INILAH DI NAMAKAN REZEKI RAMADAN


INILAH DI NAMAKAN REZEKI RAMADAN | Masa mula-mula Suami kata nak pergi memancing, Sis berkerut kening dengar, sambil kata; 'Puasa ni pi mancing tahan ke?'.. terus laju Suami jawab; 'Tahan, kan selalu pergi time puasa'.. hahahaha iyer laa, tapi macam pelik aje kan time puasa pergi mancing ishhh.. 

Tapi kalau dah kata minat dan hobinya, takde kuasa yang boleh menahan kecuali le kalau hujan hehehehe.. tapi semalam lepas Sahur dan Subuh, cuaca elok jee, sebab Sabtu tu dah hujan lebat kan so Ahad mesti panas. 

Suami mancing di Kong Kong Laut jer, kalau dari rumah Sis sini memang dekat lerr.. tu yang ibarat jadi rumah ke-duanya di sana.. kadang balik kerja dari Penggerang tu pun ehhh kalau telefon di tanya di mana, tau dah kat mana, kat Rakit Ujang aje lee dia.. seronok katanya lepak sambil nengok orang balik darat bawa hasil pancingan.. 

Dan semalam lepas Subuh Suami gerak.. Siap Sis doa kata kat Suami, harap-harap bawa le balik Ikan Duri ke.. boleh masak Asam Pedas, sekali haaaa bukan anak Ikan Duri, sekali Bapak Ikan Mayong Suami bawa balik hahahaha.. 

Masa petang waktu dah nak hampir berbuka, Anaknya call tanya di mana, katanya dah otw tapi tak sempat nak buka rumah, dia belinya makanan dulu dan buka dalam kereta katanya.. sebab nak mencari air kelapa katanya.. 

Kemudian Yana tanya; 'Dapat ikan ke?', Suami kata; 'Mestilah ada, Ayah bawa balik Ikan besar ni untuk Mak'.. dalam hati Sis tak lain tu mesti ikan Tebal Pipi atau Jenahak atau Ikan Unga...

Sekali dah sampai rumah, kusss semangat, Sis buka tong ikan, tersandar besar Ikan Mayong ko...

Inilah Di Namakan Rezeki Ramadan

Inilah Di Namakan Rezeki Ramadan

Haaa ko tengoklah betapa besarnya Ikan Mayong tu.. sebesar tapak tangan Sis kepingan ikannya.. Yaaa Sis suruh Suami sekali jalan tolong nyiangkan ikannya, kang susah Sis nak motong sengsorang kang.. dah siap nyiang senang Sis nak masak. 

Masa motong pun, kemain merah darah ikan tu, ye laa ikan baru kann, baunya pun segar ko.. ikan laut kalau dapat terus masak memang sedap, tapi sebab dah malam kan, so kita kasi simpan dulu, esok-esok kita asam pedaskan dia satu persatu.. 

Inilah Di Namakan Rezeki Ramadan

Inilah Di Namakan Rezeki Ramadan

Alhamdulilah, inilah di namakan rezeki Ramadan.. Ikan Mayong hasil dari laut yang Suami mancing. Sis memang suka ikan bermisai ni, tapi Suami tak gemar hehehe.. nasib baik anak Sis,Yana pun suka, cuma semalam dia cakap dalam group family kata; 'Habislah Kak, menu Ikan saje laa Mak masak' hahahahaha... 

Kalau ada Kakaknya, memang mengeluh laaa dia tengok ikan-ikan ni hahahaha.. tapi kalau anak bujang Sis dia suka, dia sama macam Sis suka makan ikan bermisai.. 

Ikan Mayong ni sedap di masak Asam Pedas aje, tapi ada kawan Sis komen di facebook semalam, katanya masak kari pun sedap.. Macam menarik, nanti boleh cuba, lagipun ikannya pun banyak tu..

Yang saiz sedang-sedang tu Sis sedekah bagi pada jiran dekat.. banyak sangat plak kann.. kang ada muncung mulut Sis ko macam ikan mayong tu hahahaha...

So korang nantikan laaa menu Asam Pedas Ikan Mayong Sis yaa jeng jeng jeng... kalau rajin nak masak petang nanti.. tungguuuu.. 


P/S: Now hujan lebat gilerr.. tempat korang hujan tak?.. 

16 comments:

  1. alhamdulillah rezeki sungguh tu..besar gilerr ikannya!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan.
    Sedapnya asam pedas ikan mayong, tambah-tambah kalau ada telurnya sekali, memang nikmat kan Sis?

    ReplyDelete
  3. memang sesuai masak asam pedas ikan mayong ni

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah rezeki tu. Banyak pulak ikan2 tu. Sis macam tak pernah makan ikan mayong ni.

    ReplyDelete
  5. wahh rasanya kali pertama saya dengar nama ikan mayong ni. banyak betul hasil tangkapannya. Alhamdulillah rezeki bulan puasa kan. Tak sabar tunggu resipi asam pedas tu sebab sebagai orang Melaka, asam pedas memang favourite saya juga. hehe

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaa ikan fresh. isi manis je. bae suka mancing tapi dah lama tak join geng mancing sebab suami tak reti mancing huhuhu

    ReplyDelete
  7. ohh wowoow....congrats of the big big fish, really really a big rezeki akak. I wish I am your neightbourhood can share some of the fish slices :P cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. Tu dia. Ingatkan sekoq sis, rupanya banyak dia dapat bawa naik. Rezki betul tu. Nanti Sis share la pula kejadian asam pedas dan kari ye.

    ReplyDelete
  9. Allahu. Ayu kalau Bab menyiang ni memang malas Sujit. Tapi laki ayu LAGI malas. So terpaksa Gak buat ekejeje

    ReplyDelete
  10. Wow, besar2 ye ikan ni, sure syok time pancing and try to naikkan tangkapan... not an easy task! betul2 rezeki ni..

    ReplyDelete
  11. wow banyaknya rezeki sis lin during this holy month. cant wait to see what you are going to cook with them!

    ReplyDelete
  12. Wahhh segarrr dan besar ya semuanya. memang rezeki sungguh. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  13. Bestnya sis Lin. Kita tak Makan ikan Sgt. Tak pernah rasa ikan mayong ni. Telur Dia je la pernah Makan masak Asam pedas

    ReplyDelete
  14. Ikan Mayong ker ini sis kita tak pernah cuba masak atau makan yang kita tahu telur ikan Mayong jer memang sedap buat masak lemak atau masak asam peda best giler hurmmm hantar sini seekor dua hehehehe...

    ReplyDelete
  15. Suka tengok ikan besar2 mcm ni. Teringin nak rasa. Bagus bagi lelaki mancing kalu bawak blik ikan besar2 mcm ni. hehehe

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah rezeki. Besar betul ikan mayong nya. sedap ni kalau masak Asam pedas. hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.