SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA RAMADHAN 1442H/2021


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA RAMADHAN 1442H/2021| Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.. Agar dapat ku lalui dengan sempurna. InsyaAllah, aamiinn.. tinggal beberapa detik dan saat aje lagi, dan kita akan mula solat Terawikh, seterusnya niat puasa dan esok kita akan mula berSahur dan mengerjakan ibadah Puasa Ramadhan bagi tahun ini. Alhamdulilah.. 

Rasa macam sekejap masa berlalu, setahun lepas kita berpuasa dalam keadaan begitu 'sensitif', tapi kita lalui juga dengan penuh tabah, semuanya dek wabak pendemik Covid19 ni, dan tau-tau dah masuk lagi puasa tahun ni kan.. syukurlah masih lagi dipanjangkan umur dan moga terus sihat tubuh badan, dapat jalani ibadah puasa tahun ni. 

Tahun agak sayu hati, tahun pertama berpuasa tanpa Emak di dunia. Dan juga tahun ni juga, di rumah Sis dua orang anak takde sambut dan berpuasa bersama. Semua dah mula sambung belajar di kampus masing-masing. So tinggallah Sis tiga beranak aje.. 

Harapan Sis, moga Ramadhan kali ni Allah permudahkan urusan kami sekeluarga, termasuklah sihat tubuh badan dan di jauhkan dari segala dugaan dan cubaan kehidupan.. nak lebih tenang, dan fokus pada ibadah puasa aje.. insyaAllah.. 


Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1442H/2021


“Pesan Imam Al-Ghazali, yang dekat itu MATI, yang jauh itu MASA, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang indah itu SOLAT, yg menyucikan rohani dan jasmani itu PUASA. Jika semua harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya. Jika seluruh umur adalah dosa, maka taqwa dan taubatlah ubatnya. Jika seluruh bulan adalah noda, ramadhanlah pemutihnya. Menjelang bulan suci tiba, mohon dibukakan pintu maaf atas segala kekhilafan.”

Melaksanakan dengan sepenuh hati. Menyambut dengan menyentuh hati. Menjalankan dengan kesucian hati. Semoga cahaya Ramadan kita dapati dengan rahmat illahi. 

Di bulan iRamadhan ni, semua pintu maaf terbuka. Mari perbaiki ibadah dan perbanyak kebaikan. Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. Hidup ini terasa indah jika ada maaf. Mohon maaf lahir dan batin


P/S: Marhaban ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua pembaca @akusislin 

10 comments:

  1. Selamat berpuasa Sis sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan nan mulia ini.

    ReplyDelete
  3. Selamat menunaikan ibadah puasa SisLin dan keluarga :)

    ReplyDelete
  4. Selamat bersahur lin esok hehe

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut Ramadan dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadan.
    Selamat menjalani ibadah puasa & terawih.
    Semoga dipermudahkan segala urusan. Take care & Stay Safe

    ReplyDelete
  7. salam Ramadhan buat sis sekeluarga...kenapa "jadual wantu" tu..wantu three kang...

    ReplyDelete
  8. salam ramadan buat sis sekeluarga. moga sis dan keluarga terus diberikan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.