JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK BAGI NEGERI JOHOR 2021


JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK BAGI NEGERI JOHOR 2021 | Tak sampai seminggu je pun lagi kita akan masuk ke bulan Ramadhan. Korang dah selesai ganti puasa? Alhamdulilah tahniah buat korang semua. Moga tahun ini sebagai wanita, kita di kurangkanlah dengan 'cuti puasa' tu kan. 

Persediaan nak sambut puasa pula macam mana? Korang dah bersedia? Jangan buat last minit ya, nanti sesak semua tempat. Untuk Sis, segala barang dan bahan dapur dah siap semua belanja, hanya barang basah untuk masak aje la memang beli mana yang perlu. Lagipun tak risau, Kedai Acheh area rumah Sis ni banyak jee sini. Tak dan lee nak pi pasar weii, kompom ramai orangkan.. 

Dan sebagai perkongsian, harini Sis nak kongsikan bersama korang Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Johor 2021 tahun ini. Johor je ke? Ye laa sebab Sis menginap dan tinggal di Johor, untuk negeri lain, korang google aje laa ya.. hehehehe.

Dibawah ini adalah jadual waktu berbuka puasa 2021 zon Johor Pulau Aur dan Pulau Pemanggil, Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Pontian, Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas Johor sahaja yang Sis ambil dari laman web rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Klik untuk Jadual Waktu Berbuka Puasa 2021 versi PDF. Kotlah korang nak print dan tampal kan..



Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Johor 2021

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Johor 2021

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Johor 2021

Makluman : 
*Tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
*Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Niat Puasa Dan Niat Berbuka Puasa 

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Johor 2021

Walaupun setiap tahun kita berpuasa, adakalanya kita terlupa akan bacaan niat dan doa berbuka puasa ini. Seperti yang kita tahu, kita akan berpuasa selama sebulan pada bulan ramadan. Dan ini wajib bagi seluruh umat muslim di seluruh dunia.

Menurut jumhur ulamak mazhab syafie, niat berpuasa perlulah di baca pada setiap malam untuk berpuasa esok harinya. Tapi takde masalah pun kalau korang nak baca niat berpuasa sebulan sekaligus. Ikutlah mana yang korang rasa lebih senang. Islam itu mudah kan.. 

Semoga kita SIHAT dan di PANJANGKAN UMUR untuk bertemu Ramadhan.. aamiinn..


P/S: Tahun pertama puasa tanpa Emak .. Al-Fatehah.. 

10 comments:

  1. lebih kurang sama la waktu imsak dengan tahun lepas. Saya biasanya bangun sahur jam 5 pagi. Panaskan kuah semua , jam 5;15 baru kejutkan anak-anak. Senang bila sahur hujung2 ni budak2 tak payah tidur balik. Lepas solat terus siap2 ke sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, beza tak banyak Diana..
      Sama Sis tp awal sikit bangun jam 4am, sebab pagi baru Sis masak..

      Delete
  2. Ramadhan tahun ni dalam keluarga PC ramai yang tak ada dan ramai juga ahli baharu. Begitulah putarannya kan Sis. Menghitung hari untuk menyambut Ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Sis juga PC, ada yang takde dah, lagi-lagi Emak.. :(

      Delete
  3. Excited plus neves pun ada. Hehe Kalau nan senang ingat niat berpuasa ni biasa nyanyi terus. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah sakit ni, memang tak ready nak puasa huwaaaa :((

      Delete
  4. Minggu ni confirm rak licin. saya pun dah siap membeli barang apa yang perlu. Senang barang asas dah ada. Buka puasa Johor cepat sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Fizah, Sis dah sesiap dah semua, tinggal barang basah aje belum lagi...

      Delete
  5. sejak dua tiga minggu ni mmg dah starts ganti puasa, so rasanya ramadhan kali ni, akan senang for 30days hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah... moga dipermudahkan urusan Atie di bulan Ramadhan nanti..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.