HARI KEDUA PULUH EMPAT BERBUKA PUASA AKU MAKAN YONG TAU FOO SENGSORANG


HARI KEDUA PULUH EMPAT BERBUKA PUASA AKU MAKAN YONG TAU FOO SENGSORANG | Yaaa laaa sekali lagi berbuka puasa sengsorang again... ishh paling tak suka perasaan tu laa.. tahun ni paling banyak berbuka puasa sengsorang.. Suami balik kalau duk pujuk Sis pun, menangis macam orang haperrr... huhuhu.. sensitif sangat lately ni.. tak tau kenapa..

Semalam anak Sis,Yana pergi berbuka puasa di rumah bakal mertuanya, sebab semalam harijadinya tunangnya tu.. Suami pula ada majlis berbuka puasa dengan budak opis, petang tu dia mengajak, tapi Sis malas nak ikut.. memang takde mood nak join memana berbuka puasa dalam minggu ni. Ada kawan ajak berbuka pun Sis malas. 

So dah sengsorang aje semalam, makanya Sis order je laa Yong Tau Foo kuah hitam dua bungkus. Sebab pernah order, sebungkus dia tak berapa banyak, time puasa ni kang, sebungkus makan tak cukup, so belilah dua bungkus hahahaha..


Ikutkan mood, semalam nak amik gambar pun malas, tu yang main snap je laa mana dapat. Mood kelaut.. kang tak amik, tergantung pulak cerita ramadan Sis.. so tangkap je la asal boleh, janji ado hahahaha... tapi sekali nengok kecur le pulak weii hahahaha.. 

Dah 3 kali Sis membeli Yong Tau Foo seller ni, memang sedap.. teramat sedap. paduan kuah dan bahannya cukup terasa dan mantap.. yeee memang puji lelebih sebab memang sedap.. tak rugi membelinya..

Sis jumpa seller ni pun dalam group delivery Pasir Gudang. Ramai komen semua kata sedap, tu yang beli tu.. 



Sebungkus RM10 sahaja, cuma caj penghantarannya agak mahal RM5.. lupa pulak nak tanya dia dari mana. tapi tak kisahlah usah berkira, keadaan begini nak keluar pun agak gusarkan, so beli je la online, tau-tau sampai depan rumah. 

Kalau keluar pergi beli, takut pulak lain mendapatnya bawak balik... anggap laa kita berbahagi rezeki kepada mereka. struggle mereka nak menghantarnya kita bukan tau kan.. so ikhlaskan aje la.. 

Yang penting sedap.. tu mesti.. 

Korang kalau nak mencubanya, boleh contact Niezam +60 11-6115 8260..
Kita berkongsi rezeki okay.. 
Alhamdulilah.. 


P/S: Yay.. anak-anak semua dah balik... alhamdulilah.. esok Mak masak sedap-sedap ya.. 

5 comments:

  1. ASsalamualaikum sislin... Waaa, tengok yong tau foo dia ni pun memang wallaah!!! sedap nampak. perempuan mmg mcm tu, ada masa ada berdepan dengan semangat semua benda malas nak buat. ehheheh

    ReplyDelete
  2. Sis lin .walau hanya berbuka yong tau foo je tp cukup buat SA tergoda...

    ReplyDelete
  3. Selamat berbuka puasa sensorang
    Yang penting juadahnya sedap.

    ReplyDelete
  4. Alahaiiii, sedapnyaaaa.... Lelagi tengok pepetang ginih!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.