PASPORT KORANG UNTUK MENIKMATI SAJIAN MAKANAN BERTARAF LIMA BINTANG DI DESARU COAST RAMADAN INI


PASPORT KORANG UNTUK MENIKMATI SAJIAN MAKANAN BERTARAF LIMA BINTANG DI DESARU COAST RAMADAN INI | Kalau sebut aje Desaru Coast, mestilah nama-nama Hotel bertaraf 5 bintang yang bermain di fikiran korang kan? Yee sama laa dengan Sis.. paling di kenali adalah Hard Rock Hotel Desaru Coast tu.. 

Buat masa ni, belum ada rezeki menginap di kesemua Hotel di sana, tapi dah banyak kali jejak ke Hard Rock Hotel Desaru Coast tu atas program CSR HDRC mereka.. dan terbaru Sis juga dah sampai ke Anantara Desaru Coast Resort & Villa sempena Media Preview Buffet Ramadhan mereka di restoran Tumeric mereka. Sangat terujaa wooo.. indah sungguh view di sana.. 

Dan sempena Ramadan ni, korang boleh nikmati 3 daripada 4 pengalaman Bufet Ramadan yang menakjubkan di destinasi resort premium dengan harga RM150 sahaja!.

[Baca Juga] : Makan Bufet Ramadan Di Anantara Desaru Coast Resort & Villa Dah Macam Bercuti Di Luar Negara

Pasport Korang untuk Menikmati Sajian Makanan Bertaraf Lima Bintang di Desaru Coast Ramadan Ini

Berlatar belakangkan hotel-hotel, resort dan tarikan yang terkenal di seluruh dunia, termasuk Anantara Desaru Coast Resort & Villas, The Westin Desaru Coast Resort, Hard Rock Hotel Desaru Coast, dan The Els Club Desaru Coast, Desaru Coast telah merancang pelbagai sajian makanan pada bulan Ramadan yang bertaraf lima bintang. 

Tawaran hebat ini bermula dari 13 April hingga 12 Mei 2021 di seluruh destinasi.

Setiap hotel dan tarikan destinasi bakal menghidangkan pelbagai jenis bufet, menu set dan tawaran àla-carte, kepada tetamu dan pelawat secara eksklusif. Hidangan disediakan oleh tukang masak yang terlatih dan berpengalaman serta di antara yang terbaik di Malaysia. Setiap restoran telah mencapai tahap yang tertinggi dalam menyajikan masakan tradisional Malaysia, dengan hanya menggunakan bahan masakan yang berkualiti dan terpilih sahaja.

Selain itu, untuk benar-benar bagi korang menikmati tawaran bufet Ramadan bertaraf 5 bintang di destinasi ini, 100 pengunjung bakal berpeluang menikmati hidangan bufet di seluruh Desaru Coast dengan membeli Pasport Sajian Ramadan yang berharga RM150, promosi buat julang kalinya ini akan dilancarkan secara ekslusif di www.desarucoast.com

Terhad kepada 100 pembelian pertama dalam talian, tetamu boleh menikmati sajian masakan yang menarik ini sambil menghayati Ramadan dan menjamu selera di mana-mana 3 daripada 4 restoran di seluruh destinasi.

Ya rabbi, murahnya oiii... rugilah siapa yang tak grab promosi ni.. 

Menikmati Sajian Makanan Bertaraf Lima Bintang di Desaru Coast Ramadan Ini

Pasport Sajian Ramadan Desaru Coast
Restoran dan tempat yang mengambil bahagian:

1. Turmeric di Anantara Desaru Coast Resort & Villas
2. Seasonal Tastes di The Westin Desaru Coast Resort
3. Sessions di Hard Rock Hotel Desaru Coast and
4. Els Ballroom di The Els Club Desaru Coast, Ocean Course.

Pasport ini adalah terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Bermula: 13 April hingga 12 Mei 2021
Harga: RM150
Tempah dalam talian www.desarucoast.com

Sebarang pertanyaan, hubungi Concierge Destinasi di talian 07-277 2058 atau Whatsapp +6019 791 2217

Anantara Desaru Coast Resort & Villas
Turmeric

Istilah yang lebih ramai, lebih meriah adalah maksud Ramadan di Tumeric. Bertemakan Selera Malaysia ini menawarkan tiga menu tersendiri untuk dipilih oleh tetamu. Pelbagai hidangan utama yang lazat termasuk Pari Masak Asam Pedas, Sambal Kupang, Daging Masak Kicap Berempah, Kambing Kurma Berkentang serta menu masakan Thai Siam.

Tempahan boleh dibuat sebelum 16 April membolehkan korang menambah 2 tetamu tambahan untuk menjamu selera secara percuma bagi setiap 10 orang dewasa yang membayar (Buy 10 FREE 2). Pengunjung yang membeli promosi “Early Bird” berpeluang memenangi penginapan 3H2M termasuk sarapan untuk  2 orang, atau sesi Anantara Spa percuma untuk 2 orang.

