HARI KETIGA BELAS BERBUKA PUASA AKU MASAK MEE GORENG BASAH AJER

HARI KETIGA BELAS BERBUKA PUASA AKU MASAK MEE GORENG BASAH AJER | Masuk hari ketiga belas, memasing dah blur nak makan apa. Memasing tekak dah tak tentu hala nak makan apa. Bila tanya Suami nak masak apa, jawabnya; 'Tak kisah sukahati', bila tanya Yana nak makan apa, jawabnya; 'Entah' hahahaha.. 

Dalam pada kata tak kisah, entah tu.. tup-tup masa Suami call tengaharinya tu, ada plak suara berkata; 'Goreng mee goreng aje la, buat basah-basah'.. hehehehe.. akhirnya, tekaknya nak makan Mee Goreng Basah.. baiklah Suami, Isterimu menurut perintah..

Bahan semua memang dah ada, kalau takde pun hanya daging. Tapi Sis gantikan dengan udang aja. Pun sodap, janji ada le bahan seafood dalam tu kan, tak laa nampak kosong.. yang penting taugeh mesti nak ada hehehe.. 

Hari Ketiga Belas Berbuka Puasa Aku Masak Mee Goreng Basah Ajer

Jam 6,30pm baru Sis mula mengoreng, memang saje nak goreng lambat, jadi dapat makan pepanas. Dan memang saja masak banyak sekuali, sebab nak bagi jiran sekali, alhamdulilah sempat siap masak dan hantar ke jiran pepanas lagi.. 

Weii time menaip ni pun kecur nengok gambo oii hahahaha.. sesungguhnya aku sedang berpuasa Ya Allah, kekekekeke... 

Memang hari ketiga belas berbuka puasa ni takde masak menu lain, hanya goreng mee goreng basah ni jer.. kemudian ada le datang rajinnya Yana, dia buat sandwick sardin roll.. 

Sandwich Sardine Roll

Sandwich Sardine Roll

Tu diaa Sandwich Sardine Roll air tangan Yana.. dia kalau datang ngajin dia, sepantas kilat capai bahan, terus duduk buat then siap.. cuba kalau datang tak rajin dia... suruh ceduk nasi pun malas hahahahaha.. gitulaa anak-anak kan.. nak marah dah besar, memasing pandai le kan, esok-esok dah berumah tangga tau le handle camne kan..

Ingatkan ke dah takde dah tambahan menu lain.. tup-tup Suami sampai aje rumah dalam jam 6pm tu, ehhh ada bungkusan makanan pulak dia bawak.. Ada Air Tebu kegemaran Sis, Air Mangga, Kuih Getas dan juga.....

Jeng jeng jeng... 

Sup Gearbox

Sup Gearbox kesukaan kami berdua.. Suami kata masa beli air kat depan ni, ternampak ada orang jual sup, dia pun singgah then ada Sup Gearbox ni, tu yang dia beli tu.. Alhamdulilah memang sedap supnya, puashati makan.. 

Ada dalam 4 ketul isi tulangnya, berkongsi dengan Suami.. tu pun Sis makan seketul, selebihnya Suami perabiskan hehehehe.. 

Itulah menu berbuka puasa kami di hari ketiga belas ni.. makin hari, makin tak tau nak masak dan makan apa.. kekadang tu, minum air secawan dah rasa puas kan... Korang pun sama ke?..


P/S: Nak cari Air Khatira Abu Bakar nanti, puasa ni belum ada minum lagi.. asyiknya dapat minum sejuk-sejukkan... 

5 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sedap tu mee basah! fav kita jugak gearbox 😋😋😋

    ReplyDelete
  2. Lama tak makan roti sardin...

    ReplyDelete
  3. Selamat berbuka puasa.
    Sedap2 semuanya.

    ReplyDelete
  4. Yaya semalam berbuka mee goreng basah. ye lah sis, tak tahu dah nak masak apa..haha.

    ReplyDelete
  5. The food was delicious, I was starving but wanted to eat it all. My favorite thing is to eat and drink. Maybe I will try some dishes too. The Belize Fund

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post