10 TIPS MENUJU KELUARGA BAHAGIA


10 TIPS MENUJU KELUARGA BAHAGIA | Siapa aje yang taknak rumahtangga dan keluarganya bahagiakan? Semua orang impikan dan ingin begitu. Bak kata pepatah, 'Jika Takut Di Lambung Ombak, Jangan Berumah Di Tepi Pantai'.. Makanya dalam kehidupan berumahtangga ni, pasti akan ada dugaan dan cubaan juga ujian yang Allah beri, walaupun kita rasa diri kita ni sudah cukup bagus. 

Allah juga beri ujian kepada mereka yang kuat dan sabar untuk menghadapinya, senang kata, orang yang di timpa ujian ni 'insan terpilih' di sisi Allah. Allah tau kita boleh hadapi semua ujian, so Allah beri kepada kita. Dan ingat selalu.. Allah pasti akan beri berganda ganjarannya atas apa yang telah berlaku. 

Cumanya... pesan Sis satu aje kalau nak bahagia dalam kehidupan.. Jangan sesekali kau bahagia atas penderitaan orang lain, walau kau tau kau dalam keadaan terpaksa atau terdesak sekalipun. Jika boleh elak, kau elak, jika kau rasa ianya akan menjadi masaalah besar satu hari nanti, kau selesaikan, jangan terlalu 'sellfish' dan hipokrit' sampai kau sanggup musnahkan dan curi kebahagiaan orang lain demi kepentingan kau.. 

Ingat satu, doa orang yang teraniaya, menjadikan hidup kau dunia akhirat takkan selamat, macam cacing kepanasan aje gayanya kan. Ye laa dah buat salah kan, so skodeng IG sana skodeng FB sini, add fren sana, add family sini, ibarat macam BERUK kena belacan hahahaha.. kesian sungguh hidup orang macam tu ek.. 

Dan untuk pagi ni, Sis nak kongsikan bersama korang 10 Tips Menuju Keluarga Bahagia atas usaha kita sendiri, kita sebagai Ibu Bapa, kena fahamkan dan baca tips di bawah ni.. Jom kita cuba tip-tips ni.. 

10 Tips Menuju Keluarga Bahagia

Moga ianya bermanfaat buat semua..

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, 'ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!'. Cubalah amalkan (Ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) Dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam (macam org tawaf) sambil selawat kepada Nabi Muhamad SAW. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.


P/S: Sabtu Ahad rehatkan diri.. jom lee kita keluar 'dating' ❤

2 comments:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.