LEPAS BACA TIPS NI, ESOK AKU NAK BELI TEMBIKAI


LEPAS BACA TIPS NI, ESOK AKU NAK BELI TEMBIKAI | Entah kenapa, tahun ni takde pulak rasa nak beli buah tembikai, padahal tahun sebelum-sebelum ni, mesti beli sebiji. Kalau tak makan time berbuka, Sis makan time Sahur dengan nasi.. korang pernah cuba? Sedap woo, ni arwah Abah laa yang mengajonya hehehe.. time kecik-kecik dulu kalau Sahur mesti ada buah tembikai.. 

Cuma tahun ni, boleh pulak masa pi belanja, beli buah oren aje.. dek sebab dah pandai pilih buah oren yang manis, tu lee kejenya asyiklah membeli oren hahahaha.. yee buah oren kalau pandai pilih, kompom dapat isi yang manis. Yaa tips memilih buah oren, pastikan pilih yang 'montot' buahnya lobang besar hahahaha.. Eh tak caya, nanti ko pi pasar, ko belek montot oren tu yaa, kalau lobangnya besar, haaa manis le tu.. 

Dan tadi lepas aje berbuka, sambil menunggukan Isyak, ehhh sempat pulak membelek FBnya Dr Zubaidi Hj Ahmad. Sis suka baca FBnya dan mencari info kesihatan. Penulisannya ringkas dan mudah faham. 

Dan tiba-tiba ternampak posting pasal Manfaat Mengambil Tembikai Ketika Berbuka (Iftar), so Sis nak kongsikan laa di blog Sis.. moga bermanfaat buat semua pembaca Sis.. 

Lepas Baca Tips Ni, Esok Aku Nak Beli Tembikai

Manfaat Mengambil Tembikai Ketika Berbuka (Iftar),

Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.

Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.

Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.

Mengikut kajian sains pula, buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.

Tembikai mempunyai Glycemic Index yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas. Oleh kerana kita hanya mengambil beberapa ulas saja, ia tidak memudaratkan.

• Nasi putih GI: 72 (tinggi) 150 kalori/100g
• Tembikai GI :72 (tinggi) 30 kalori/100g 
• Kurma GI: 42 (rendah) 282 kalori/100g

Semasa menjalankan ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku. Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari. Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food). Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.

Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Ia mengandungi 92% air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas.

Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwrna merah seperti tomato. Satu gelas tebikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg lycopene. Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat.

Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.

Tembikai juga mengandungi sebatian citrulline, yang merangsangkan pengeluaran bahan nitric oxide, yang berfungsi sebagai merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami mati pucuk (erectile dysfunction) dan tekanan darah tinggi. Bila salur darah mengembang ia mengekalkan perjalanan darah dalam saluran koronari pada jantung.

#SisSharing 


P/S: Haa jom esok beli buah tembikai hehehehe.. 

25 comments:

  1. Ya Allah...buah paling maniss....nyaman tekak kalau dapat makan

    ReplyDelete
  2. Tadi i berbuka dengan air tembikai... Sodap! Lamaaaa tak minum... i love tembikaiii toooo

    ReplyDelete
  3. nice sharing :)
    kalau dapat buah yg manis terus terasa nikmatnya..haha

    ReplyDelete
  4. bestnya buah tembikai.
    tapi kebanyakan penanam tembikai menggunakan racun serap untuk mengawal serangan serangga

    ReplyDelete
  5. uwh mcmtu nak cari buah oren manis ye. tembikai jus pon sedap kan sis.

    ReplyDelete
  6. Bagus tips berbuka puasa ni. Tembikai dan kurma.

    ReplyDelete
  7. Salah satu buah kegemaran PC ni Sis.

    ReplyDelete
  8. kami sejak dari puasa pertama memang tembikai sebagai buah pembuka. Edy beli tembikai sebijik yang besar bahagi 2, memang nyaman je ditekak

    ReplyDelete
  9. Tembikai ni kalau buat jus perghhhh rasa lega ya amat ditambah ais. Minum pulak waktu berbuka. Sis selalu minum air teh o panas masa berbuka.

    ReplyDelete
  10. Kena la cari tembikai lepas ni kan..nak pilih tembikai yang elok pun payah gak tu...x reti pilih tembikai ni...

    ReplyDelete
  11. Baru beli tembikai hari tu tp buat jus tembikai. MMg suka makan tembikai bulan puasa sbb kandungan air tinggi.

    ReplyDelete
  12. cop! sis makan nasi dengan tembikai ke? apa rasa dia? aaahah curious nak tahu. btw kite pun suka tembikai. fav!

    ReplyDelete
  13. Tembikai memang buah fav. Bila makan tu mcm lega je tekak lagi2 makan time sejuk. hehehe

    ReplyDelete
  14. Rawlins memang minat tembikai nie. Ada sekali tu makan sampai dua bekas, esoknya terus semput. Hahaha. Tu la orang kata bersederhana - ko melantak kan.
    Semput/asma nie makan seulas dua tak pe kan?

    ReplyDelete
  15. anak anak i memang hantu tembikai !! hahaha... tapi i pula macam problem sikit kalau makan buah tembikai banyak banyak ni.. makan tengahari okeylah sejokkan badan tapi kalau malam rasa macam kena bentan lak hahaa

    ReplyDelete
  16. kalo batuk, jangan amek..sebab sifatnya sejuk..ye pasal buah oren tu betulll sangat! pernah pilih yang macam tu, bontot berlubang besar dan macam nak terkeluar peranakan oren tu la yang manis..hahahahah

    ReplyDelete
  17. I see br tau. Hari tu buka puasa kat cafe Turki dia bg kurma dgn tembikai. Tp sis batuk tak ley selalu makan.

    ReplyDelete
  18. Baru semalam berbuka dengan tembikai. Saya memang kerap makan tembikai sbb baik utk gastrik.

    ReplyDelete
  19. wahh perkongsian yang bagus.. lepas ni nak berbuka kene ade buah tembikai ni. Pergi beli groceries nanti beli buah tembikai lebih siket..hehe rumah iena jauh sket nk beli groceries..beli seminggu sekali huhu

    ReplyDelete
  20. Mmg bagus makan tembikai sebab kalori dia rendah. Suka dengan kemanisan buah ni

    ReplyDelete
  21. Saya memang pencinta tembikai. Tembikai merah, kuning dan tembikai susu. Kalau beli tembikai ambil yang berat. Air masih banyak. Ketuk gedang skit. Ok bagus. Hehehee. Masa musim panas memang sedap tembikai ni. Sebiji bleh setel. Hahahha.

    ReplyDelete
  22. We love watermelon too! Juicy and sweet and oh so refreshing during hot days! Lucky we are living in tropical so we can have watermelon anytime

    ReplyDelete
  23. Ni la my mom punya favorite taw.. :) sampai i dah phobia with tembikai skrg..cium bau tembikai jer sure naik bulu roma... sejuk2 seram.. but tak menafikan memang banyak khasiat pun tembikai ni.. kemana2 jer yang serve ada fruit platter, mesti ada tembikai.. :)

    ReplyDelete
  24. Mmg dulu pun arwah nenek kalau berbuka mesti Makan tembikai Dan kurma dulu.. Rupa nya Ada asbab sebab nya... Kena amalkan balik lah.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.