KADAR ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI 1442H/2021M


KADAR ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI 1442H/2021M | Korang dah bayar zakat fitrah? Alhamdulilah jika sudah. Persediaan awal lebih elok dari last minit, takut terlupa atau terbabas sampai masuk waktu solat raya Aidilfitri kan.. 

Bagi Sis sekeluarga, alhamdulilah Suami dah selesai tunaikan tanggungjawabnya.. Suami bayar online aja katanya seperti tahun lepas. Kalau di Johor kadar zakat firtrahnya adalah RM7 & RM10 (bagi kadar lain).. dan di sebabkan rumah Sis ni makan beras brasmathi, so kadar zakat fitrah yang Suami bayar adalah RM10 setiap orang.. 

Yerr jika korang makan beras mahal, bayarlah kadar zakat fitrah tu yang tertinggi, jangan pulak bayar RM7 tu.. tapi kalau korang bayar pun orang bukan tau yee ko makan beras apa? Tapi Allah maha mengetahui.. so terpulanglah pada diri memasing... 

Untuk di Johor, korang boleh bayar Zakat Fitrah melaui online : 

Zakat Johor Online Payment : https://epayment.maij.gov.my/ atau 

Makluman: Proses bayaran bermula jam 8.00 malam 1 Ramadan 1442H (12 April 2021M) sehingga jam 9.00 pagi 1 Syawal 1442H (13 Mei 2021M). Sistem akan ditutup setiap hari jam 11.30 malam sehingga 12.30 pagi bagi kerja penyelenggaraan sistem

Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri 1442H/2021M

RM 7.00 : Umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan.

RM 10.00 : Umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis Super Tempatan (Beras Import) seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan lain-lain.

Zakat fitrah wajib atas Semua individu dari kalangan lelaki, wanita, tua, muda hamba atau merdeka yang mempunyai lebihan atau cukup perbelanjaan sehingga hari raya. . Anak perempuan yang masih belum berkahwin masih dianggap di bawah tanggungan bapanya. Namun begitu, jika anak perempuan tersebut ingin membayar sendiri zakat fitrahnya maka dia perlu meminta keizinan dari bapanya terlebih dahulu. 

Yang afdal menunaikan fitrah ialah orang yang wajib atasnya memberi nafkah seperti suami, bapa atau atuk yang menjaga dan membesarkan cucunya. Secara mudahnya orang yang bertanggungjawab menanggung perbelanjaan dan urusan memberi nafkah keluarga. 

Bagi mereka yang hidup pada Ramadan dan sempat sampai ke waktu wajib walaupun berada di dalamnya sekejap contohnya beberapa minit pada waktu Maghrib malam 1 Syawal, golongan ini wajib menunaikan fitrah. 

Zakat fitrah mestilah ditunaikan sebelum dari selesai solat sunat Aidilfitri. Jika ditunaikan selepasnya maka ia tidak lagi dikira zakat fitrah namun hanya dinilaikan seperti sedekah biasa. 

Namun, menurut Syeikh Salih Uthaimain rhm jika terluput zakat fitrah tersebut ia wajib digantikan (qadha) tetapi tetap dikira sebagai sedekah biasa kerana dibayar sesudah terluput waktunya. 
Yakinlah akan janji Allah SWT dengan berzakat tidak akan mengurangkan harta seseorang, malah akan bertambah keberkatan dan kesuburan harta si pemiliknya. 

BAYAR ZAKAT HIDUP BERKAT 


P/S: Dan jangan lupa juga yaa bayar fidyah puasa.. #SisSharing .. 

1 comment:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.