Bermula : 13 April hingga 12 Mei 2021
Harga : RM128 (Dewasa) RM64 (Kanak-kanak)
Waktu operasi: 6.30 petang – 10 malam
Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi 07-828 0888 atau e-mel kepada fb.ades@anantara.com

Pasport Korang untuk Menikmati Sajian Makanan Bertaraf Lima Bintang di Desaru Coast Ramadan Ini

Westin Desaru Coast Resort
Seasonal Tastes

Seasonal Tastes menghidangkan tetamu dengan Selera Citarasa Johor yang terdiri daripada pelbagai hidangan tempatan Johor. Hidangan tradisional yang unik ini tidak boleh dinikmati di tempat lain selain daripada di sini. Juga selain itu terdapat hidangan sampingan yang akan melengkapkan sajian tradisional korang seperti Ulam-Ulaman Desa, Sambal-Sambal Tumbuk, Warisan Rempah dan Kari Chef Parthiban.

Bermula : 19 April hingga 16 Mei 2021
Harga : RM128 seorang
Waktu operasi: 6.30 petang – 10 malam
Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi 07-838 3333 atau e-mel kepada sales.desaru@westin.com

Pasport Korang untuk Menikmati Sajian Makanan Bertaraf Lima Bintang di Desaru Coast Ramadan Ini

Hard Rock Hotel Desaru Coast
Sessions

Sajian masakan Desaru Coast diteruskan di Sessions di Hard Rock Hotel. Sajian Makan Malam Malaysia ini menampilkan hidangan tempatan seperti Asam Pedas Betis Kambing, Pajeri Nenas Udang Masak Ros dan Kambing Golek. Buat tempahan awal dan nikmati promosi “Early Bird” untuk lebih penjimatan!

Bermula : 13 April hingga 12 Mei 2021
Harga: RM98 bersih (dewasa), RM49 bersih (kanak-kanak)
Waktu operasi: 6.30 petang – 10.30 malam
Untuk tempahan atau pertanyaan, emel fnbmarketing@hrhdesaru.com atau whatsapp 011-1111 0899.

Sessions juga menghidangkan makan malam bufet yang bertemakan Rocking Raya pada 13 dan 14 Mei dengan harga RM108 bersih untuk setiap orang dewasa dan RM54 bersih setiap kanak-kanak. 

Pasport Korang untuk Menikmati Sajian Makanan Bertaraf Lima Bintang di Desaru Coast Ramadan Ini

The Els Club Desaru Coast, Ocean Course
Els Ballroom

Kelab Els adalah salah satu kelab golf terulung di negara ini, dengan padang golf bertaraf dunia yang direka khas oleh Ernie Els sendiri. Untuk bulan Ramadan ini, Kelab Els juga merupakan lokasi bagi majlis makan malam separa bufet iaitu Els Sinar yang menampilkan menu Selera Kampung. Menu ini menggabungkan dome set, gerai dan pelbagai hidangan bufet untuk dipilih oleh tetamu. Sajian nostalgia termasuk Kambing Pangang, Daging Kalio, Sotong Masak Hitam dan Ikan Masak Minang. Tempahan awal turut mendapat diskaun!

Bermula : 16 April hingga 9 Mei 2021
Harga : RM80 (dewasa) RM40 (kanak-kanak). Early Bird Specials untuk tempahan sebelum
14 April: RM65 (dewasa)
Waktu operasi : 6.30 petang – 9.30 malam.
Untuk tempahan atau pertanyaan, emel ravindran.sundaram@elsclubmalaysia.com atau hubungi 016 774 4038.


P/S: So apalagi, silalah buat pilihan dan tempah sekarang, pasti berbaloi ❤

12 comments:

  1. Wak berbuka puasa kat rumah aje.

    ReplyDelete
  2. Nasib jauh dan tak leh merentas..kalau boleh lama dah pergi sana

    ReplyDelete
  3. Tak leh merentas la pulak. Asyik nampak buffet ramadhan area johor je. Nampak banyak juga menu yang dihidangkan tu.

    ReplyDelete
  4. Bestnya akak. Seronok akak di Johor ada maciam-maciam yeeeeee. Nanti dah bleh merentas, dpt jumpa akak pun jd la. Hahaha.

    ReplyDelete
  5. wow mega nya sis tempat! nampak pun very sedapp. kalaulah dorang buat buffet macam ni all the time. fuhh heaven kan

    ReplyDelete
  6. Bertuah la sapa yang dapat grab promosi nie. Desaru Coast plak tu kan. Jealous plak orang Selangor bila ada promo gini

    ReplyDelete
  7. Culinary Passport tak tahan tu ingat boleh dah travel mana-mana rupanya nikmati makanan dari pelbagai negara hehehehe best tapi jauh pulak nak rentas negeri tak lepas ni macam mana nak datang cuba..

    ReplyDelete
  8. Menarik ye ada passport culinary macam ni.. harga pun sangat berpatutan since ni hotel berprestij juga kan.. sebut pasal passport, rindunya buku merahku yang sedang berehat for almost a year plus dah skrg.. :P

    ReplyDelete
  9. Ingatkan passport nak travel lah tadi hehe..passport da berkulat ni haha..wah menarik menu menu dia

    ReplyDelete
  10. Lama x pergi desaru.. wah makanan kat sini semua not bad. Sedap2 belaka

    ReplyDelete
  11. aduiii meruntun hati nie nak merentas ke sana. hanya mampu tengok jelah kita Sis Lin. Nampak sedap betul menu2nya

    ReplyDelete
  12. untung dpt makan kat sana.. tempat menarik, makanan semua nampak sedap-sedap..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.