh, depan mata nunn ado.. Dan yang penting sedap, dan sambalnya di masak garing... so far sehari selepas tidak ada sakit perut.. 

Yaaa paling takut nak makan sesambal ni oii time puasa, salah beli, mau cirit birit.. kali ni alhamdulilah.. 

Hari Kedua Puluh Dua Berbuka Puasa Aku Beli Ikan Bakar Belatuq

Kan dah kata Sis makan sengsorang, so memang makan licin tanpa meninggalkan sisa laaa.. Suami balik di tanya pulak ada lagi ke tak, sebab Sis tunjuk dalam group Family.. ermmmmm katanya lapar, last-last masakkan dia Maggi Goreng.. 

Sis kalau dah berbuka sengsorang, memang tak kowser nak masak bagai, so siapa yang balik rumah, silalah pepandai beli makanan.. *ayat macam merajukkan.. hahahahaha..

Bila berbuka sengsorang, tetap juga time makan sedih sampai menangis kali ni, entahlah, sejak-sejak ni sensitif sangat rasa.. bulan ramadan kali ni pilu hati rasa.... bermacam perasaan, geram, sakit hati, sedih, semua ada.. tak tau nak luah pada siapa, tanggung je le sengsorang.. dan rasa tak perlu nak bercerita dengan sesiapa.. hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.. 

Dah dah, jangan ko layan emosi Sis ni.. Sis ni memang gini HATI TISU.. sekian.. 


P/S: YA, hanya Allah Maha Mengetahui segalanya.. 😔

1 comment:

  1. sedap ikan bakar letak pes dari cecah air asam..:)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.