ASAM PEDAS IKAN MAYONG AKU MEMANG SEDAP


ASAM PEDAS IKAN MAYONG AKU MEMANG SEDAP | Siapa lagi nak puji masakan sendiri kalau bukan diri sendiri? Ye dakk.. dah memang sedap, so kenalah letak tajuknya Asam Pedas Ikan Mayong Yang Sedap.. hehehehe.. kalau tak sedap, kita letak nama menu je, boleh gituh? :p 

Korang ada baca kan mengenai posting rezeki ramadan hasil memancing Suami Sis baru-baru ni? Dan Suami dapat Ikan Mayong besar kali ni.. so apalagi menu yang mesti di masak, tak lain tak bukan, Asam Pedas Ikan Mayong.. 

Rasanya dah seminggu puasa, ini masakan asam pedas pertama Sis masak.. kecuali kalau menu masak kari, haa tu yee, dah dua kali masak kari sepanjang puasa ni.. tapi di sebabkan kalau kata menu ikan... bila kata nak masak asam pedas pun anak mencebekkk... hahahaha.. nasiblah dikk oii.. 

Ikan 'bermisai' gini sepanjang hidup Sis laa, dari arwah Mak masih ada, rasanya belum pernah lagi ikan ni di masak menu lain, mesti nak asam pedas.. tu yang bila ada kawan kata masak kari pun sedap, agak pelik sedikit Sis rasa.. sedap ke? Tapi takpe, ikan pun banyak, one day boleh cuba gak.. kotlah kan memang benar sedap.. 

Asam Pedas Ikan Mayong Aku Memang Sedap

Tengok tu, adalah terselit anak telur dalam perut ikan mayong tu, jadilah buat geli-geli si Yana, kemain suka nampak telurnya.. 

Korang nak ke resepi? Sebab rata-rata memang dah teror bab masak asam pedas ni kan? Belum pernah lagi Sis masak asam pedas belek resepi, bahan atau cara pun main agak-agak aje, ada ketika jee membelek resepi asam pedas di blog Mat Gebu tu.. 

Tapi kalau korang nak, Sis tepekkan resepi asam pedas Mat Gebu je ya.. bahan dan cara ikutlah penambahan dan style memasing, ni sebagai panduan buat mereka yang mungkin baru nak belajar memasak asam pedas.. Cuma masak Sis memasak semalam, takde bahan sampingan dalam asam pedas tu, masak kosong aje, malas nak pi kedai nak membelinya, masak apa yang ada je.. 

Kalau yang dah teror memasak asam pedas tu, kot ada komen atau tips memasak asam pedas ni, haaa bolehlah tinggalkan komen ya.. 

Asam Pedas Ikan Mayong Aku Memang Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Mayong
Resepi asal Mat Gebu 

Bahan-Bahannya : 
  • 3 keping isi ikan mayong saiz lebar tapak tangan orang dewasa
  • 10 biji bendi
  • 1 camca teh lada hitam
  • 3/4 cawan cili kisar
  • 1/4 cawan jus asam jawa (atau secukup rasa)
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
  • 1 genggam daun kesom
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 kiub ikan bilis Maggi (optional)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan-Bahan Kisar :
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup

Cara Memasaknya : 

1. Ikan mayong dibuang kulitnya. Potong dua setiap sekeping, gaul dengan sedikit garam dan jus limau nipis hingga rata dan perap 15 minit. Cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci dan toskan. Lada hitam ditumbuk hancur. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 6 camca besar atau secukupnya), tumis serai dan bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan lada hitam, kacau rata dan masak sekejap.

3. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan ikan, kiub ikan bilis (jika guna) dan biarkan mendidih dengan api perlahan. Sementara itu, kerat 2 setiap 1 kacang bendi tadi dan masukkan ke dalam asam pedas.

4. Kacau perlahan, masukkan bunga kantan dan daun kesom. Tuang jus asam jawa, tambah air panas jika suka kuah lebih. Biarkan mendidih hingga bendi lembut. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan asam pedas bersama nasi putih, telur dadar dan ulam-ulaman. 

Selamat mencuba!


P/S: Pagi ni perut masuk angin lagi, sebuu.. adoiii tahun ni sakan pulak dia masuk angin.. erghhhhh

5 comments:

  1. Pernah makan ikan misai2 masak kari, lain la perginya..

    ReplyDelete
  2. Ikan misai kering masak lemak cili api dengan nenas

    ReplyDelete
  3. uik comelnya telur tu terselit ek...suka la yana hihihi..memang nampak sedap ni!

    ReplyDelete
  4. terus teringat asam pedas kepala mayong yang mak dana biasa buatkan bila kitaorang balik kampung... mak boh daun kesum dengan bunga kantan banyak perkkkh sedapnya kak... dapat lak ada telur dia

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    Waaa.. sedapnya asam pedas.. ada dah idea apa nak masak iftar nanti. ehhehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.